Pokok terung hijau di dalam pasu.
Pasu recycle, tengoklah, dah pecah-pecah. Tak boleh dah nak alih sesuka hati, sebab pasu ni kira dah rapuh ni...huhuhuhuhu
Aku ada 4 pokok terung dalam pasu ---- pelbagai varieti.
Yang dah berbuah cuma yang bulat dan yang hijau ni.
Kisahnya unik.
Masa musim kemarau yang panjang lebih 2 bulan tu, semua pokok terung aku 'mati'.
Gugur habis daun-daun.
Yang tinggal cumalah batang utama yang warnanya pun kekuningan dah.
Aku memang jenis yang biar je dulu, tak adalah terus buang kan.
Kemudian, musim hujan pun kembali.
Hari demi hari, aku perhatikan mula muncul tunas-tunas baru.
Yang lama-kelamaan subur kembali pokok-pokok terung aku ni.
Alhamdulillah.
Akarmu kuat dan berjiwa 'survival'.
Begitulah juga kita.
Walau dugaan senantiasa menyapa, yang adakalanya bisa membuatkan kita rebah, yang adakalanya kita seolah merasakan tiada punya harapan, namun yakinlah hati bahawa Allah senantiasa ada di kala manusia lain lari.....................................sabar dan tabah kerna kemanisan pasti tiba jua........
Salam Jumaat buat semua.
Up n down kehidupan..sabar...tabah ...dan redha..in shaa Allah
ReplyDeleteAkak ni not always lucky dengan terung... alhamdulillah perjalanan hidup terung memberi makna tersirat kepada kita..
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteMak Aji belum lagilah merasa terung sendiri, baru nak besar sikit. Lama lagilah nak berbuah tu. Semacam hibernate pulak terung tu ya!
yang ni pun lama betul nak berbuah mok aji...saya beli anak pokok tahun lepas lagi.....lepas sebulan sebulan tunggu.....finally buoh jugok...hehhehhee...
DeleteSaya pun nak jadi macam terung yg kuat semangat tu… cuma tu la kan, kita manusia biasa ni kadang2 mudah sgt rasa down :(
ReplyDeleteFighting Nur.....
Deleteppokok terung mmg tahan cuaca, pengalaman dengan yg mak tanam tepi umah...daun seme gugur, bila kena ujan skit kkembali lebat dengan bunga sekali...tulah rahmat selepas kemarau..
ReplyDeletesaya baru tahu yg pokok terung ni tahan.......
Deleteskrg kat brunei tgh musim panau melampau
ReplyDelete