Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 30 July 2012

Jangan terliur ya ...hikhikhik...

Asam Pedas Ubi Kentang - resepi asal daerah Paya Kumboh, Padang, Indonesia. Thanks to Oja for the recipe. Asam pedas ni bertambah-tambah enak ya ibu-ibu bapak-bapak jika ditambah tempe ......pada hari nak buat hidangan ni, tuan blog tidak ketemu sama tempe di kedai-kedai berhampiran.....


Asam pedas Padang ini unik sebab ada daun kunyit, daun limau purut dan daun salam (fresh bay leaves). Tapi yang aku buat ni tak letak ler bay leaves tu, sebab tak jumpa yg fresh. Kang kalau masukkan yg kering, lari pulak rasa nya kan....Ok di bawah ada resepi yg diberi oleh kawan aku tu:


- 2 packet (plastic) tempe (boleh diganti dgn 1/4 kg daging merah)
- 2 atau 3 biji kentang ukuran sedang/medium

Rempah:
- 2 sudu makan cili giling, atau lebih sesuai selera
- 4 biji bawang merah yang kecik tu
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji asam keping (kalau boleh yg hitam tu)
- lengkuas - lebih kurang sebesar 1 jari tunjuk
- halia - lebih kurang satu ruas jari
- kunyit - lebih kurang 1/2 ruas jari (boleh diganti dgn serbuk kunyit)

Dedaunan:
- 1/2 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau
- 1 helai daun salam (kalau ada, kalau tak ada boleh missed out jer)
- 1 batang serai

Cara masak:
a. Tempe dipotong kecil (1 paket plastic tu dipotong jadi 16 parts, atau ikut selera masing2)
Kentang jg dipotong kecil (1 kentang boleh jadi 8 bagian, atau ikut besar kentang dan selera masing2)
b. Tumbuk halus atau blend lengkuas, halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih.
c. Dalam panci, masukkan tempe, kentang dan rempah yg dah halus tadi dan cili giling. Tambah air, masukkan asam keping, dedaunan dan serai - rebus hingga mendidih.
d. Setelah medidih, kecilkan api, masak hingga kentang jadi empuk dan tempe 'look yummy'

Cili giling yang diguna BUKAN cili giling yg dijual di kedai-kedai tuh.  Cili giling yg dimaksudkan di sini adalah cili merah / lada merah yg digiling sehingga hancur. 

So bolehlah exercise segala otot lengan dan bahu ya ! Kihkihkih.....

Tapi aku taklah giling kan cili tuh, blend ajo......eheeee....(maaf oja, nak cepat punyer pasal....hikhikhik)...


Lemongrass Steamed Mussel

Terjumpa di Jusco mussel ni, datang dari New Zealand...sepeket harga lebih kurang RM10 ++.... 

Beli ler, nak try apa rasa dia kan.....bila dah beli, pening pulak tak tahu nak masak apa, last-last steam ajer lah ......

Pada petang yg sama juga, tiba-tiba diri ini ter-rajin nak buat dessert. Sebenarnya lebih kepada nak habiskan stok aprikot dan kacang almond hancur tu. 

Campur jer dalam adunan puding roti.....hmmmmm, sedaaaaappppppp!!!!


Apricot Bread Pudding with Almond
posted from Bloggeroid

Friday 27 July 2012

Pagi di kampus


Assalamualaikum teman-teman blogger seantero dunia ....... 

MaryaYusof (Peru), Kak As (Jepun), Kak Lia (Jepun), Hanis (Jepun), Yong MOH Kembara (Malaya-Turki), Sue-Rya Qistina (Subang), Mama 2Q (Malaysia), umiyumi (Perth), nurbijen (UK), Cho Zila (Kinrara), dieya (err...I luv CSI too!), Mrs Haidar (Bertam), JembalCastle (TTDI Jaya), Mummy MeriamBebakar (Tampin), Jiejah@Iza (Selangor), MamaCT - mama FarisNukman (JB), Nadiah (US), ~najwa~ (Penang), Izu (UK), Lynn (Tasek Gelugor), ViViLim@Mrs NurulAzmi (UM), Badjie (Shah Alam/Klang)



Suasana pagi di kampus pada 27 Julai 2012, jam 8am. 


Kampus dikelilingi ladang kelapa sawit. Sunyi pada hari Jumaat kerana kebanyakan pelajar tiada kelas di kampus ini pada hari Jumaat (ada kelas di kampus utama). 

