Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday 31 May 2013

Take a day off!

Serabut melihat keadaan ini. Pohon lengkuas tu tak pernah dicantas sejak 2 tahun lepas.
Pokok mulberi pula giat meninggi setelah hampir sebulan tidak dicantas.
Yang berpagar putih suci murni itu adalah anak-anak roselle.


Terjumpa sarang burung di celah-celah dedaun lengkuas.
Rasanya sudah ditinggalkan ni, sebab dah kosong dah. 



Sebelum memulakan kerja, marilah kita kutip dahulu buah-buahan yang ada
(mulberi jer pun).
Nak buat jem macam Mak Aji Ummu Madihah la, simpan dulu dalam freezer,
tunggu sampai banyak.




Tadaaaa ----- setelah hampir 2 jam.
Cabut rumput ---- kerja yang remeh & mengambil masa.




Ya, tuan tanah mengambil cuti hari ini, semata-mata demi kebun ku....hikhikhik....
Petang nanti rancangnya nak semai benih sayur,
baru dapat semalam daripada blog tanamsendiri.com.

Sekejap tadi, membuat sedikit projek DIY, belum siap lagi.
Nanti dah siap insyaAllah akan dikongsikan di sini ya.

Semalam pengasuh Amzar informed yang susu Amzar dah nak habis,
 Isnin kena bawa susu baru.
Maka, sekejap lagi juga harus keluar untuk beli susu Amzar.

So, walaupun bercuti, tuan tanah tetaplah sibuk seperti tidak cuti ja.....huhuhuhu....
Cuma bercuti daripada mengunjungi office aja lah....

Thursday 30 May 2013

Ada penceroboh !


Bangun pagi ni, buka pintu, keadaan di luar masih samar-samar. 
Kegelapan masih menguasai.

Pandang terus ke arah rimbunan kaktus. Kenapa kelihatan pelik?

Sidai kain dulu. Suasana mulai terang.

Errghhhh, ada penceroboh di situ rupanya. 

Bagaimana ni? Kenapa pula tiba-tiba sekarang baru nak muncul? 
Setelah hampir setahun?


My mini dessert ----- ada parasit penumpang!

Seriously, I've never see this type of mushroom. Anyone knows?

Wednesday 29 May 2013

Peer Counsellor Training --- more photos


More photos taken during the training --- credit to Nurul Fazlin. 


Kursus yang penuh santai dengan kehadiran anak-anak. Konsep sebegini amatlah bagus sebab kadang-kadang tu, ada program tak boleh bawa anak, mungkin susah bagi sesetengah ibu, terutamanya kalau bayi yang masih kecil

Cratf class ---- sesi menjahit aset wanita. Artificial ya.
Tuan blog ada di sana di sana di sana.....hehehheheh

200% fokus!

Drawing class pun ada tau --- sesi anatomi dan fisiologi 

Role play ---- sesi kaunseling PC bersama
ibu yang mengalami masalah engorgement
Sesi yoga power nap ---- ada seorang di kalangan peserta merupakan yoga instructor. Maka setiap hari selepas lunch, kami diajar tentang teknik power nap selama 10 min.
Owh I love this course. Its not only about breastfeeding. 
Photo credit to Puan Nor Kamariah Alwi

Bukan senang rupanya nak kaunseling ibu-ibu ni......huhuhu.
Banyak teknik yang kami pelajari.
Tuan blog sedang menjamu selera di bawah pepohon kelapa yang rendang.
I'm in purple.
Photo credit to Puan Nor Kamariah Alwi
Alhamdulillah!


Monday 27 May 2013

Peer Counsellor Training Course


Weekend yang baru berlalu, aku berkesempatan untuk menghadiri kursus di atas.
Alhamdulillah, dah lama juga menunggu peluang ini.
Kursus dijalankan di sebuah banglo yang dijadikan early education centre, bertempat di Bukit Jambul.
Kursus bermula jam 8am sehingga 5.30pm.

