Dah lama tak bercerita tentang BF kan.....sebenarnya cerita-cerita tentang BF ni lebih kepada simpanan diri sendiri. Senang nanti di masa hadapan buat rujukan (cewahhhh...ada hasrat menambah koleksi kah?)......
Bulan lepas, tak tahu laaa kenapa, tiba-tiba jer hasil EBM merudum, terutamanya di waktu pagi, bangun daripada tidur. Selalu pagi-pagi camtu hasilnya lumayan, tapi tang saat merudum tu, nak dapat 2 oz pun susah nyer ler.....huhuuhuh.....
So apa lagi, misi mencari jalan penyelesaian.....BLOGWALKING !
1st, dalam seminggu, tiap-tiap hari bawa bekal ke opis.....air rebusan longan dan kurma merah.....bawa dalam termos, so kekal suam......
Pastu terjumpa pula mengenai teknik Power Pumping kt blog Miakididdles.
Nampak macam agak leceh, tapi demi anak dan EBM, ku gagahkan jua....hikhihhkhhihk.
Aku lebih suka amalkan teknik Single Power Pumping, selama seminggu.....Alhamdulillah, berjaya kembalikan semula hasil EBM dengan meriah......sampai sekarang kalau pam di opis, aku memang guna teknik ni, best pula rasanya, mungkin dah terbiasa kan, tambah-tambah bila lihat hasil yang menakjubkan.....rezeki Amzar...alhamdulillah syukur sangat......
Kat bawah ni aku sertakan teknik Single Power Pumping secara ringkas (yg aku amalkan), kot2 ada di kalangan kawan-kawan aku yg tak berapa gemar BW kan......
1. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillah dan berdoa semoga dipermudahkan segalanya.
2. Pam sebelah breast selama 10 min. Sekiranya tiada keluar apa-apa hasil pun, tak apa. Jangan putus asa. Teruskan pam selama 10 min.
3. Selepas 10 min, tukar pula aktiviti pam ke sebelah lagi. Pam selama 10 min juga. Sekali lagi, jangan putus asa kalau susu masih tidak keluar. Teruskan pam okay.
4. Selepas 10 min, tukar pula ke sebelah. Begitulah seterusnya, pam tiap-tiap satu breast selama 10 min, selama 1 jam.
5. Yg penting, jangan kecewa kalau dalam masa 1 jam, hasil EBM tetap sikit, terutamanya pada hari pertama anda try teknik ni. Teruskan dengan hati yg cekal TIAP-TIAP HARI, 1jam setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat lihat hasilnya nanti.
Till then, happy breastfeeding mommies!
Ihsan Yahoo Image |
No comments:
Post a Comment