Dulu, aku pakai pendrive jenis mini punyer. Hubby belikan...untuk senang nak cari, maka aku ikat ler kat handphone. Konon takkan hilang.
Seperti biasa, petang-petang balik keje, dalam tahun lepas atau 2 tahun lepas, aku p laa amik Ajwad kat rumah babysitter. Jalan kaki jer, yer laa blok sebelah ajer, masa tu dok kt pulau.
Balik rumah, tukar baju, bawak Ajwad turun gym...waaaa, nak bersenam sikit gayanya. Dekat setengah jugak laaa dlm gym tu, maklum ler takder orang lain kan. Buat ler bersenam gaya bebas sambil menikmati pemandangan orang swimming sesuka hati. Ajwad pun suka dok try equipment itu ini.....
Lepas masak dinner, bersantai laaa aku dengan Ajwad depan tv kan, sambil tunggu hubby balik. Sekali, baru terperasan...mana pendrive? Handphone ku kosong ! Jantung tersentap.
Geledah hangbag, TAK ADA.
Geledah beg laptop, TAK ADA.
Geledah purse, pun TAK ADA.
Aku dah mula gelabah. Jgn ler hilang, banyak maklumat dalam tu....huhuhuhuhu.....
Tanpa buang masa, dukung Ajwad, p ke gym. Cari di segenap pelusuk, kot-kot jatuh kat situ. Dalam hati tak henti-henti berdoa.
Tak kisah dah orang yg tgh exercise dalam gym tu. Yg penting pendrive itu.
Balik rumah, hubby dah sampai. Hulur Ajwad kat dia. Aku turun lagi sekali ke bawah. Kali ni cari pulak sekeliling swimming pool, tak puas hati punyer pasal.
Dalam hati tak henti-henti berdoa.
'Ya Allah, temukan lah aku dengan pendrive itu ya Allah. Temukanlah ya Allah. Tetapi sekiranya pendrive itu tidak lagi berguna buatku ya Allah, Kau lenyapkan lah ia. Aku mohon padaMu ya Allah, janganlah ada sesiapa yg jumpa pendrive itu ya Allah. Kau lah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik ya Allah...'
Aku berdoa di sepanjang pencarian sehingga lah pulang ke rumah semula.
Tiba-tiba, terdetik di hati ingin menyelongkar beg Ajwad yg dibawa ke rumah babysitter.
Main compartment, TAK ADA.
Poket tepi...........tu dia......akhirnya.....pendrive ku!!!!!!
Aku menjerit syukur! Hubby terkejut.
'Ya Allah, syukur padaMu ya Allah. Syukur Alhamdulillah.....'
Peristiwa ni memberi impak yg besar pada diri aku.
Dan sebagai orang Islam, janganlah kita berhenti berdoa. Berdoa lah pada setiap masa. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Ihsan YAHOO iMAGE |
No comments:
Post a Comment