1st day --- sesi pengenalan kursus. Ucapan oleh pengasas susuibu.com, Puan Nor Kamariah Alwi, yg juga merupakan  international lactation consultant (IBCLC). Rasanya hampir semua ibu yang BF di Malaysia ni mengenali beliau.
Aku memang tak sangka lah beliau sendiri yang akan bagi training kat kami. Macam dreams come true pun ada dapat jumpa beliau. Such a very humble person. 

2nd day --- demonstrasi cara meletakkan botol yang betul untuk menyusu....

Alhamdulillah.......graduation photo......
It was a very good course, a lot of new knowledge, however, 3 days course still not enough.....
(We want more !!!!)

Throughout the course, we have been taught a lot about communication skills....

Symbolic of super-mommies networking ......I am really glad get the chance to know all of them. Each single of them comes with unique breastfeeding experiences......May our experiences + new knowledge from the course will make us good peer counsellors to the other mothers.....insyaAllah.

Kata-kata penamat dan semangat daripada Puan Kamariah Alwi.....

Speech from WABA member, Debra.
WABA is located here in Penang, we are so lucky.
We are going to make Penang as breastfeeding-friendly state, insyaAllah. 
Antara tanggungjawab Peer Counsellor adalah membantu ibu-ibu di luar sana untuk mengharungi saat-saat penyusuan. Because breastfeeding journey consists of a few obstacles and challenges, which emotional dan moral support are greatly needed at that time. 

So to all mothers/future mothers out there, let us help you to enjoy your breastfeeding journey. 

*(Peer Counsellor is a free-service to the society)*

Saturday 25 May 2013

Silver Dust


---Auto-Published Entry---


Tuan blog sedang mengikuti kursus 20 jam kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (24-26 Mei).

Sila lah menjamu mata dengan Silver Dust dahulu ya....

Beli di MARDI Cameron Highlands, RM4 sepasu. 

Dari jauh kelihatan seperti dilitupi salju, namun bila diteliti daunnya seolah dipenuhi habuk putih yang halus....

Orang MARDI cakap tak boleh siram sokmo dan perlukan indirect sunlight.....



Thursday 23 May 2013

Percubaan Menanam Sumber Vitamin C

Mariambebakar = mummy, dini cuma ikut resepi saja....itupun 1st time tak jadi jugak...
Kniedaz = saya pun lama dah tak makan pizza kat luar, sebab geram dgn service dia yg lembap...
Sue-Rya Qistina = guna BM bolehlah Sue, cuba kalau kena uli sendiri doh tu, takdernya rajin ....heheheh
JaSSNaNi = BM amat praktikal kak ....(saya tak beli, MIL bagi)
ummuaidan = Itulahh....
rostina76 = sebab tak nampak sangat rupa sayur tu kot, tu yg Ajwad telan ja...heheh
Ummu Madihah = Ho mok aji, masok dale magic pan cepat sikit, compare nga oven, tapi api keno slow...
nurbijen = uli doh boleh jadi satu exercise nur....
kasihredha = hehehehe
Marya Yusof = kat Peru boleh juga makan seafood pizza kan? ke seafood mahal kt sana?
lady lavender = betul tu kak.....


Dalam 2 minggu lepas, percubaan menyemai benih roselle dilakukan. Benihnya dapat dari awal tahun lagi, punyalah lama tersimpan kan. Tak simpan dalam fridge pun, suhu bilik sahaja. Alhamdulillah tidak rosak. Tahan lasak kot roselle ni. 

Semai dalam 3 biji pasu kecil. Main tabur ja. Letak di depan pintu rumah, sebab situ ja kawasan tak kena matahari petang (direct). Tak sangka keesokkan harinya, sudah mulai nampak percambahan. Wah berbunga-bunga rasa hati.....hehehehehhe

Ajwad siap cakap lagi, " Pokok Ajwad dah grow kan, mummy..."

Lorrrr.....pokok Ajwad jadinya......apo-apo ajo lah anok.....

Hari ketiga, sudai mulai nampak pucuk bertunas. 

