Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 8 May 2014

Vegan Chocolate Cupcake (Non-dairy & Eggless)



Kita semua suka dessert kan, name it ice cream ka, kek ka, cupcake ka, muffin ka.

Benda sedap....manis....uishhhh......

Dan harini aku nak share satu resepi marvellous untuk sesiapa yang tengah diet kan, atau yang ada alergi telur atau susu.

Pasai resepi ni tak guna susu mahupun telur ----- namun tetap menghasilkan cupcake yang gebu, lembut dan sedap dimakan. 

Resepi (sukatan ini menghasilkan 5 biji cupcake ikut size cawan dalam gambar ye):

* 4 sudu besar unbleached flour
* 2 sudu besar organic raw cocoa powder
* 3 sudu besar brown sugar / molasses
* 2 sudu besar minyak kelapa dara / VCO @ olive oil
* air (> 3 sudu besar, agak-agak sendiri ikut kepekatan)
* chocolate chips / habbatussauda / chia seeds etc (optional)
* 2 teaspoon cinnamon powder (optional)

Kacau sebati ----- > bakar dalam oven. 

Boleh juga kalau nak jadikan Mug Cake. 
Resepi di atas sebenarnya ikut sukatan untuk mugcake. 

Maaf lah gambar tak berapa menyelerakan, sebab pagi tadi sebelum Subuh aura cupcake datang kan, maka bersilatah di dapur tu......elok lepas Solat Subuh, cupcake pun dah masak, terus ambil gambar di bawah cahaya lampu kalimantang yang tidak berapa okay itu.....huhuhuhu


Monday 5 May 2014

Menu Ahad


Macam biasa, hari Ahad, hari bersenang-lenang di rumah sahaja. Bangun pagi-pagi pergi pasar sementara anak-anak masih tidur dengan daddy mereka........

Bila dah pergi pasar, maka juadah harini ada special sikit lah. Jumpa pula si sepit biru di pasar. Ok terus terfikir nak buat gulai Kelantan. 


Beli juga 2 biji labu bersaiz comel lote.
Lama dah tak buat sira labu ni.
Puas makan semalam.


Goreng juga tempe. Rajinkan diri buat sambal cili kicap,
letak bawang putih banyak-banyak.
Perghhh cicah macam tu je makan, sedappppp......
hidangan asal masyarakat Jawa kan.

Taraaa ---- si sepit biru.
Gulai Kelantan bersama tempe. 

Pada yang merindu 2 hero cilik ni ---- nilah wajah terbaru.....hikhikhikhk

Friday 2 May 2014

Terung --- A Fighter





Pokok terung hijau di dalam pasu. 

Pasu recycle, tengoklah, dah pecah-pecah. Tak boleh dah nak alih sesuka hati, sebab pasu ni kira dah rapuh ni...huhuhuhuhu

Aku ada 4 pokok terung dalam pasu ---- pelbagai varieti.

Yang dah berbuah cuma yang bulat dan yang hijau ni. 

Kisahnya unik. 

Masa musim kemarau yang panjang lebih 2 bulan tu, semua pokok terung aku 'mati'.

Gugur habis daun-daun.

Yang tinggal cumalah batang utama yang warnanya pun kekuningan dah. 

Aku memang jenis yang biar je dulu, tak adalah terus buang kan. 

Kemudian, musim hujan pun kembali. 

Hari demi hari, aku perhatikan mula muncul tunas-tunas baru.

Yang lama-kelamaan subur kembali pokok-pokok terung aku ni. 

Alhamdulillah.

Akarmu kuat dan berjiwa 'survival'. 

Begitulah juga kita. 

Walau dugaan senantiasa menyapa, yang adakalanya bisa membuatkan kita rebah, yang adakalanya kita seolah merasakan tiada punya harapan, namun yakinlah hati bahawa Allah senantiasa ada di kala manusia lain lari.....................................sabar dan tabah kerna kemanisan pasti tiba jua........


Salam Jumaat buat semua.