Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Saturday, 25 May 2013

Silver Dust


---Auto-Published Entry---


Tuan blog sedang mengikuti kursus 20 jam kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (24-26 Mei).

Sila lah menjamu mata dengan Silver Dust dahulu ya....

Beli di MARDI Cameron Highlands, RM4 sepasu. 

Dari jauh kelihatan seperti dilitupi salju, namun bila diteliti daunnya seolah dipenuhi habuk putih yang halus....

Orang MARDI cakap tak boleh siram sokmo dan perlukan indirect sunlight.....



Thursday, 23 May 2013

Percubaan Menanam Sumber Vitamin C

Mariambebakar = mummy, dini cuma ikut resepi saja....itupun 1st time tak jadi jugak...
Kniedaz = saya pun lama dah tak makan pizza kat luar, sebab geram dgn service dia yg lembap...
Sue-Rya Qistina = guna BM bolehlah Sue, cuba kalau kena uli sendiri doh tu, takdernya rajin ....heheheh
JaSSNaNi = BM amat praktikal kak ....(saya tak beli, MIL bagi)
ummuaidan = Itulahh....
rostina76 = sebab tak nampak sangat rupa sayur tu kot, tu yg Ajwad telan ja...heheh
Ummu Madihah = Ho mok aji, masok dale magic pan cepat sikit, compare nga oven, tapi api keno slow...
nurbijen = uli doh boleh jadi satu exercise nur....
kasihredha = hehehehe
Marya Yusof = kat Peru boleh juga makan seafood pizza kan? ke seafood mahal kt sana?
lady lavender = betul tu kak.....


Dalam 2 minggu lepas, percubaan menyemai benih roselle dilakukan. Benihnya dapat dari awal tahun lagi, punyalah lama tersimpan kan. Tak simpan dalam fridge pun, suhu bilik sahaja. Alhamdulillah tidak rosak. Tahan lasak kot roselle ni. 

Semai dalam 3 biji pasu kecil. Main tabur ja. Letak di depan pintu rumah, sebab situ ja kawasan tak kena matahari petang (direct). Tak sangka keesokkan harinya, sudah mulai nampak percambahan. Wah berbunga-bunga rasa hati.....hehehehehhe

Ajwad siap cakap lagi, " Pokok Ajwad dah grow kan, mummy..."

Lorrrr.....pokok Ajwad jadinya......apo-apo ajo lah anok.....

Hari ketiga, sudai mulai nampak pucuk bertunas. 

Ajwad cakap lagi, " Pokok Ajwad dah ada leaves kan, dia dah grow.....". Rajinlah dia siram. 

Tapi bising jugaklah mulut aku, sebab kalau tak berpesan, mahu nya banjir pasu-pasu tu, nanti mati anak pokok.....


Day 3

One week old

Satu kekurangan apabila menyemai terus dalam benih tanpa sistem (disebabkan penyakit M aku itu), bila nak pindahkan ke tanah @ pasu yg lebih besar, kemungkinan untuk anak-anak pokok rosak itu ada.....so a lesson learnt, lain kali jangan semai benih rapat-rapat......

Maka, semalam, setelah hampir 2 minggu usianya, dan sudah muncul daun ketiga, kerja-kerja pemindahan pun dilakukan. Balik kerja petang, kerja-kerja pembinaan batas dan pemindahan berjaya disiapkan dalam masa 1 jam setengah. Sambil dibantu oleh tukang kebun cilik. 


Buat garden bed, idea daripada Nadia Rashid. TQ Nadia!
Kebetulan memang ada batu-bata di rumah, lebihan masa renovate rumah dulu-dulu.

Tukang kebun cilik sedang beraksi --- proses meratakan tanah. 

"Owhhh penat wehhhh...take a break kejap. Alamak, air dah habis daaaa...."

Siap dipindahkan....

Semoga sihat-sihat aja di rumah baru ini ya......
Till then, c ya ....Assalamualaikum

Wednesday, 22 May 2013

Once or twice in a week...

ishamizu athirah Safarudin Mariambebakar nurbijen Dr. H rostina76 Sue-Rya Qistina ummuaidan Kniedaz = Terima kasih atas ucapan aunty-aunty ya....hugs****


Dalam seminggu, kadang-kadang sekali atau dua kali aku akan sediakan vegetarian dish untuk juadah dinner. Rakyat jelata haruslah menjunjung perintah sahaja kan, jika tidak kebuluranlah jawabnya. 

Vegetarian dish yang aku sediakan bukanlah yang gempak sangat pun. Istilah vegetarian cuma disebabkan tiada protein haiwan, itu sahaja. 

Haritu, adalah perbualan aku dan Mr Hubby:

Aku: Malam nanti kita makan vegetarian okay. I teringin nak makan vegetarian ni.
Mr Hubby: U kenapa? Mahu bertukar macam sami Buddha ke?