Ajwad cakap lagi, " Pokok Ajwad dah ada leaves kan, dia dah grow.....". Rajinlah dia siram. 

Tapi bising jugaklah mulut aku, sebab kalau tak berpesan, mahu nya banjir pasu-pasu tu, nanti mati anak pokok.....


Day 3

One week old

Satu kekurangan apabila menyemai terus dalam benih tanpa sistem (disebabkan penyakit M aku itu), bila nak pindahkan ke tanah @ pasu yg lebih besar, kemungkinan untuk anak-anak pokok rosak itu ada.....so a lesson learnt, lain kali jangan semai benih rapat-rapat......

Maka, semalam, setelah hampir 2 minggu usianya, dan sudah muncul daun ketiga, kerja-kerja pemindahan pun dilakukan. Balik kerja petang, kerja-kerja pembinaan batas dan pemindahan berjaya disiapkan dalam masa 1 jam setengah. Sambil dibantu oleh tukang kebun cilik. 


Buat garden bed, idea daripada Nadia Rashid. TQ Nadia!
Kebetulan memang ada batu-bata di rumah, lebihan masa renovate rumah dulu-dulu.

Tukang kebun cilik sedang beraksi --- proses meratakan tanah. 

"Owhhh penat wehhhh...take a break kejap. Alamak, air dah habis daaaa...."

Siap dipindahkan....

Semoga sihat-sihat aja di rumah baru ini ya......
Till then, c ya ....Assalamualaikum

Wednesday 22 May 2013

Once or twice in a week...

ishamizu athirah Safarudin Mariambebakar nurbijen Dr. H rostina76 Sue-Rya Qistina ummuaidan Kniedaz = Terima kasih atas ucapan aunty-aunty ya....hugs****


Dalam seminggu, kadang-kadang sekali atau dua kali aku akan sediakan vegetarian dish untuk juadah dinner. Rakyat jelata haruslah menjunjung perintah sahaja kan, jika tidak kebuluranlah jawabnya. 

Vegetarian dish yang aku sediakan bukanlah yang gempak sangat pun. Istilah vegetarian cuma disebabkan tiada protein haiwan, itu sahaja. 

Haritu, adalah perbualan aku dan Mr Hubby:

Aku: Malam nanti kita makan vegetarian okay. I teringin nak makan vegetarian ni.
Mr Hubby: U kenapa? Mahu bertukar macam sami Buddha ke?

Ish Yang, tak patut tau cakap macam tu kat I .....hukhukhuk....sambung perbualan:

Aku: Ada ke cakap macam tu, sami tu whole life dia vegetarian kan......ala saja laaa, ubah selera, saja nak up kan intake sayur dalam menu ....bla...bla...bla........
(terus menyampuk) Mr Hubby: okay, apa-apa sahaja.....you're the chef....

Heheheheheheh......

So semalam sempena birthday Amzar, aku buatlah vegetarian pizza. Balik kerja bergegas masukkan bahan dough dalam BM. 50 minit kemudian siap pizza dough. 

Untuk toppings ---- capsicum, terung, tomato, olive, dan a lot of cheese, + sos pasta.

Bakar dalam magic pan. 1st time. Not bad!

Ni sebenarnya kali kedua buat pizza, pertama kali buat minggu lepas, tak berapa jadi.....huhuhu....kalini buat, dapat pujian daripada Ajwad......bangga kejap, ahaks! Sebab Ajwad tu memilih makannya, so kalau dia puji, kita harus berbangga ya.....hahahhaha....walaupun rupa pizza nya tidak berapa cantik. 


I've used unbleached flour to make pizza dough.
Sebab itu doughnya warna kecoklatan gitu. 

Resepi dough (berdasarkan buku resepi BM):

Tepung, air, olive oil, active dried yeast, salt. 

Till then, c ya ....Assalamualaikum

Tuesday 21 May 2013

He is 2!


Assalamualaikum semua....

Masa begitu mencemburuiku di kala ini....