Pesanan penaja: Tidak perlu memberanikan diri untuk over-time, disebabkan persekitaran begini. Takut sehhhh.....
posted from Bloggeroid


f

Wednesday 25 July 2012

Kesopanan & Kesusilaan

Topik HotFM pagi ini berkenaan Kesopanan dan Kesusilaan rakyat Malaysia. Menurut laporan Reader's Digest, Malaysia menduduki tangga ke-34 daripada 36 buah bandar raya terkemuka dunia (mengenai sikap rakyat jelata tentang isu tersebut......)

Hmm....tidak berbangga pun dengan kedudukan itu kan, tapi mahu salahkan siapa? Diri kita juga yang salah. Sememangnya kesedaran sivik memang kurang dipraktikkan oleh sesetengah orang. 

Ingat lagi iklan LRT yg dibintangi oleh Adlin Aman Ramli?

Fasa pertama iklan ---- sangat menyampah kan dengan watak Adlin dalam tu. Sangat sombong, tidak mahu bangun dan beri tempat duduknya kepada golongan yg lebih memerlukan. 

Fasa kedua iklan ---- watak Adlin sudah insaf gituuu...hihihihihi...

Apa yang dipaparkan dalam iklan itu adalah realiti. Tidak ramai yang prihatin, namun tidak kurang juga yang tidak mementingkan diri sendiri. 


Pengalaman diri ini

Sewaktu mengandungkan Ajwad, masa tu lebih kurang 7 bulan kot. Ada sale gilerk-gilerk di Sunshine Bayan Baru. Maka aku dan  Mr Hubby pun turut sama memeriahkan suasana. Cari barang keperluan baby

Barisan di cashier counter memang panjang. Aku pun beratur lah sambil memegang beberapa helai baju baby, sementara Mr Hubby pergi  mengambil botol susu. 

Di hadapan aku ada sekawan anak muda yg juga sedang beratur sambil berborak. Salah seorang daripada mereka memandang aku lalu berkata,

"Eh kaklong, marilah beratur depan ni, tempat kami. Kesian berdiri lama. ......."

Aku tersenyum kepada mereka. "Terima kasih."

Walaupun tidak dapat terus menuju ke tempat paling hadapan, namun sekurang-kurangnya anak muda itu ada sikap prihatin. 

Mungkin pihak pengurusan shopping complex dapat menyediakan satu kaunter khas utk ibu-ibu mengandung!



Monday 23 July 2012

Kisah suatu petang...

Petang semalam, datang mood untuk menguli tepung dan ubi keledek. Terasa nak berbuka dengan cek mek molek. Maka bermula lah misi tatkala Amzar sedang lena ......

Sedang asyik 'membentuk' cek mek, Ajwad mintak susu. Ok stop kejap, basuh tangan dan buat susu. Kemudian sambung balik sampai habis adunan. Dapat ler lebih kurang 20 biji.

Elok jer aku letak atas meja cek mek yang belum digoreng, Ajwad pun datang ke dapur, letakkan botol susu yang dah kosong kat sinki.

Ajwad: Mummy, mummy buat apa?
Mummy : Mummy buat kuih.
Ajwad: Mummy, jomlah peluk-peluk kejap....
Mummy: (tercengang seketika)...ok jom peluk-peluk......

Ok maka berlakulah adegan peluk-peluk di dapur .....

Oh anok!


Tepung gandum memang takder kat rumah ni. Maka nya aku gantikan dengan tepung atta....keledek guna yg kaler oren punyer..... Siap jer goreng, mintak hubby hantar rumah pengasuh ......

Maktok (pengasuh) cakap: Hmmm...sedappp nyer cek mek......(maluuu aiiiii...hikhikhik)
posted from Bloggeroid

Thursday 19 July 2012

My appetizer ...mmmm...yummy!


Salam hari Khamis.....

Kalau biasa-biasa sebut appetizer, mesti orang terbayangkan hidangan yang ala-ala Mat Salleh celup kan....biasanya salad lah, bread and butter, ataupun benda-benda crispy gitu kan......

Tapi bagi aku, yang betul-betul membuka selera aku adalah seperti di bawah.....biasa lah, jiwa kampung !!!!

Budu tidak asing walaupun aku membesar di bandar raya KL yang penuh sesak itu.....

Sesetengah orang Kelantan memang suka letak durian dalam budu.....

Manis-manis durian + masin-masin budu + pedas-pedas cili api + masam-masam limau kasturi/nipis (well aku guna lemon semalam coz stok limau kasturi habis) ...pekena pulak dengan pahit-pahit ulaman ......wahhhh complete package for our taste buds!

Tambah best lagi kalau proteinnya adalah ikan rebus ....... fuhhh memang aku boleh bertambah nasi .....tak pandang dah lauk lain time tuh......

Dan aku terfikir, cara makan orang kampung adalah cara makan yg sihat ! 



Ulam raja .... fresh from the garden ..... mr hubby said: walla, its taste so different ...so fresh!

