Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 23 January 2014

Thursday 9 January 2014

A Very Simple Vegetarian Dinner

Semalam, tak terasa nak makan nasi waktu dinner. Tiba-tiba tekak terasa nak makan vegetarian je. Maka TB pun jenguklah apa bahan yang ada dalam fridge tu. 

Hasil godek-godek fridge, adalah timun Jepun dan carrot. Terung pun ada juga. Tapi macam tak lalu nak makan mentah kan. Guna jer lah timun dan carrot tu. Hiris nipis-nipis guna peeler. 

Sos atau dressings guna minyak kelapa dara 2 sudu besar, cuka epal (ACV = 2 tbsp) dan kicap cair organik 2 sudu besar. Gaulkan. Biarkan seketika. Harum bau dapur apabila kesemua bahan ni sebati. Serasi lah tu kot. 

Kemudian, letak jer dalam wholemeal wrap. Lipat atau bungkus sesuka hati. Tengok cara lipatan dah tahu orang takder seni kan....hehehhehe.

Alhamdulillah, kenyang juga makan 1 je. 

Bila dah meningkat alam kedewasaan ni, badan kita tidak memerlukan sangat protein haiwan. Ada baiknya juga sesekali kita beralih kepada hidangan vegetarian. 

Till then, c ya ..... Assalamualaikum.








posted from Bloggeroid

Sunday 5 January 2014

Tambahan ahli kebun

2 minggu lepas, ada karnival usahawan bumiputra berlangsung di daerah Tasek Gelugor. Mavam-macam gerai jualan ada.

Tapi yang paling menarik perhatian TB tentu lah gerai yang menjual anak pokok. Ada yang jual orkid, kaktus & anak pokok buah-buahan. Dan ada satu yang menjadi pujaan hati TB, menjual anak-anak pokok sayur. Nak melompat rasa!

Anak pokok betik, terung pelbagai varieti, herbs, cili dan tomato.

TB beli 4 jenis anak terung & 3 anak kantan. 4 jenis terung tu berharga RM12 dan 3 kantan RM10.

Pulang ke rumah pindahkan ke pasu. Semoga terus subur ya....insyaAllah.






posted from Bloggeroid

Saturday 4 January 2014

Metabolic Age

Semalam, lunch hour, TB bersama seorang teman pergi ke Sunshine. Hendak lunch di situ. Sebelum tu, kami singgah buat "Health Measurements" di salah sebuah kedai Nutrisi di situ. Free of charge.

Kebetulan kedai tu jual kekacang & dried fruits, yang mana memang TB suka sangat lah kan. Beli 2 pek untuk kudapan di kala kesibukan menjelma.

Berbalik pada check-up tu, apa yang perlu dibuat adalah berdiri atas scale weight yang canggih dan terus boleh dianalisis body fat, visceral fat, body water etc.

Dan metabolic age!

My inner physical body is 12 years old.

Alhamdulillah, all praise to ALLAH.

Without any additional synthetic supplements.

Eat the right food.
Drinks plain water.
Exercise regularly.
Smile & laugh a lot.
Eat plenty of vege & fruits.
Try new habits: raw juicing & vegetarian once a week.
Reduce intake of animal-protein.
Reduce intake of drugs.
Natural remedies instead.
Plant trees/herbs.
Adequate quality sleep.

Avoid processed food.
Avoid frozen processed food.
Avoid fast food (KFC, McD etc).
Avoid chemically synthetic cosmetics.
Avoid processed powdered (even if its claimed natural) supplements, still it is not original.
Avoid SOY supplements.
Avoid soft drinks/sweet drinks/artificial isotonic drinks.
Avoid maggie/mee segera.

InsyaAllah.


posted from Bloggeroid

Friday 3 January 2014

Semalam

Semalam, pelajar TB "menghadiahkan" imej ini.

"If there ever comes a time when we cant be together, let us keep you in our heart. Dont worry, you will stay there forever".

Terima kasih.

'You guys will be stay in my ♥ too.'

Tempuhilah cabaran yang akan datang dengan penuh rasa ketakutan pada Pencipta-Mu.


posted from Bloggeroid

Thursday 2 January 2014

Kopi berMENTEGA?????

Sebelum ni, tuan blog (TB) tak pernah perasan.

Tapi tergerak hati suatu hari nak belek-belek senarai kandungan kopi yang ada di rumah ni.

Kopi jenis serbuk halus ya.

Ergghh, sentap seketika. Ada marjerin? Kenapa??????

Mula tu ingatkan brand ni sahaja yang letak marjerin. Lalu pabila TB ke pasar raya, belek-belek lah jugak beberapa jenama lain. Wah rata-ratanya memang ada marjerin.

Erghhh tak dapat diterima akal.

To those coffee lover, please be extra careful. Margarine is dangerous to our health.

Terus TB tukar kepada serbuk kopi yang coarse-grind & tertulis 100% biji kopi.

Till then, c ya. Assalamualaikum.


posted from Bloggeroid

Wednesday 1 January 2014

SOPHYS Apprentice 2013

Ini untuk catatan kenangan tuan blog (TB).

13-15 Dis 2013, TB telah mengikuti program pelajar di Bendang Man, Sik, Kedah. Bertugas sebagai pensyarah pengiring lah kiranya.

Kami masuk hutan, yeay!!!

Memang pedalaman kawasannya. Perjalanan lebih kurang 2 jam daripada kampus.

Program yang melibatkan exco senior dan exco junior persatuan.

Hari kedua, pagi, kami ada acara jungle trekking. TB yang teruja, lama dah tak masuk hutan. Walau dalam hati berdebar takut dengan pacat!

Dan seperti yang dijangka, pacat Bendang Man sangat berminat dengan darah TB. Pengalaman baru sungguh. Dulu panjat Gunung Angsi pun tak kena pacat. Dan ambil masa 2 minggu lebih juga kesan gatal akibat gigitan pacat tu nak hilang ya. Aduh terus dapat bluish-black mark !







posted from Bloggeroid

Salam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum....

Lama sungguh kiranya tuan blog menyepi kali ini. Bukanlah merajuk, tidak. Cuma mungkin mahu memberi laluan merehatkan minda seketika. Tetapi tuan blog masih lagi melawat teman-teman blogger walaupun tidak meninggalkan jejak.

Oh ya sebelum itu, ingin tuan blog ucapkan Salam Tahun Baru kepada semua kenalan yang masih lagi sudi menjenguk teratak sepi tuan blog ni. Semoga ukhuwah kita berkekalan....insyaAllah.

Harini tuan blog bersama anak-anak menziarahi PIL. Kebetulan Mr Hubby ada mesyuarat di Bayan Baru. Tengah hari, MIL ajak temankan dia membeli-belah keperluan CNY di Sunshine. Maka berheretlah tuan blog akan anak-anak yang bermain lumba lari dalam shopping mall itu seakan-akan shopping mall itu kepunyaan bapa mereka! Jadi tugas tuan blog sudah bertukar daripada menemani MIL kepada pemantau keberadaan anak-anak. Hmmmmm...........

Selepas lunch bersama MIL, kamipun pulang ke rumah. Mr Hubby bergegas pula ke Sungai Petani, menghantar barang dagangan PIL ke sana. Tuan blog tidurkan anak-anak. Apabila mereka tidur, 'aman' sedikit tuan blog nak menelaah apa-apa yang patut.

Till then, c ya.... InsyaAllah. Take care.


posted from Bloggeroid