Banyak kisah yang hendak diceritakan....

Tetapi hari ini ingin mencatatkan sejarah anak teruna dahulu ya....

21 Mei 2011, 10.55pm, Dewan Bersalin Muslimah Penawar, Permatang Pauh.

He was born, such a small baby, 2.5kg only & 51cm length.

Mummy chose the Arabic name for him ---- > Amzar

Daddy chose the Chinese name for him --- > Khaw Huang En

Both names have same meaning: yang mulia.

Semoga dia membesar menjadi 'pejuang agama' bersama-sama abangnya

InsyaAllah.....











Tuesday 14 May 2013

Jealous !


Abang ....

Scene 1:

Mummy: Amja, mummy sayang Amja nih......
Ajwad: Ajwad? Haaa...Ajwad?
Mummy: Okey, mummy sayang Ajwad jugak.......

Scene 2:

Mummy: Amja, come here. Okay good boy.
Ajwad: Ajwad? .....mummy, Ajwad?
Mummy: Ajwad pun good boy jugak. 

Scene 3:

Mummy: Amja, mai mummy tengok.....alalalaaa.....handsome nya Amja ni.....kiss sikit!
Ajwad: Mummy, Ajwad pun handsome kan....
Mummy: Aaa'h, Ajwad pun handsome, jom peluk-peluk. 

Adik .....

Mummy: Ajwad, thank you. Good boy lah Ajwad ni. Jom peluk-peluk.

Dalam masa yg sama, serta-merta si adik akan datang serbu, mahu berpelukan juga!





Sunday 12 May 2013

Sepagi di bendang .....


Jika haritu, kami ber'photoshoot' di bendang di Kelantan, kali ni kami pergi yang berhampiran rumah sahaja. 
Kejar sunrise, nak bagi hero cilik berdua tu tengok matahari naik. 

Tetapi ni bukanlah aktiviti harini, aktiviti pada 1 May tempoh hari. 


Sang mentari mulai menampakkan diri 

Embun di dedaunan rumput

Terusan kecil mengalir lesu

Kelihatan seorang pakcik berbual-bual dengan suami.
 Pelik barangkali melihat kami sekeluarga pagi-pagi berada di sawah miliknya. 

Abe Ajwad ---- momentum penuh.

Aaahhh, belum puas berlari-lari.

Sayangilah tali air!
Penyalur untuk kelangsungan hidup si padi

Agghhhh I love this picture!

Tinggi si rumah burung, sekiranya berpenghuni, sudah pastilah pagi-pagi begini sang burung tentunya ke hulu ke hilir mencari rezeki.

Sekumpulan bangau di kejauhan

Terima kasih buat sepagi yang bererti.
Ada rezeki insyaAllah kami jejakkan lagi ke sini.


Friday 10 May 2013

Auto-Published: a survey ....


Assalamualaikum teman-teman blogger..Salam Jumaat...


Minta jasa baik teman-teman sekalian untuk menjawab soalan survey di atas.

Survey ini dijalankan oleh rakan saya dan saya berkenaan breastfeeding. Sekiranya teman-teman semua pernah/masih breastfeeding anak, sudilah kiranya membantu kami menjalankan penyelidikan ini. 

Semoga usaha kita semua dapat memartabatkan amalan breastfeeding di kalangan semua ibu di Malaysia.

Terima kasih pada yang sudi .....

Have a nice weekend everyone...

Thursday 9 May 2013

Demam & Natural Remedies



Bermula Jumaat lepas ---- sakit tekak.
Ahad --- selsema, jenis tanpa kahak/no running nose.
Selasa --- demam bermula, tapi tidak dipedulikan oleh empunya badan, pergi kerja juga.
Petang Selasa --- suhu badan meningkat naik. Barulah empunya badan nak mengaku diri sudah demam!
Rabu --- Cuti. Tidur seharian. Suhu badan kembali normal. Selsema dan batuk masih ada.
Khamis, hari ini --- Selsema dan batuk tanpa kahak. 