Pelengkap ulam-ulaman......heaveng dapat makan nih !


Till then, c ya...Assalamualaikum...




posted from Bloggeroid

Tuesday 17 July 2012

Flashback --- Secebis kenangan Penang National Park

Tak ada gambar-gambar baru, maka hari ini mari kita mengimbas kembali kenangan hari semalam......

Dulu-dulu sebelum ada anak, aku dan mr hubby suka jugak aktiviti outdoor ni. Terutamanya hubby lah. Aku ni jenis follow ajer....

Di saat-saat itu, hubby dan gengnya (kawan-kawan sekolah) suka lah pi trekking di Penang National Park. Masa tu baru aku tahu Penang pun ada National Park ....huhuhuhu...kesian sungguh, nampak sangat ala-ala princess froggie di bawah tempurung kan....

Tapi masa kami pi tu, belum dirasmikan lagi kawasan tu sebagai National park, kira macam sedang dalam pembangunan gitu.....tahun 2007....

Penang National Park ni letaknya di area Teluk Bahang (Hujung Bt Feringghi). Ada disediakan kawasan parking di situ. Sebelum 'check-in' National Park, kena register nama masing-masing dan masa dijangka pulang, di management office. 

National Park sini boleh pilih sama ada nak trekking atau nak naik bot. So kami kan masa tu muda-muda berstamina kuat lagi, dah tentu-tentu memilih untuk trekking kan. 

Ada 2 route yg boleh dipilih, ke Monkey Beach atau ke Kerachut Beach. Kali ni, aku cerita dulu trip ke Monkey Beach okay. 2 kali jugak lah aku trekking ke Monkey Beach sepanjang hayat di bumi Penang ni.....


Kawasan penyelidikan milik USM ......

Di pertengahan perjalanan

Tiba di kawasan penyelidikan USM. .......baru setengah perjalanan ajer ni....


Almost there ....yezzzzz ...2 jam trekking ya untuk sampai ke Monkey Beach ni...

Batu peringatan?????


Biasanya sampai sahaja di Monkey Beach, kami semua berehat sat, sambil makan bekalan...kat sini tak meriah dengan kedai, kira macam depa nak betul-betul lindungi kawasan kan, sebab tu kena bawak bekal mai sini.....

Dah hilang penat, kami proceed dengan trekking 30-40 minit mendaki bukit untuk menuju ke lighthouse

Penat okeh!


Nak masuk lighthouse ni, boleh, asalkan penjaganya ada di situ. Masa ni aku agak khusyuk tu dengar pakcik ni bercerita ......kisah seraaaammmmmmm..........

Semua orang pon khusyuk.......

Selepas dah dengar cerita, kami pon mula panjat anak tangga berpusing-pusing untuk ke puncak lighthouse. Gambar ni dirakam di atas tu lah. Kalau cuaca elok, boleh nampak Indonesia......

Tinggiiii....aku = gayat.....



Us ! dah namanya pi ngan kawan-kawan hubby, dah sah-sah lah aku seorang jer perempuan Melayu terakhir kan...hikhikhik


Nanti di lain entry, aku cerita kisah trekking ke Kerachut Beach pulak ya....tungguuuuuu....

Till then, c ya....Assalamualaikum....

Monday 16 July 2012

Saturday 14 July 2012

Bercanda di Taman Rekreasi JPS

Tarikh Kejadian: 14 Julai 2012
Lokasi Kejadian: Tasek Gelugor
Peristiwa: Riadhah Pertubuhan IKRAM SPU



















posted from Bloggeroid

Friday 13 July 2012

Health Screening



Jumaat dah hari ini. Cepat benar masa berlalu kan di akhir-akhir zaman ni. 

Semalam aku pi buat Health Screening di KPJ. 

Saja lah buat.... dah masuk umur 30an ni haruslah update tahap kesihatan diri kan. Tambah lagi dengan situasi kerja yg asyik menghadap komputer jerk. 

Kenapa aku pilih KPJ?

Well, sebab utamanya aku tak suka menunggu. Kalau hospital swasta, result dapat hari yg sama, dalam masa 2 jam jer. 

Tahun 2007, aku pernah buat Health Screening di Wellness Lab, tapi kena tunggu 2 minggu baru dapat result. Tak syok aaaa......

Rate di KPJ? 

Ada beberapa pakej sebenarnya di KPJ utk Executive Health Screening (EHS) for Ladies. 

Boleh rujuk SINI. (Harga di website harga lama).

Aku ambil pakej yg paling murah = RM265

Result akan dianalisis dan diterangkan oleh M.O jer. Kalau pakej-pakej lain yang harganya up sikit, boleh jumpa consultant/pakar.....

