Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 1 April 2014

Boost Your Collagen with Real Food, NOT SUPPLEMENT


Haritu aku ada cerita tentang suplemen kolagen kan, rasional di sebalik pengambilannya. Kisahnya di SINI. 

Maka, pada harini, aku nak berkongsi sedikit bagaimana cara nak meransang penghasilan kolagen oleh badan kita sendiri melalui pemakanan. 

Sumber: http://www.newbeauty.com/slideshow/42-top-collagen-boosting-foods/

1) Ikan ---- kenapa ikan? Sebab ikan adalah protein. Satu kumpulan dengan kolagen tu sendiri. Jadi, lepas-lepas ni kalau siapa yang nak kulit cantik, banyakkan makan ikan ya. 

2) Sayuran merah --- macam capsicum merah ke, ubi bit ke, bayam merah ke, tomato. Depa ni mengandungi lycopene yang mana bertindak sebagai natural sunblock. Maka kulit kita terlindung daripada bahaya UV sang mentari......secara tidak langsung, kolagen kat dalam kulit tu pun hidup dengan gembira.....

3) Sayuran hijau --- kaya dengan vitamin C. Melindungi kulit kita daripada serangan radikal bebas yang bisa melemahkan struktur kolagen. 

4) Sayuran oren --- macam carrot atau ubi keledek. Pasai depa ni kaya dengan vitamin A, yang berupaya memperbaiki kolagen-kolagen yang rosak.

5) Berries --- ni kat negara kita ni susah sikit lah nak dapat kan, kalau ada pun mahai laaaa...asasnya, makanlah buah-buahan tempatan dengan kerap. 

6) Soya --- haaa yang ni paling terbaik carilah soya yang telah difermentasi ya, macam tempe. 

7) White tea / Chinese tea --- yang penting bila minum tu toksah campur gula. Teh ni berupaya mengurangkan kedut-kedut halus, dengan cara melindungi structure kolagen.

8) Buahan sitrus --- ni pun kaya dengan vitamin C. 

9) Telur --- makanlah telur ya, jangan lah dok diet sangat sampai telur pun tak mau sentuh. Telur kaya dengan kolagen, lysine dan proline.

10) Bawang putih --- haaa ni kita semua guna kan.....benda yg boleh jumpa kat dapur ni yang membantu penghasilan kolagen rupanya eh?

11) Tiram

Itulah serba-sedikit perkongsian untuk hari ni. Semoga bermanfaat. Banyak je lagi info kat website tentang makanan utk meransang penghasilan kolagen secara alami. Sila lah google ye. 

Orang dulu-dulu, tok nenek kita dulu, ada ke depa ni makan/minum supplement kolagen ye? 

Awet muda je sampai ke tua. 

Tak perlu lah nak bagi alasan makanan sekarang semua banyak toksinlah, tak natural lagi lah, sebab tu ambil supplement. 

Well, honestly, all those supplement is not natural either. They are being processed with the additional of preservatives and additives and colourings and flavourings. Thats why the supplements can last longer, months or even years. Think about it. 

Sekurang-kurang untuk makanan, ada pilihan boleh beli yang organik. Ayam organik pun ada dijual dah sekarang. Tak susah pun nak beli. Sayuran organik lagilah senang nak beli. Takpun tanam je tepi rumah dalam pasu. 

Aku paling tak suka statement penjual supplement begini: "Beli barang mahal boleh, tapi nak keluarkan duit untuk beli supplement untuk kesihatan berkira..."

Seriously sick mentality ! 

Jawapan yang paling sesuai: " Nak beli makanan organik berkira, kata mahai sangat lah, tapi berhabis untuk supplement yg diproses di kilang yang dah sah-sah tak natural lagi, yang tak tentu lagi selamat pada badan utk jangka masa panjang, boleh pulak?"




posted from Bloggeroid

9 comments:

  1. salam, teringin tiram pulak terbaca ni hee, tu la organik dulu dulu free tapi nak pegi kampung ambik, sekarang ni kat groceries ada, senang.

    ReplyDelete
  2. akak suka makan tempe..patutlah mak akak awet muda...dia makan tempe je..maklumlah..kami kan org jawa..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Well said dinie. makcik pun kurang gemarkan supplement ni, esp yang di promote secara terover mcm dlm iklan2 tabloid...
    nak tanya juga, dinie dok amalkan minum VCO lagi ke? you take every morning? mana nak beli? makcik ada juga ambik olive oil, tapi teringat you mentioned vco dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik, VCO yg saya makan brand Country Farms Organics. Rasanya sekarang di Cosway pun ada jual brand tu jugak. VCO tu tak consistent pun saya ambil setiap pagi, kalau kalut-kalut pagi tak dan jugak makcik.....hehehhehe

      Delete
    2. Produk bio-asli pun ada VCO ni ..bunda ambil ni..

      Delete
  4. cara yg sihat dan jauh lebih murah (thumbs up!!)
    makan collagen kene digest jugak, yg sebenarnya depa makan asid amino. so yeah, sama je mcm makan protein kan.
    so far cuma amalkan makan pil vit c (dengan jumlah yg paling minima)
    cuma nak carik yg organik, nanti dululah. hikhik. slow2 dulu, bermula dengan cuba membuat makanan dari rumah =)

    ReplyDelete
  5. Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete