Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 30 November 2011

Dialog-dialog Ajwad

Budak-budak sekarang, bila dah pandai bercakap, tak henti-henti cakapnya.

Kadang-kadang tu, benda yg kita tak sangka.....

Sebagai contoh:

Situasi 1: Apabila mahukan handphone....

Ajwad: Mummy, Ajwad pinjam talifon sikijap....
Mummy: Tak boleh, ni handphone mummy.
Ajwad: Boleh lah, Ajwad pinjam saje. Ajwad nak buat tijer (tijer = kerja).

Situasi 2: Sakit

Ajwad: Mummy, Ajwad sakit kaki ni. Cian Ajwad...hmmm....cian Ajwad, sakit ni. Mummy tolong amik bikut (bikut = biskut).

(sedangkan orangnya sedang berada di atas basikal ya, a.k.a sedang BERMAIN).

Aduhai.....nak gelak pun ada si mummy dengan keletah Ajwad......tunggu lar time Amzar besar, apa pula keletah 2 beradik ini ya?


Variasi puri Little Amzar

Amzar genap 6 bulan last week....Alhamdulillah, dipermudahkanNYA utk eksklusif BF selama itu....target selepas ini, teruskan dengan fully BF selagi Little Amzar mahu......amin......

Azam aku, tahun ni, thn depan, thn seterusnya, nak bagi solid food yg terbaik....no more instant cereal, hopefully tak perlu guna instant cereal pada bila-bila masa pun.....insyaAllah.....harap-harapnya kekal beristiqamah.......

Setakat ini, aku buat puri fresh pagi-pagi, hopefully juga tak perlu buat frozen punyer. Prepare 2 hidangan buat bekal di rumah maktok. Simpan dalam food thermos. 

Selain nasi, aku sediakan juga puri couscous.....senang sgt...idea guna couscous ni aku cedok kat SINI.

Coucous cuma perlu direndam dlm air panas (betul-betul panas yer) selama 15 min.

 1 bhgn couscous = 1 bhgn air panas. 

Apabila kembang, bolehlah dilenyek-lenyek atau blend bersama bahan-bahab lain. 

So mari lah kita sama-sama tgk puri Amzar...oops, sebelum terlupa, aku juga tak lupa campurkan sebiji kurma dalam hidangan puri.



Puri couscous + kurma

Puri couscous + steam brokoli + kurma

Puri nasi + steam brokoli + steam carrot + kurma


Puri couscous + kurma + steam potato + steam sweet potato

Puri nasi + steam labu + kurma

Tuesday 29 November 2011

Organic breakfast


Sebelum berceloteh panjang, tak terlambat kot aku nak ucapkan "SALAM MAAL HIJRAH" buat sahabat sekalian.....

Bagi yg dok kat belah-belah Barat ni, cuti sampai 3 hari......seronok sakan ler bagi pelajar-pelajar mahupun pensyarah  aku.....

Bagi aku, biase ler...aku jer yg cuti sampai 3 hari, maka aktiviti utama berkurung bersama 2 anak bujang....pasai apa anak bujang? 

Sebabnya kedua-dua telah pun bersunat....lega aku....hiikhikhik....lepas ni takyah pikir dah pasai sakit nak sunat lar...pantang ler....bla bla bla dan yg sewaktu dengannya.......

Pagi Sabtu lepas, aku buat ler resepi ramen organik untuk sarapan.....(berangan nak pi Jepun tak kesampaian,    masak makanan ala-ala Jepun pun jadi ler......huhuhuhu).

Kaedahnya simple (I like.....hehehe) saja....ramen tu rebus dlm 3-4 min, angkat dan toskan.

 Pastu dlm mangkuk, gaul dengan mushroom paste sauce (boleh beli kat Cosway or mana2 kedai organik)....dah siap.....aku tambah ler jugak steam crabstick dlm ramen tu.....untuk menunjukkan aku ni bukan ler vegetarian.....ehhheeeee,,,,



Mushroom sauce, kandungannya: shiitake, sesame oil, grape seed oil, lake salt, to fu, soy sauce. ..so yummy. 



 So to those who interested, happy trying ya......




Friday 25 November 2011

'Perbualan' Ibu-ibu BF

Ibu A: Salam akak, sori kaco...slalunya bape lama nak recover zaman kemerosotan susu? Susu saya makin  merosot.....pam 1 oz pun pyh nk dpt. :'( .       Siap bgn pump kul 4 pg lagi....ada petua meningkatkn susu tak? longan dh try...kucai, sawi semua jadi menu wajib......

Ibu B: X tentu. Akak aritu dlm hmpir sebulan gak merudum. Dh buat power pumping ke?

Ibu A: Dah..tp br 2-3 hari..klu buleh tu nk xclusive bf lar...huhuhu...

Ibu B: Boleh punye. Don wori. Mulai harini, buat ari2 power pumping. At least sekali sehari. Setiap sesi 1 jam. Wlupun time pump susu x kuar, keep on pump. InsyaAllah nanti byk. Jgn stress ek.

Ibu A: Baiklah...sy cuba...harap-harap berjaya...nasib baik ada kaunselor laktasi :)

Ibu B: Kihkihkih...Xdak sijil punyer ni. Tunggu NSO mai opis utk buat  misi bersama-sama.

Ibu A: Baik...mmg perlu ada kumpulan sokongan....heheheheh


'Perbualan' di atas tiada kene-mengena atau mungkin ada kene-mengena (berapa byk mau kene daaa....) dengan anda  dan rakan-rakan anda. Dengan itu, marilah kita saling memberi sokongan atas usaha-usaha para ibu ini.

Thursday 24 November 2011

Pasta Salad for Usrah

Malam tadi, turn usrah hubby buat di rumah kami, start 9pm.

Last week aku siap-siap tanya la berapa orang, dia cakap biasa-biasa 7 orang, kalau semua hadir lah.

Sehari sebelum tu, hubby tanya aku nak prepare apa utk orang usrah.  

Dengan selamba aku jawab, "steam pau ajer." (Nampak sangat ketidakrajinan aku itu....hikhikhik).

Tapi semalam balik keje, aku beli laa jugak bahan-bahan utk memasak yg seringkas dan sesenang mungkin. 

Hasilnya......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Spiral Pasta Salad with Chillie Tuna

So yummy with a bit pedas = according to mr hubby


Pagi ni, bukak fridge, tengok ada balance pasta salad itu. Apa lagi, operasi pemanasan global dalam kuali pun bermula. 


Dapat bahagi 3 bahagian: 1 mangkuk utk hubby sarapan, 1 tupperware utk maktok (babysitter), 2 mangkuk tingkat kecil aku bawak p kerja, bagi pada kakak cleaner yg selalu dok sapu kt blok akademik. Sekali-sekala menggembirakan orang lain, besar pahalanya...insyaAllah......

Ok sebelum aku tamatkan cerita hari ini, sila lah menjamu mata dengan gelagat little Amzar ya. 




Wednesday 23 November 2011

Cinta Hati Mummy II























Cinta Hati Mummy

Little Amzar at 6 months

Yg duduk dlm baby seat = Little Amzar at 6 months, Yg ala-ala meniarap tu Big Bro Ajwad, masa tu 6 bulan gak....

Tgh pegang handphone = Big Bro Ajwad masa setahun...tgh giler meroyan kat handphone time nih.....









Orang lain dah tak heran dengan apps dlm handphone kan....aku pulak lambat sikitttt....so tgh excited giler dgn apps pic editor....so gambar anok laaa jadik mangsa....hikhihkhihkh.....

Monday 21 November 2011

Sem baru sudah bermula

Hari ni hari pertama semester baru utk pelajar diploma.

Hari ni hari pertama Amzar makan solid food di rumah mak tok. 

Rutin pagi si mummy bertambah satu, sediakan puri Amzar. Menu hari ini = puri nasi ecobrown + carrot. Harapan si mummy, moga Amzar suka......eheeee.....

Di ofis, ada bengkel perlu dihadiri, seharian, tetapi masih sempat beraktiviti EBM. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa berulang-alik, tidak mengapa. 

Weekend yg baru berlalu, cuba-cuba aktiviti memasak lagi.

Popia crabtick with seaweed for breakfast dan Chicken loaf lasagna for dinner......

Si hubby suka......weheeeee...tersenyum lebar si mummy......








Friday 18 November 2011

Anak Anda Demam? Jangan Panik!

" Hari ini telah masuk hari kedua Aiman mengalami demam dan tidak dapat ke sekolah. Macam biasa setiap kali Aiman demam pasti dia akan turut mengalami batuk, selsema dan sakit tekak. Ketika waktu malam, demam Aiman menjadi agak teruk namun di siang hari, Aiman masih aktif. Semasa Aiman kecil dahulu, setiap kali Aiman demam saya memang akan ambil cuti untuk menjaganya di rumah. Namun, kali ini saya tidak ambil cuti dan tinggalkannya di rumah pengasuh bersama-sama adiknya, Aqilah.

Mengapa kali ini saya tidak mengambil cuti? Adakah saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan anak saya yang demam? Sudah berkurangkah kasih sayang saya? Jawapannya, bukan saya tidak sayang lagi anak saya ini, Aiman lah buah hati pengarang jantung saya, hero kesayangan saya, cuma kerisauan saya sedikit berkurang kali ini kerana Aiman sudah mencapai umur 7 tahun.

Mengikut ilmu kedoktoran yang saya pelajari, kanak-kanak yang berumur di bawah umur 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka mengalami demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jadi, inilah menyebabkan saya kurang risau apabila Aiman mengalami demam. Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti Epilepsi.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. Berikut adalah langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil ketika anak anda demam:

1. Kalau boleh anda ambillah cuti.
Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.

2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.

4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?
Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.
Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.

Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah "

Biodata Kolumnis

Dr Che Engku Nor Bahiyah bt Che Engku Muda bertugas sebagai pegawai perubatan dan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia

Power Pumping

Dah lama tak bercerita tentang BF kan.....sebenarnya cerita-cerita tentang BF ni lebih kepada simpanan diri sendiri. Senang nanti di masa hadapan buat rujukan (cewahhhh...ada hasrat menambah koleksi kah?)......

Bulan lepas, tak tahu laaa kenapa, tiba-tiba jer hasil EBM merudum, terutamanya di waktu pagi, bangun daripada tidur. Selalu pagi-pagi camtu hasilnya lumayan, tapi tang saat merudum tu, nak dapat 2 oz pun susah nyer ler.....huhuuhuh.....

So apa lagi, misi mencari jalan penyelesaian.....BLOGWALKING !

1st, dalam seminggu, tiap-tiap hari bawa bekal ke opis.....air rebusan longan dan kurma merah.....bawa dalam termos, so kekal suam......

Pastu terjumpa pula mengenai teknik Power Pumping kt blog Miakididdles.

Nampak macam agak leceh, tapi demi anak dan EBM, ku gagahkan jua....hikhihhkhhihk.

Aku lebih suka amalkan teknik Single Power Pumping, selama seminggu.....Alhamdulillah, berjaya kembalikan semula hasil EBM dengan meriah......sampai sekarang kalau pam di opis, aku memang guna teknik ni, best pula rasanya, mungkin dah terbiasa kan, tambah-tambah bila lihat hasil yang menakjubkan.....rezeki Amzar...alhamdulillah syukur sangat......

Kat bawah ni aku sertakan teknik Single Power Pumping secara ringkas (yg aku amalkan), kot2 ada di kalangan kawan-kawan aku yg tak berapa gemar BW kan......

1. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillah dan berdoa semoga dipermudahkan segalanya.
2. Pam sebelah breast selama 10 min. Sekiranya tiada keluar apa-apa hasil pun, tak apa. Jangan putus asa. Teruskan pam selama 10 min.
3. Selepas 10 min, tukar pula aktiviti pam ke sebelah lagi. Pam selama 10 min juga. Sekali lagi, jangan putus asa kalau susu masih tidak keluar. Teruskan pam okay.
4. Selepas 10 min, tukar pula ke sebelah. Begitulah seterusnya, pam tiap-tiap satu breast selama 10 min, selama 1 jam.
5. Yg penting, jangan kecewa kalau dalam masa 1 jam, hasil EBM tetap sikit, terutamanya pada hari pertama anda try teknik ni. Teruskan dengan hati yg cekal TIAP-TIAP HARI, 1jam setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

Till then, happy breastfeeding mommies!


Ihsan Yahoo Image

Thursday 17 November 2011

Aktiviti makan lagi.....Bertam Potluck

Tadi lunch hour, kami adakan sesi makan-makan sesama kami satu Malaysia fakulti. Sebenarnya nak jadikan farewell party kepada bakal x-bos, Izani dan Lean. Depa berdua ni tak lama lagi nak melayang jauh fly ke seberang. Tak jauh mana pon, sorang ke New Zealand, sorang lagi ke OZ. Sambung phd. Moga-moga depa ni cepat siap phd dan sambung balik khidmat bakti pada anak-anak bangsa (cewahhhhh.....belum pergi lagi dah kena pesan cepat-cepat balik.....kihkihkihkih).

Tapi tadi, x-bos tak dapat join laa pulak....tengah kelam kabut buat beberapa urusan penting , yer laaaa, next week dah nak pi kan.....

Cuma yg ada tadi Lean ajer laaa.....okay laa tu kan, daripada takder langsung org yang nak diraikan.....ahli-ahli lain pun tak ramai.....ada yg p kursus KAP, dan bos sekarang pulak amik cuti, adik kawin.....

Dengan itu, mari lah kita nikmati pemandangan biasa aktiviti makan-makan ni.......





Buttermilk Chicken Masala - sumbangan Ainun

Dark Choc Cake - sumbangan Fauzi

Bubur Gandum - sumbangan Kak Fisha

Nasi beriani - sumbangan Kak Noor

Fried Chicken - sumbangan Mahibub

Ayam Madu Berkismis - sumbangan Nadzri

jeng...jeng...jeng......Fried Organic Noodles: tuan punyer blog gunakan Kelp Organic Noodles + Spirulina Organic Noodles + Tomato Noodles............

Memang sedap.....tak manis...simply love it!

Monday 14 November 2011

Alkisahnya.....

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk entry.....lepas bercuti seminggu, dah kemas-kemas dan vakuum habuk yang bersawang ni, terus ler takder idea nak pikir tajuk entry daaa......

Itu belum lagi nak tgk bilik sendiri kt opis Bertam tu, apa kbr laa agaknyer bilik tu.....mau nyer kene angkut penyapu daripada rumah besok lusa ni...maklum, harini dan esok ada meeting di Permatang Pauh, maka tuan punyer bilik ni tidak ler berkesempatan lagi menjenguk istana hinggap di Bertam tu.....

Harini nak share dengan korang tentang surah Al-Ikhlas (surah ke 112).

Kalau lah dalam suatu hari nanti, korang akan merasa pengalaman dengan non-muslim, apabila diorg tnya korang siapa Allah......macam mana korang nak jawab ya? Soalan simple.....tapi kalau jawapan kita complex, alamat nya makin pening laaa member kan, alih-alih terus tak berminat dengan Islam.

Selok-eloknya jawapan simple, tapi tepat.


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
 
1. Say: He is Allah, the One and Only;
2. Allah, the Eternal, Absolute;
3. He begetteth not, nor is He begotten;
4. And there is none like unto Him.


Korang boleh jadikan surah ni sebagai panduan kalau-kalau ditanya oleh mereka yang belum Muslim lagi.....kaedah dan tatacara nk explain pada depa tu biarlah secara berhemah, jangan pula terus nak berceramah bagai.....lari orang tu, confirm! Ikut ler kreativiti anda...eheheheh.

Till then.....tadaaaaaa

Thursday 3 November 2011

Jom Makan Mee TAK Segera....

Copy from FB wall of a friend





Usah lah kita terus-menerus membebankan hati (liver) dan ginjal (kidney) kita untuk memproses segala bahan-bahan toksik yg sememangnya TIDAK DIPERLUKAN ini.


Instant Noodles = TAK NAK / NO / NEHI / PU YAO

Kisah Pendrive

Dulu, aku pakai pendrive jenis mini punyer. Hubby belikan...untuk senang nak cari, maka aku ikat ler kat handphone. Konon takkan hilang.

Seperti biasa, petang-petang balik keje, dalam tahun lepas atau 2 tahun lepas, aku p laa amik Ajwad kat rumah babysitter. Jalan kaki jer, yer laa blok sebelah ajer, masa tu dok kt pulau.

Balik rumah, tukar baju, bawak Ajwad turun gym...waaaa, nak bersenam sikit gayanya. Dekat setengah jugak laaa dlm gym tu, maklum ler takder orang lain kan. Buat ler bersenam gaya bebas sambil menikmati pemandangan orang swimming sesuka hati. Ajwad pun suka dok try equipment itu ini.....

Lepas masak dinner, bersantai laaa aku dengan Ajwad depan tv kan, sambil tunggu hubby balik. Sekali, baru terperasan...mana pendrive? Handphone ku kosong ! Jantung tersentap.

Geledah hangbag, TAK  ADA.

Geledah beg laptop, TAK ADA.

Geledah purse, pun TAK ADA.

Aku dah mula gelabah. Jgn ler hilang, banyak maklumat dalam tu....huhuhuhuhu.....

Tanpa buang masa, dukung Ajwad, p ke gym. Cari di segenap pelusuk, kot-kot jatuh kat situ. Dalam hati tak henti-henti berdoa.

Tak kisah dah orang yg tgh exercise dalam gym tu. Yg penting pendrive itu.

Balik rumah, hubby dah sampai. Hulur Ajwad kat dia. Aku turun lagi sekali ke bawah. Kali ni cari pulak sekeliling swimming pool, tak puas hati punyer pasal.

Dalam hati tak henti-henti berdoa.

'Ya Allah, temukan lah aku dengan pendrive itu ya Allah. Temukanlah ya Allah. Tetapi sekiranya pendrive itu tidak lagi berguna buatku ya Allah, Kau lenyapkan lah ia. Aku mohon padaMu ya Allah, janganlah ada sesiapa yg jumpa pendrive itu ya Allah. Kau lah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik ya Allah...'

Aku berdoa di sepanjang pencarian sehingga lah pulang ke rumah semula.

Tiba-tiba, terdetik di hati ingin menyelongkar beg Ajwad yg dibawa ke rumah babysitter.

Main compartment, TAK ADA.

Poket tepi...........tu dia......akhirnya.....pendrive ku!!!!!!

Aku menjerit syukur! Hubby terkejut.

'Ya Allah, syukur padaMu ya Allah. Syukur Alhamdulillah.....'

Peristiwa ni memberi impak yg besar pada diri aku.

Dan sebagai orang Islam, janganlah kita berhenti berdoa. Berdoa lah pada setiap masa. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


Ihsan YAHOO iMAGE


Tuesday 1 November 2011

Bersukaria di 'Indoor Park'

Tarikh Kejadian: 30 Nov 2011
Lokasi Kejadian: Salah sebuah hotel di Bt Feringghi
Bayaran: RM20 per child per session
Syarat: Berstokin, Baju lengan panjang & Seluar panjang


Ahad lepas, ada tetamu dari jauh datang rumah, dari Shah Alam. 3 beranak. Datang Penang bercuti sempena anniversary katanya.....

Dah sampai tghari kan, lepas lunch, tak tau nak bawak p mana, p jer laaa bawak anak-anak main kt hotel...

Tak silap Grand seasons hotel kottt....kt Bt Feringghi...hotel tu ada indoor park untuk budak-budak...memang kena laa dengan musim winter hujan sekarang ni kan....

En hubby ada sepupu kerja manager kat hotel tu. Dapat ler anak-anak kami masuk main kt situ dengan FREE ...yeay!

Theme park ni ada rules dia. Setiap kanak-kanak kene pakai baju lengan panjang, seluar panjang dan berstokin. Kalau tak bawa stokin, siap boleh sewa/beli lagi kt situ. Memang kena paksa rela aaa....

Kami pon tak tahu pasal peraturan tu, tapi disebabkan ada cousin hubby td, dapat ler juga Ajwad main.

Lagi satu peraturan sini, kanak-kanak bawah 4 thn kena ditemani oleh seorang dewasa semasa bermain gelongsor atau panjat-panjat.



"Yang, ini u nak ambik gambar anak ke gambar tali ni?"

"Cakkkk!"


'Adeh adeh adeh....berjaya akhirnya.....'





Agak-agak korang laa kan, saper yg terlebih excited ni?

"Aaarghh, daddy daddy..brek brek! "



Nuh nak panjat ker?

Amzar bersama sepupu hubby

Nuh with ibu

Poksu kt belakang terlebih gumbira kah?

"Ibu, nanti kat rumah kita buat macam ni ya"



Amzar with mummy