Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 19 November 2013

Fenomena di kala Subuh


Lama dah tertanya-tanya, lama dah mendengar, lama juga menjadi kemusykilan,
 tapi sehingga kini belum ketemu jawapannya.

Di kawasan perumahan ni, 60% adalah kaum Cina. 
Dan ada di kalangan jiran-jiran yang membela anjing. 

Satu perkara yang aku perasan, apabila menjelang azan Subuh. 

Dalam 30-60 saat sebelum azan Subuh berkumandang, anjing-anjing ni akan saling menyalak. Kuat (yer lah depa mana tahu kawal suara pulak kan....adoiii...). Saling bersahutan. Tapi bukan jenis salakan yang buat kita takut tu, bukan. 

Bukan juga salakan biasa-biasa, tapi frekuensi laju sikit.

Tapi sebaik sahaja azan bermula, salakan depa berhenti serta-merta. 

Setiap hari. 

Ada tak teman-teman blogger yang perasan akan fenomena yang sama di tempat kalian?

Tunas brokoli ---- usia seminggu.

Hero cilik yang kian banyak akal.


Monday 18 November 2013

Keep fit my style


Minggu depan pelajar diploma dah mulakan semester baru....oowh, bertungkus-lumuslah menyiapkan mana-mana yang patut ni, begitulah kalau cuti semester sekejap sangat (sebulan lebih), dengan segala kursus/mesyuarat/laporan yang tidak pernah berkesudahan...Alhamdulillah.

Semalam, aku dan teman-teman sekerja menghadiri Istiadat Konvokesyen, sesi pagi. Arrghh sangat terharu okey melihat anak-anak didik menerima scroll (eh UiTM tak panggil scroll kot, pasai depa bubuh dalam macam booklet tu). Terharu juga apabila semasa ucapan VC, beliau agak kagum dengan anak murid fakulti kerana sebahagiannya adalah penerima ANC....waahhh syabas my dear students!

Hari ni nak berkisah tentang resolusi yang aku sendiri rancang dan laksanakan pada diri sendiri/seluruh keluarga. 

Tak lain tak bukan topik kegemaran ==== > kesihatan.

Kesihatan sangat berkaitan dengan apa yang masuk dalam perut kita. Bahkan perutlah punca segala penyakit dan perut juga bisa menjadi punca kesihatan kita. 

Dari itu, sejak awal tahun ni, aku macam berazam dalam seminggu tu, wajib/harus makan/masak ala-ala vegetarian meal, which means no meat/poultry/fish @ no animal protein, sekurang-kurangnya sekali/seminggu.

Tapi ini cuma apply pada aku dan suami sahaja lah. Anak-anak wajib ada protein haiwan ni lagi, depa kan sedang lasak membesar. Tapi bagi kita yang dewasa, protein haiwan ni dah tak berapa penting sangat. 

Sebenarnya, taklah susah mana nak sediakan menu vegetarian. 
Sama jer macam masakan lain. 


Menu vegetarian kegemaran seisi keluarga ----- vegetarian spageti/pasta bolognese. Cuma tiada daging cincang sahaja dalam kuah tu. Caranya: gantikan dengan pelbagai jenis sayuran @ kekacang, dan pekatkan kuah dengan home-made tomato puree. Sos kuah spageti pun sebenarnya senang je kan sediakan sendiri daripada scratch. 

(maaf tersenget pula)
Kadang-kadang, aku suka juga sediakan grilled vege.
Untuk menggantikan nasi, grill juga ubi keledek.
Cicah dengan sos nandos. Yummmm, sedap weh !

(Hi kak Ros Brunei)
Ni pula versi sarapan. Hari tu tengok di rumah kak Ros, aii terliur sudah.
Pertama kali buat, guna organic wholemeal flour dan sebiji telur, tak letak garam/gula, rasa ada sedikit pelik.
Mungkin patut secubit garam selepas ini.....

Selain daripada menjaga pemakanan, sesibuk mana pun kita (yes we as women always busy with non-stop housechores kan), luangkan juga masa untuk bersenam. Keluarkan peluh secara agresif, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tak lama pun, 20-30 minit jer setiap sesi. 

Bagi aku yang tak gemar berlari/berjoging (di samping tiada orang nak tolong jaga anak), aku pilih buat exercise di rumah je. Pasang DVD, ikut aje langkah instructor dalam tu. Setakat ni, memang aku sangat suka dengan Zumba ni. Best, lagipun buat di rumah, tak perlu malu kalau silap step pun....hehehehheh. Kat Youtube pun banyak video Zumba. Download aje. Boleh pilih level beginner, atau advance. Nak yang 20 min atau 1 jam pun ada. 


Pesanan penaja:

**lebihkan sayuran/ulaman dan buahan
**kurangkan susu pekat manis/creamer dalam minuman
**kurangkan pengambilan 3-in-1
**kurangkan pengambilan soya (kecuali tempeh); kalau boleh tinggalkan terus soya pun lagi bagus, ini termasuklah soya dalam bentuk serbuk yang banyak digunakan dalam supplement
**kurangkan minum teh tarik / teh sukat
**tinggalkan habit minum air manis ketika waktu makan
**kurangkan minum air ketika waktu makan, minum selepas 20 min selesai makan
**sesekali cuba beras perang, gula perang/molasses
**kurangkan kebergantungan kepada supplement komersil
posted from Bloggeroid



Sunday 10 November 2013

The domestic weekend: Raw Almond Milk & Sayur Lodeh


Dah lama berhajat nak sediakan susu badam. Selalu kalau tengok movie Hindustan, mesti ada adegan minum susu badam sebelum tidur. Bagus sebenarnya tradisi depa tu. Almond is one of the brain-super food. Bagi ibu-ibu yang sedang BF, kacang badam juga bertindak sebagai milk booster. Lebih molek lagi kalau boleh dijadikan sebagai pengganti kepada susu tepung anak-anak yang telah berusia setahun ke atas (yang tiada alergi kekacang). 

Maka, belilah raw almond. Beli yang organik di NHF. 180 gram bersamaan RM11.90. 
Mungkin lain kedai lain harganya. Jom tengok penyediaannya.

Home-made Raw Almond Milk

Langkah yang paling kritikal adalah merendam kacang. Seeloknya rendam di antara 24-48 hours. Lebih lama lebih elok, tapi jangan lah sampai muncul tunas pula...heheheh. Aku rendam lebih 48 hours. Setiap 8 jam, tukar air rendaman. Kita boleh nampak air rendaman semalaman akan kelihatan berbuih. Rendam ni penting supaya bahan anti-nutrient pada kacang tu boleh tersingkir. 

Bilasan terakhir dan tapiskan sebentar. Masukkan dalam blender.
Tambahkan 4 cawan air. Aku masukkan juga 3 sudu besar madu dan secubit garam.
Kalau yang suka perisa vanila, boleh letak. Aku memang tak suka vanila, kat rumah pun tak ada stok vanila essence ke vanilla pod ke. 3 sudu madu tu ok dah, tak berapa manis. Tapi bagi kami, ok. Tok berehi manih leting --- kata orang Klate. 

Sebelum buat susu ni, aku siap requested Mr Hubby untuk beli penapis di pasar pagi, sebelum dia pi kerja.
Rumah tak ada penapis!
Selepas blend, tapis terus dalam jag/botol. 

Tadaaaa....dapatlah sebotol mason jar dan segelas.
Kalau blender atau juicer yang high power, aku rasa boleh dapat banyak lagi susu ni.
Tak apa, ini 1st experiment. 

Itu hampas almond. Banyak juga. Hampas ni ada kegunaannya juga, jangan terus buang.
Boleh masuk dalam cookies/kek/smoothies/ atau boleh buat ice-cream.
Atau yang paling best, campurkan dengan epsom salt dan boleh dijadikan body scrub gitu.
Natural and safe ! Kalau nak guna sebagai face mask pon boleh, tambah jer sesudu madu, terus boleh sapu di muka.
Tak perlu beli yang Body Shop punya dah kan......jimat duit.....

Rasanya bagaimana? Arrghhh memang sedap !
Terus berazam macam perlu buat tiap-tiap minggu jer ni...ahaks!

Yang dalam gelas tu, aku blend lagi sekali dengan pisang dan daun salad untuk dijadikan smoothie. Sudahnya, berebut aku dan anak-anak nak minum.......depa pun suka. 

Menu harini, aku buat sayur lodeh. Guna almond milk.
Menjadi !! First-time buat sayur lodeh....hahhahaha.....



posted from Bloggeroid

Friday 8 November 2013

Dilema mummy



greetingsfromengland JunAina Kniedaz nurbijen = Good Morning from Penang!

Amzar sudah mencecah 2 tahun pada bulan Mei hari tu. 
Alhamdulillah, dah makin banyak mulut.
Keletah pon pelbagai eh.

Kalau ikutkan, dah boleh wean off. Tapi hingga ke harini, belum lagi tercapai. 
Bila rasa nak wean off jer, rasa tak sampai hati......haaaa mummy nya yang emo terlebih-lebih tak pasal-pasal kan.....itu yang asyik bertangguh jer.....huhuhuhu.

Macam mana tak emo, kalau si anak tu dah pandai cakap macam ni,

"Hmmm, yummmmm, shushu sedap......"

Haaaaa? Sampai hati nak wean off? 
Mummy hati lembut ni, pandai Amzar main psikology tau!

Lagi satu, kalau aku tengah busy, dia akan datang dekat, dan cakap,

"Mummy, susu pleaseeeee.....susu pleaseee......pleaseeeee"

Dengan gaya sebut please tu, silence P....cute sangat bunyinya.

Takper lah nak, kita continue jer lah journey BF ni yer......sampai sama-sama kita berdua bersedia, mentally and emotionally okey?



Tuesday 5 November 2013

3D2N: Palma Resort, SOPHYS Survival Island

Minggu lepas, 28-30 Okt 2013, kami sekeluarga berada di Pangkor. Seronok sakan, lebih-lebih lagi hero berdua tu lah. Pertama kali jejak pulau katakan bagi depa tu. 

Pergi pun sebenarnya atas urusan kerja. Aku sebagai pengiring program persatuan. Alang-alang kena bayar sendiri, haruslah angkut semua ahli bait kan. Jom lah layan gambar.....

Ajwad dan Amzar bila dah mesra dengan kakak-kakak ni, tak pandang dah mummy....tengoklah si Amzar ni, lentok manja nampak dengan kak Safwa....

Kami menginap di Palma Beach Resort, Teluk Nipah. 

Hari pertama, selepas berehat, aktiviti depa adalah Bola Tampar Pantai.
 Walaupun cuaca masih panas, tapi main tetap main....

Sesi sand-spa.....Amzar bukan main lagi....bersemayam di atas abang Hanif,
 presiden persatuan.

Barisan gegadis ayu yang sedang menunggu sunset......

Aksi 1 daripada The Girls......aku tidak terlibat......

Aksi 2 daripada The Boyz

Di Pangkor, rugi kalau bangun lewat.
Sebabnya pagi-pagi hornbill banyak sangat berkeliaran.
Aku rasa memang wajar Pangkor tidak dibangunkan dengan sewenang-wenangnya, sebab di Pangkor jer setakat ni kat Semenanjung, yang jumpa hornbill ni. Aku perasan hutan-hutan di tepi pantai menjadi habitat depa. 

Muka excited Amzar dapat beri hornbill makan. 

Lepas itu, mari kita berkayak. Rindu weh zaman muda-muda dulu.....
berkayak di UM.

Bawaklah Ajwad berkayak sama. Amzar tinggalkan main pasir dengan kenalan.
Ajwad takut....hahahahahahha

Selepas berkayak, pi Island Hopping......
Syok eh buat macam ni....rasa tak puas.

Petang, hero berdua tu tidur kepenatan. Minta Mr Hubby jaga depa.
Mummy mahu berbasikal sekeliling pulau......

Gambar penasihat + MT + exco

BBQ dinner, beachside....



Wednesday 23 October 2013

Typo .....



Pagi-pagi ni, terkekek-kekek aku gelak dalam kereta. Nasib baik cermin agak malap gitu, kalau tak, mesti orang ingat tak betul ke apa gelak seorang-seorang kan....hehehhehe.

Ni sebab topik pagi HotFM lah ni. Depa cakap pasai type error atau orang sekarang panggil typo. Biasalah zaman smartphone, tab, laptop ni kan, typo tu rasanya menjadi fenomena biasa kot. Ramailah pendengar yang memberi contoh typo ni.

Maka, antara yang masih tersimpan dalam memori aku adalah:

1) Iklan di sebuah hotel. RM150++ per night. Free WIVE

Hhahahhahahahhaa...memang sakan aku gelak ni. Sebetulnya depa nak habaq Free WIFI. 

2) Bangla untuk dijual.

Kihkihkihkihkih....apalah salah bangla ya? Sebetulnya nak tulis Bangle untuk dijual. 

3) Emel kepada officemate. Instead of Hi guys, dia tertaip Hi gays........

4) SMS kepada bos -----> Sy MC harini, ditaipnya SYG MC harini......hehehehhe

Banyak sebenarnya kesilapan taip, tulis ni kan....yang baru-baru ni popular mengenai perisa pandan kan. Instead of Pandan flavour, ditulisnya PONDAN Flavour.....owh sungguh mengerikan. 

Aku pun banyak kali juga lah tersilap menaip ni, terutamanya kalau chating, sebab lepas taip jer terus tekan enter kan. Kalau dalam emel tu, ada lah jugak cek dulu sebelum tekan SEND

Semalam, chating dengan seorang student aku tentang trip ke Pangkor. 

Bla...bla....bla.....ayat aku .......dan diakhiri dengan perkataan 'STUDENG'.

Sebenarnya nak taip 'STUDENT'. 

Dah lah student yang tengah sembang dengan aku tu orang Terengganu!

Owh sungguh tiada niat ya......hehhehehe....yer lah, T & G berjiran atas bawah jer.......


Spageti olio hidangan dinner Ahad lepas. 
posted from Bloggeroid

Friday 18 October 2013

Detox Drinks

Nastyna = mesti lucu dok time depa ni confuse bahasa.....heheheh......tapi nanti bila depa dah expert (cth macam si Ajwad), saya pulak lah yang terlopong nya...pasai tak paham......
Ummu Madihah = Hai mok aji.....lamo nyoh kelik kelate......sangkut jam jugok tuh......oghe kelate meme suko kelik kampung kan.....hheheheh
Kniedaz = hi kak, good morning. 


Masa balik kampung haritu, makan memang pulun lah kan, balas dendam makan ketupat palas. Daging korban lagi. Juicing jangan harap nak buat. Zumba pun entah ke mana. Disiplin ke laut gitu. 

Pabila dah kembali ke alam realiti ni (cewahhhhh), haruslah fokus semula. Juicing weh juicing. Jangan liat. Walaupun ada skip jugak 2 hari selepas pulang dari kampung. Aiiii, momentum senang betul hilang. 

Kebetulan petang semalam ada pasar malam. Sebelum jemput Amzar, singgah dulu situ beli sayur dan buah. Yang utama cari cilantro ni, atau daun ketumbar. Sebab daun ketumbar ni bagus untuk detox. Kiranya bolehlah nak singkirkan benda-benda asing dalam badan tu kan. Meh kita tengok apa kelebihan-kelebihan lain cilantro ni:



Kan, banyak sungguh kelebihannya....maka dengan itu marilah kita minum daun ketumbar. Tapi nak buat ulam pon boleh. Selalu tu aku makan gitu jer sebagai ulam. Cuma bila makan ni, kuantitinya tak sebanyak mana lah kan, berbanding kalau juicing, boleh letak banyak-banyak gitu.

Untuk juicing cilantro ni, sebaiknya pilih buah yang manis. Sebab cilantro ni rasa pahitnya agak kuat. Kalini aku pilih mangga yang betul-betul masak. Tapi aku guna sebelah je. Sebelah lagi campur dalam sarapan oat Mr Hubby. 


Mangga + Cilantro + Sawi

The taste : bitter sweet. 

Boleh aje kalau nak gunakan sebiji manga untuk extra manis. 

Thursday 17 October 2013

Tertukar sudah....

Nastyna = terer la sis boleh tolong mak buat ketupat palas, saya setakat 'kacau' nenek jer lah....
suka suka = betul kak, kat Pantai timur meriah raya korban ni, kenyang perut dengan nasi...ehhehe
BUNDA a.k.a KN = salam ukhuwah bunda....


Adik perempuan bongsu aku, dipanggil maksu oleh Ajwad Amzar. Tapi Amzar tu lain sikit lah sebutannya, dia sebut MokChu........sebelum-sebelum ni memang pass dah sebutannya....

Tetapi balik kampung raya haji baru-baru ni, panggilannya tertukar sudah. Pelik betul bunyinya. 

Dia sebut XioShu.

Pelik si maksu dengar.......kami dengar pun pelik jugak. Berkali-kali betulkan sebutannya.
 Disebut jugak XioShu. 

Eh? Apsal tetiba bunyi macam Mandarin pulak ni kan?

Then, aku baru teringat......mungkinkah dia sedang dalam fasa 'confuse' antara panggilan Xiao Shu (paksu dalam Mandarin) dan MakSu?

