Amzar genap 6 bulan last week....Alhamdulillah, dipermudahkanNYA utk eksklusif BF selama itu....target selepas ini, teruskan dengan fully BF selagi Little Amzar mahu......amin......
Azam aku, tahun ni, thn depan, thn seterusnya, nak bagi solid food yg terbaik....no more instant cereal, hopefully tak perlu guna instant cereal pada bila-bila masa pun.....insyaAllah.....harap-harapnya kekal beristiqamah.......
Setakat ini, aku buat puri fresh pagi-pagi, hopefully juga tak perlu buat frozen punyer. Prepare 2 hidangan buat bekal di rumah maktok. Simpan dalam food thermos.
Selain nasi, aku sediakan juga puri couscous.....senang sgt...idea guna couscous ni aku cedok kat SINI.
Coucous cuma perlu direndam dlm air panas (betul-betul panas yer) selama 15 min.
1 bhgn couscous = 1 bhgn air panas.
Apabila kembang, bolehlah dilenyek-lenyek atau blend bersama bahan-bahab lain.
So mari lah kita sama-sama tgk puri Amzar...oops, sebelum terlupa, aku juga tak lupa campurkan sebiji kurma dalam hidangan puri.
Puri couscous + kurma |
Puri couscous + steam brokoli + kurma |
Puri nasi + steam brokoli + steam carrot + kurma |
Puri couscous + kurma + steam potato + steam sweet potato |
Puri nasi + steam labu + kurma |
No comments:
Post a Comment