Ish Yang, tak patut tau cakap macam tu kat I .....hukhukhuk....sambung perbualan:

Aku: Ada ke cakap macam tu, sami tu whole life dia vegetarian kan......ala saja laaa, ubah selera, saja nak up kan intake sayur dalam menu ....bla...bla...bla........
(terus menyampuk) Mr Hubby: okay, apa-apa sahaja.....you're the chef....

Heheheheheheh......

So semalam sempena birthday Amzar, aku buatlah vegetarian pizza. Balik kerja bergegas masukkan bahan dough dalam BM. 50 minit kemudian siap pizza dough. 

Untuk toppings ---- capsicum, terung, tomato, olive, dan a lot of cheese, + sos pasta.

Bakar dalam magic pan. 1st time. Not bad!

Ni sebenarnya kali kedua buat pizza, pertama kali buat minggu lepas, tak berapa jadi.....huhuhu....kalini buat, dapat pujian daripada Ajwad......bangga kejap, ahaks! Sebab Ajwad tu memilih makannya, so kalau dia puji, kita harus berbangga ya.....hahahhaha....walaupun rupa pizza nya tidak berapa cantik. 


I've used unbleached flour to make pizza dough.
Sebab itu doughnya warna kecoklatan gitu. 

Resepi dough (berdasarkan buku resepi BM):

Tepung, air, olive oil, active dried yeast, salt. 

Till then, c ya ....Assalamualaikum

Tuesday, 21 May 2013

He is 2!


Assalamualaikum semua....

Masa begitu mencemburuiku di kala ini....

Banyak kisah yang hendak diceritakan....

Tetapi hari ini ingin mencatatkan sejarah anak teruna dahulu ya....

21 Mei 2011, 10.55pm, Dewan Bersalin Muslimah Penawar, Permatang Pauh.

He was born, such a small baby, 2.5kg only & 51cm length.

Mummy chose the Arabic name for him ---- > Amzar

Daddy chose the Chinese name for him --- > Khaw Huang En

Both names have same meaning: yang mulia.

Semoga dia membesar menjadi 'pejuang agama' bersama-sama abangnya

InsyaAllah.....











Tuesday, 14 May 2013

Jealous !


Abang ....

Scene 1:

Mummy: Amja, mummy sayang Amja nih......
Ajwad: Ajwad? Haaa...Ajwad?
Mummy: Okey, mummy sayang Ajwad jugak.......

Scene 2:

Mummy: Amja, come here. Okay good boy.
Ajwad: Ajwad? .....mummy, Ajwad?
Mummy: Ajwad pun good boy jugak. 

Scene 3:

Mummy: Amja, mai mummy tengok.....alalalaaa.....handsome nya Amja ni.....kiss sikit!
Ajwad: Mummy, Ajwad pun handsome kan....
Mummy: Aaa'h, Ajwad pun handsome, jom peluk-peluk. 

Adik .....

Mummy: Ajwad, thank you. Good boy lah Ajwad ni. Jom peluk-peluk.

Dalam masa yg sama, serta-merta si adik akan datang serbu, mahu berpelukan juga!





Sunday, 12 May 2013

Sepagi di bendang .....


Jika haritu, kami ber'photoshoot' di bendang di Kelantan, kali ni kami pergi yang berhampiran rumah sahaja. 
Kejar sunrise, nak bagi hero cilik berdua tu tengok matahari naik. 

Tetapi ni bukanlah aktiviti harini, aktiviti pada 1 May tempoh hari. 


Sang mentari mulai menampakkan diri 

Embun di dedaunan rumput

Terusan kecil mengalir lesu

Kelihatan seorang pakcik berbual-bual dengan suami.
 Pelik barangkali melihat kami sekeluarga pagi-pagi berada di sawah miliknya. 

Abe Ajwad ---- momentum penuh.

Aaahhh, belum puas berlari-lari.

Sayangilah tali air!
Penyalur untuk kelangsungan hidup si padi

Agghhhh I love this picture!

Tinggi si rumah burung, sekiranya berpenghuni, sudah pastilah pagi-pagi begini sang burung tentunya ke hulu ke hilir mencari rezeki.

Sekumpulan bangau di kejauhan

Terima kasih buat sepagi yang bererti.
Ada rezeki insyaAllah kami jejakkan lagi ke sini.


Friday, 10 May 2013

Auto-Published: a survey ....


Assalamualaikum teman-teman blogger..Salam Jumaat...


Minta jasa baik teman-teman sekalian untuk menjawab soalan survey di atas.

Survey ini dijalankan oleh rakan saya dan saya berkenaan breastfeeding. Sekiranya teman-teman semua pernah/masih breastfeeding anak, sudilah kiranya membantu kami menjalankan penyelidikan ini. 

Semoga usaha kita semua dapat memartabatkan amalan breastfeeding di kalangan semua ibu di Malaysia.

Terima kasih pada yang sudi .....

Have a nice weekend everyone...