Sebab di Penang ni, adik bongsu Mr Hubby depa panggil Xiao Shu lah. Tapi nak kata selalu jumpa Xiao Shu tu pun, tak ada lah sangat. 

Macam-macam lah anok.



Amzar with cousin.
Sebaya. 


Tuan kebun junior bersama pokok roselle yang lebih tinggi dari dirinya.
Teruja tengok kudup bunga roselle lah tu.
Nanti mummy buat jus roselle okey darling.



Aktiviti hujung minggu sekiranya tidak keluar.
Mari mengejar abang.
posted from Bloggeroid

Wednesday 16 October 2013

Eid Adha 2013

MariamBebakar = teringin lah nak gi kampung mummy suatu hari nanti....
cikA & Nastyna = Pangkor tu program bersama students, alang-alang kena jugaklah angkut depa ni....
Jassnani = kak, takpa, nanti Fiya jalan boleh bawak dia main pasir pantai......




Kami tiada plan untuk pulang ke kampung raya haji ni, cuti pun aku tak apply, pagi Ahad macam biasa pergi ke pasar bersama 2 hero, balik siang ikan dan masak seperti selalu. Tengah hari Mr Hubby pulang daripada marathon, sambil menjamu selera, tiba-tiba dia mengajak pulang. Katanya seperti tiada makna raya di Penang.....hikhikhik....dusshhhh, sepantas kilat, aku mengemas dapur dan packing baju. Tepat jam 3pm, kami bertolak. Singgah di Puncak Titiwangsa menjadi acara wajib. Saja nak rasa angin sejuk. 

Ketupat palas = ketupat pulut.

Di Kelantan, ketupat ni manis. Maka tak perlu makan dengan rendang dah. Boleh dimakan begitu sahaja (eh tetiba terasa macam iklan kan?! Dush......). Kadang-kadang, digunakan beras pulut hitam. Adakalanya dimasukkan juga kekacang dan serunding. Yummmmm, sedap! Kata Amzar.

Dulu-dulu, nenek aku yang buat sendiri. Ingat lagi masa aku muda remaja, bila balik kampung menjelang raya, penuhlah dapur dengan periuk-periuk besar. Untuk mengukus ketupat palas ni, cara tradisional, menggunakan dapur kayu. Aaaghhh rindu woooo zaman itu. Sebab aku dan makcik-makcik yang hampir sebaya, begitu ringan tulanglah kononnya ingin membantu menganyam ketupat ni. Buat kelongsong kata orang. Tapi tak pernah jadi....hehheheheh.

Pemandangan di belakang rumah.

Walaupun aku dibesarkan di KL, tapi suasana sebegini juga yang dirindui. Suasana yang penuh kehijauan sekeliling. Sekeliling rumah penuh dengan tanaman ulam dan pucuk kayu, hendak makan main petik ajer. Bila anak-anak mengamuk, dukung sahaja dan tunjukkan kerbau, lembu, kambing, terus teruja mereka. Apakah suasana ini akan kekal dan dapat dirasai oleh mereka pada masa hadapan?

Amzar hungga di Hutan Pokok Rhu, Pantai Senok.

Tidak perlu ke tempat percutian yang mahal-mahal. Di kampung belah ayah, ada suasana sebegini. Pepohon rhu sudah dewasa, lalu membentuk landskap yang indah. Di hujung sana adanya Laut China Selatan, deruan ombak sudah mulai kuat menghempas pantai, tanda bakal bermulanya musim tengkujuh tidak lama lagi. 

Apabila budak 'bandar' jatuh di pasir.......

Benteng pemecah ombak. Turut kelihatan rumah api.
Landskap yang molek sekali untuk photoshoot.
 

Sesi dating ayah dan anak?
posted from Bloggeroid

Sunday 13 October 2013

Santai Petang Sabtu

Semalam seharian di rumah PIL. Setelah 2 minggu tidak berkunjung. Aktiviti biasa-biasa aje, cucu-cucu (Ajwad & Amzar) bermain dengan ah kong & amma. Sambil-sambil menemani daddy bekerja.

Pulang dari sana, singgahlah ke Queensbay sekejap. Lama sungguh tak makan Tako Tao. Maka Mr Hubby cuma berhenti kereta di tepi jalan, dengan pantasnya aku pergi membeli Tako Tao dalam QB.

Dah alang-alang di area situ, bawalah 2 hero tu bermain pasir pantai sekejap. Suka depa! Okey nanti kita main pasir puas-puas kat Pangkor ya anoks.