***Auto-Published Entry***
Selalunya pabila pulang ke kampung, aku jarang sangat menjejakkan kaki ke bandar KB. Maka apa-apa perkembangan yang berlaku di kawasan sekitar situ tidaklah aku ketahui.
Sewaktu bercuti seminggu baru-baru ini, aku bersama adik bongsu berhajat mahu ke Parkson, KB. Disebabkan tidak mahu membawa Amzar bersama, maka kami berdua pergi ke KB pada waktu tengah hari (12.40pm) selepas aku tidurkan Amzar (tinggalkan di rumah bersama neneknya).
Perjalanan amat lancar kerana hari itu adalah hari Jumaat. Sepanjang perjalanan aku lihat kebanyakan kedai-kedai tutup. Menurut adik aku, kalau hari Sabtu biasanya perjalanan ke KB sedikit sesak.
Kami sampai di tengah bandar 15 minit kemudian. Bergegas kami berdua ke Parkson. Kelihatan agak ramai yang duduk-duduk di tangga. Aku pelik sedikit.
Owh, rupa-rupanya Parkson sedang mengarahkan semua pengunjung untuk meninggalkan premis kerana ianya akan ditutup selama 1 jam (1-2pm) sempena solat Jumaat.
Allahu Akbar!
Menerusi pemerhatian, aku dapati bukan sahaja Parkson, boleh dikatakan 80% premis perniagaan di sekitar KB ditutup pada waktu solat Jumaat. Termasuklah Mydin dan McD.
Yang dibuka adalah kedai-kedai seperti pasaraya mini @ kedai kain @ kedai kasut, yang mana pemiliknya adalah not-yet-muslim/non-muslim.
7-eleven juga dibuka.
Tepat pukul 2pm, kesemua premis yang ditutup tadi dibuka kembali.
Dan semuanya berlangsung dalam keadaan yang sangat tenang.
Satu pengalaman berharga!
Itulah hok kito nok..ikut quran, sunnah n respek...
ReplyDeletesalam dini. begitula keadaan di brunei. bkn hanya pasaraya besar tetapi semua premis perniagaan termasuk restoren & kedai2 kecil. nothing impossible!!!!mat salleh pun blh survive sini.
ReplyDeleteMacam mekah...semua Kedai Tutup waktu solat.
ReplyDeleteAlhamdulillah kelantan mengikuti :)
assalam... waktu maghrib pun begitu.. pasar malam tutup sebentar...
ReplyDeletePatut dicontohi oleh negeri2 lain jugak. Kelantan dah mula, harapnya lps ni ada negeri lain akan turut sama.
ReplyDeleteBaca entry dini buat saya rindu kat KB sangat2....
ReplyDeletekami jarang ke Parkson, selalu cuci mata kat KB Mall jer :)
a'ah macam kat mekah...:D
ReplyDeletedini park kat mana dlm pakson ke luar...sy gerun dengan parking lot dalam..macam naik roller coster...
Saya jarang balik kg kelantan. Tapi sesekali balik, memang terasa perubahannya. Siapa kata kelantan tak membangun? Di KB sendiri banyak perubahannya.
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteMak Aji paling suka bila semua model pada papan iklan bertudung termasuklah Rozita Che Wan! Awas sesiapa yg nak ke KB semasa cuti sekolah tanpa booking hotel terlebih dahulu, tidur kat masjidlah akibatnya!
waa... bilaler kay ell nk jadi macam KB. time solat jemahat lglah rancak mokcik2 pi soping sebab waktu rehat yg panjang.
ReplyDeleteAs salam Dini,
ReplyDeleteBaru hari ni larat nak jln2... Dini bwk pulak jln2 ke KB :) last ke KB tahun 2011 atas urusan kerja... makanan kat sana murah2... Marya makan byk smp kena 'cerry berry' hikhik... :))
kalu di pasar malam KB,waktu maghrib memey tok leh ado urusan jual beli. kalu kito nok bbeli dio to laye. kalu ado urusey jual beli hok jual akan di denda. Dulu experienced this situation, cik suami pelik... heheh but at last dio kato bagus lah lagu ni
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBagus tu..
Menghormati namanya,.