Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday 26 July 2013

Picking time again!

Uh hoooo.....macam bunyi dah macam ada di oversea pulak.....picking time bagai......walhal tepi rumah ja pun.

Alhamdulillah, agak meriah mulberi berbuah kalini. Mungkin akibat dicantas secara agresif baru-baru ni kot.

So kalini, selepas petik pun, moh la kita cantas pokok lg yer.

Buah-buah yg dikutip, terus dimasukkan dalam fridge untuk disejukbekukan.









Wednesday 24 July 2013

Short-Survey: Chemical & Preservative-free skin-care products


Assalamualaikum teman-teman blogger seangkatan di seantero dunia....



Tuan tanah dan sebilangan rakan di kampus sedang menjalankan kajian pembangunan 'skin-care products' yang mesra alam. Dengan itu, kami memerlukan bantuan rakan-rakan blogger  untuk menjawab beberapa soalan, yang mana hasil jawapan teman-teman dapat memantapkan lagi projek ini. 

Antara tujuan utama kami adalah untuk membangunkan 'skin-care products' yang tiada bahan kimia, pengawet dan bahan tambahan asing yang lain....insyaAllah. Yang mana kita ketahui bahawa bahan kimia dan pengawet itu boleh mendatangkan kemudaratan dalam jangka masa panjang. 

Jutaan terima kasih didahulukan atas kesudian kalian. 

Please spend some time to answer this short questionnaire. We would like to know your perception towards chemical & preservative-free skin-care products. Thank you! Have a great day.



Monday 15 July 2013

Hutan Pokok Rhu

Lokasi: Kg Pantai Senok, Bachok.

Bersiaran dari kampung. Balik pun mengejut, tak dirancang. Ada hal sedikit. Berkampunglah di sini seminggu, maka update blog guna handphone ajo. Leceh sikit guna handphone. Tak boleh edit, siaran pun tak berapa comey.....Mr Hubby tadi dah bertolak ke Penang dulu, tinggallah kami 3 beranak sajo.

Petang yg kami sampai tu, sementara tunggu berbuka, sempatlah berkunjung ke Hutan Pokok Rhu. 10 min ja drive dari rumah. Kampung tu pun sebenarnya kampung belah ayah. Jom layan gambar.










Friday 12 July 2013

Who loves chocolate?



Who doesn't love chocolate right? Some people love white chocolate, and there are people who love dark chocolate. Well, for me, personally I love dark ones. White ---- dislike

Anak-anak ? Lagilah suka coklat ni kan. Kalau ada magic power, nak aja hilangkan rak coklat daripada pasar raya tuuu......

Chocolate, in raw form, is good for health.

Kata kuncinya ----- bentuk asli ---- tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain yang susah nak sebut. Tapi coklat yang dijual sekarang, dah sah-sah lah dah dicampur...hmmm.....

Alhamdulillah there are alternatives for healthy chocolate.
Yeay !!!!

Marilah memaksimakan penggunaan dapur ya, jom buat coklat sendiri. 

Bahan yang diperlukan:

Serbuk koko / Raw @ organic cocoa powder
Virgin Coconut Oil
Molasses/Honey
Kekacang (optional)

Campurkan kesemuanya, panaskan dengan kaedah double-boil, sehingga kesemuanya sebati. Usah ditanya tentang sukatan, kerana tuan tanah sememangnya main campak-campak dan try & error sahaja. 

Tapi secara asasnya: 3 serbuk koko : 1 VCO (nisbah 3:1)

Yang molasses @ honey tu, ikut lah 'kemanisan' masing-masing ya. 

Sejukkan seketika, bolehlah masuk dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk.

Senangkan?

Dan yang paling penting, kesemua bahan dalam home-made choc ni berkhasiat...

Boleh juga menjadi satu alternatif untuk memberi anak-anak makan VCO.....


Our iftar appertizer yesterday: Avocado dipped in home-made chocolate.
Super-duper yummy !

Stok coklat anak-anak. Tuan tanah tak ada acuan.
Lapik ajer dengan baking paper.
Kalau tak lapik, nanti susah coklat nak keluar.

After being freeze for 30 mins
Sekarang, kalau hero cilik berdua tu nak beli coklat di kedai, tuan tanah bagitahu ja, coklat di rumah lagi sedap. Mummy buat banyak untuk Ajwad dan Amzar kan. 
Kita makan di rumah okay.
Dan setakat ni konsep ni berjaya. 

Selalu jugak tuan tanah bagitahu depa yang coklat kat kedai tak sedap, tak elok untuk gigi, nanti gigi sakit etc.....ini pendekatan tuan tanah la.......sebab tu tuan tanah kena cari alternatif buat coklat sendiri di rumah. 

Yup, memang tuan tanah dicop sebagai ibu yang cerewet...tak kisah lah tu kan.....haruslah cerewet sebab ini anak tuan tanah, bukan anak orang lain. 
Kalau depan mummy dia ni, junk food is a big no. 

Kalau belakang-belakang, itu lain cerita lah, tuan tanah tak mampu dah nak kawal kan. 
Cuma selagi boleh, sentiasa beritahu mereka tentang apa yang patut dimakan, apa yang tak....gitulah cara tuan tanah......
Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya, betul tak?
Yang penting teman-teman blogger tuan tanah adalah mommies yang hebat belako !!!!

Aduh panjang pulak membebel....

Cuma satu ja keburukan VCO: akan mencair perlahan-lahan apabila diletakkan pada suhu bilik. Begitu juga lah coklat ini.

Sebabnya: melting point VCO adalah rendah, iaitu antara 24-26 Celcius.