Kalini nak share berkenaan natural remedies yang boleh diaplikasikan pada diri sendiri atau anak-anak apabila demam. 

Sebab aku dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan moden. Konsep natural remedies berbeza dengan konsep ubatan moden.

"Let food be your medicine, and your medicine be your food"

Natural remedies lebih kepada merawat punca dan memberi peluang kepada badan kita sendiri untuk healing process. 

Sebab itu kadangkala penyakit yang dirawat dengan natural remedies mengambil masa untuk pulih, tetapi ianya berkesan dan tiada kesan sampingan berbahaya. 

Bermula dengan sakit tekak, aku  meningkatkan dos pengambilan madu + habbatussauda 3-4 kali sehari. Juga berkumur dengan air garam. Garam bersifat antiseptik di mana dapat membunuh kuman-kuman di tekak. Juga sebelum tidur, minum campuran home-made ubat: sesudu madu + sesudu VCO + jus lemon (utk sakit tekak).

Semasa suhu badan tinggi, aku pakai acv socks sepanjang tidur malam. Kaedah acv socks:

*Rendam stokin nipis dalam larutan cuka + air suam (2-3 sudu besar cuka)
*Pakai stokin nipis itu dalam keadaan lembap.
*Pakai sepasang lagi stokin yg agak tebal untuk cover stokin lembap tadi.

Apabila stokin kering, ulang kembali kaedah di atas. Memang stokin akan kering 2-3 kali sepanjang malam tu, disebabkan suhu badan kita yang tinggi waktu demam.

Cara acv socks bertindak: sifat asid cuka akan menarik haba daripada dalam badan untuk keluar. 

Alhamdulillah, menjelang dinihari, suhu badan mulai turun. 

Lepas ni, kalau anak-anak demam, boleh try lah cara ini pulak. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang natural remedies, bolehlah dapatkan buku di bawah ni di mana-mana kedai buku:


Tuan blog pun belum habis menelaah lagi.....

Till then, c ya ...Assalamualaikum

Sunday 5 May 2013

Pengalaman berharga @ Kota Bharu


***Auto-Published Entry***

Selalunya pabila pulang ke kampung, aku jarang sangat menjejakkan kaki ke bandar KB. Maka apa-apa perkembangan yang berlaku di kawasan sekitar situ tidaklah aku ketahui.

Sewaktu bercuti seminggu baru-baru ini, aku bersama adik bongsu berhajat mahu ke Parkson, KB. Disebabkan tidak mahu membawa Amzar bersama, maka kami berdua pergi ke KB pada waktu tengah hari (12.40pm) selepas aku tidurkan Amzar (tinggalkan di rumah bersama neneknya). 

Perjalanan amat lancar kerana hari itu adalah hari Jumaat. Sepanjang perjalanan aku lihat kebanyakan kedai-kedai tutup. Menurut adik aku, kalau hari Sabtu biasanya perjalanan ke KB sedikit sesak.

Kami sampai di tengah bandar 15 minit kemudian. Bergegas kami berdua ke Parkson. Kelihatan agak ramai yang duduk-duduk di tangga. Aku pelik sedikit. 

Owh, rupa-rupanya Parkson sedang mengarahkan semua pengunjung untuk meninggalkan premis kerana ianya akan ditutup selama 1 jam (1-2pm) sempena solat Jumaat. 

Allahu Akbar!

Menerusi pemerhatian, aku dapati bukan sahaja Parkson, boleh dikatakan 80% premis perniagaan di sekitar KB ditutup pada waktu solat Jumaat. Termasuklah Mydin dan McD.

Yang dibuka adalah kedai-kedai seperti pasaraya mini @ kedai kain @ kedai kasut, yang mana pemiliknya adalah not-yet-muslim/non-muslim.

7-eleven juga dibuka.

Tepat pukul 2pm, kesemua premis yang ditutup tadi dibuka kembali. 

Dan semuanya berlangsung dalam keadaan yang sangat tenang. 

Satu pengalaman berharga!