Maka, pada cuaca Malaysiaku tercinta ni, suhu bilik adalah tinggi.

Sebab tu coklat ini hanya sesuai dimakan di rumah. 

Melainkan nak bawak icebox semasa keluar berjalan-jalan, bolehlah bawa bekal coklat ini.

Till then, c ya..... Assalamualaikum.


Thursday 11 July 2013

1st home-made skin care product


Kunjungan ke CH pada bulan Mei itu membawa satu misi penting bagi aku. 
Misi mencari beeswax asli.
Untuk apa beeswax itu? Nak buat losyen sendiri. 

Beeswax yang biasa jual kat kedai-kedai tu, bukanlah asli lagi.
Yang itu biasanya sudah dicampur dengan entah-bahan-kimia-apa 
yang sungguh susah diri ini nak terima.

Apa benda beeswax ni?

Ianya adalah lilin asli yang dihasilkan di dalam sarang lebah oleh lebah pekerja. 
Banyak digunakan dalam industri kosmetik. 

Losyen komersil sekarang dah gerun nak pakai. 
Bukan apa, gerun tengok pada ingredients nya. 
Maka, baik lah buat sendiri. 

Google ajer resepi home-made lotion, nah, pilih ajer.....


Ingredients of my home-made lotion:
VCO, beeswax, sweet almond oil, essential oil.
Essential oil tu sebenarnya tak payah letak pun tak apa,
sebab bau VCO dah wangi dah.


Beeswax --- beli di bee farm di Tringkap, CH.
RM70 untuk 800gram.

Sweet almond oil dan essential oil beli di SINI. 

Beeswax haruslah diparut atau dipotong kecil-kecil dahulu.

Dengan menggunakan kaedah double-boil, cairkan beeswax
di dalam campuran VCO dan sweet almond oil. 

Inilah rupanya apabila beeswax telah bersatu dengan oils. 

Apabila adunan hampir sejuk, masukkan essential oil.
Sentiasa kacau adunan. 

Masukkan dalam bekas yang sesuai. 

Semi-solid. Hampir siap.

Kalau ingin cepat losyen ni menjadi, bolehlah letak dalam fridge seketika. 

Done ! 

Wednesday 10 July 2013

MARDI, Cameron Highlands

lady lavender BUNDA a.k.a KN nurbijen kasihredha sentebale-hk (Itulah, saya pun tak pasti lagi pengambilan raw juice macam mana waktu Ramadhan ni, selepas berbuka la kot....) che mid ~najwa~ makcikkantin 


Kisah kunjungan kami ke CH ni kisah basi lah kiranya. Terjadi masa bulan Mei hari tu. Entah macam mana, tuan tanah boleh terlupa pula kabel kamera letak di mana. Maka, tertangguhlah kisah benar ini. Baru 2 hari lepas, tuan tanah ketemu kembali akan kabel kamera itu. Apa lagi, jom layan gambar.....


Hari kedua di CH, kami pergi ke MARDI. Senang sangat nak menuju ke sini.
Ikut ja laluan ke klinik kesihatan CH.
Tuan tanah memang dah bercita-cita lama.....kalau pi CH, harus pi MARDI.
Semangat pekebun tegar katakan.......
Ini tuan tanah sedang tunjuk pada hero berdua tu, "pokok periuk kera".

Kawasan MARDI ni luas. Landskapnya pun cantik.
Ada kolam ikan dan jambatan kecil.
Bayaran masuk RM3 untuk dewasa.
Isnin depa tutup. Time solat Jumaat pun depa tutup. 

Memang puaslah hero cilik ni meneroka sekeliling.
Ada juga pihak MARDI menyediakan chalet bagi sesiapa yang ingin menginap di sini.
Bolehlah layari laman web MARDI CH ya jika ingin ketahui.
Kot lah nak buat family gathering ka raya nanti...hehehhe

Budak berdua ni tidak mahu berganjak daripada kolam ikan!

Pabila mummy pura-pura nak tinggalkan dia, barulah dia mahu mengikut.....

Persekitaran yang bersih & mendamaikan.
Tidak seperti tempat-tempat lain di CH, MARDI amat tenang.
Lebih-lebih lagi kami pengunjung terawal yang tiba.....

Masa ni, Amzar tidak mahu berganjak. Doklah asyik cakap "nak flower, nak flower"...
Aduhai anok, MARDI larang petik pokok tau. 

Merentasi titian kecil ke Taman Ros - MARDI.
Di bahagian belakang tu adalah cafe. 

Si Rabbit !
Tengah syok tengok Rabbit, Amzar tertanggal kasutnya. Habislah kotor kaki .
Mujurlah ada sungai kecil di situ. Dah jadi sesi mencuci kaki pula.
Sungai ni airnya sejuk sangat, dan jernih mengalir. 

Precious moment!

Di MARDI juga, terdapat satu bahagian ladang teh.
Boleh panjat lah bukit tu sampai atas.

Playground for the kids.

Amzar mencuba untuk gelongsor....

Buai laju-laju,
Sampai cucur atap,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

MARDI Signage

Masuk Taman Epal, hanya putik bunga yang kelihatan.......

Tomato everywhere.......

Ini di bahagian nursery yang jual anak-anak pokok. 

19 Celcius --- Bagi tuan tanah dan anak-anak yang tak pernah keluar Malaysia,
suhu ini sudah cukup sejuk okay......

Antara persekitaran MARDI. 

Putik epal

Silver Dust.
Tuan tanah capai sepasu RM8.
Alhamdulillah masih hidup lagi hingga saat ini.