So, jom ler kita tengok result.....



Blood test: 63 types of blood test

Blood test: Cholesterol level....Alhamdulillah...

ECG: pengalaman menarik ketika ECG, maklum ler 1st time ......

Sempat bershopping di PoPULAR ketika menunggu result.......


Jom makan secara sihat ! Sebab kesihatan bermula daripada perut....

Till then, c ya..... Assalamualaikum.... (nak pi meeting.....hikhikhik)
posted from Bloggeroid

Thursday 12 July 2012

Wordless Thursday

MOH KEMBARA = Rumah saya takder carpet jugak Yong! Selain tak suka, saya malas betui nak vacuum, tahu jer lah kalau ada budak kecik dalam rumah, berterabur makanan...huisshhhh....deme ni biasa dah dok ataih lantai cenggitu, dah trained dari kecik! ..hehehehe


LiYa HaNiF :: = Salam Kenal. Tq singgah sini ....


Asmara = Sebenarnya ni abang dia punyer ni kak As. Time abg tidoq jer lah baru adik buleh main....huhuhu


Kamalia = aarhhh afiya...tentu cute pakai tudung!






Wednesday 11 July 2012

Amzar di pagi hari....

Sebenarnya nak pakaikan dia kopiah ni, tapi asal letak kat kepala jer, dia cabut...letak jer, cabut....hhmmmm...last-last jadi bahan mainan....peel ni sama jer dgn abe Ajwad dolu-dolu.....

Take a break .....tengok TV jap.....

Menghayati watak kah? 

"Saya & Angry bird .....syyyhhhh...ni abang Ajwad punyer..."

Kopiah tetap tak lepas

"Cak !"
posted from Bloggeroid

Tuesday 10 July 2012

I.S.T.E.R.I

Topik HotFM pagi ini: Mesej terpendam. 

Beberapa panggilan/sms/twitter awal membuatkan aku tidak kering gusi, selebar-lebar senyuman lah aku waktu drive tadi. Macam-macam jenis mesej terpendam ada. Tambah-tambah lagi dengan gelagat DJ 3 serangkai tu kan --- Fafau, AG & FBI. 

Sewaktu aku melewati kawasan Bertam Indah, HotFM menyiarkan satu panggilan daripada seorang isteri. 

Isteri itu menangis sambil bercerita --- aku dah mula sebak (sensitif benar jiwa ini sekarang lebih-lebih lagi hal-hal melibatkan isteri ni). 

Cerita si isteri (lebih kurang begini ya):

"Saya tak tahu macam mana nak cerita. Ini antara saya dan suami. Suami hanya layan saya apabila dia nak dengan saya sahaja. Selain daripada itu, dia layan saya macam orang asing. Dia tidak pedulikan saya walaupun kami serumah. Macam tidak pernah kenal saya."

"Macam-macam cara saya buat untuk perbetulkan keadaan kami. Saya cuba ikut cara dia, saya buat segalanya supaya dia nampak saya ni isteri yg baik. Tapi tak berjaya. Saya sampai pergi kaunseling Farah, saya sanggup. Tapi macam tu juga. Saya boleh jadi gila macam ni."

"Bukan tidak pernah terfikir untuk keluar rumah, tapi apabila pandang muka anak-anak saya yg 3 orang tu, saya tak boleh."

"Ok, sekarang ni apa mesej terpendam puan?" Farah Fauzana bertanya.

"Lepaskan saya......."

Aku sebak sangat-sangat. Isteri itu bercerita sambil menangis, menunjukkan betapa remuknya hati dia. 



Monday 9 July 2012

Revert's World - Part 2

Salam Hari Isnin .....

Kepada kawan-kawan yg sudi komen pada entry lepas-lepas, terima kasih daun keladi. Entry Amzar Khaw vs Qayyum Lee itu, hari kejadian semalam, semasa birthday Qayyum. 


Hari tu aku berkisah tentang perihal nama mualaf kan. 

Hari ni pun nak sambung perihal sama juga. Tapi nak mention juga, apa yg aku coretkan di sini berdasarkan pengalaman sendiri, dan tak semestinya sama pada setiap insan....

Bagi komuniti Cina, kalau ahli keluarga convert to Islam = masuk Melayu. 

Dan kalau masuk Melayu = ala-ala macam 'murtad' bangsa laaa kan. 

Itu yg mereka susah nak terima kalau ada di kalangan ahli keluarga yg convert. Especially kalau melibatkan pertukaran nama. Pantang betul!

'Dahlah kena tukar agama, pastu kena tukar juga pada nama Melayu, aiyyaaa!!!! ' 

Rata-rata mereka berpandangan begini. 

Sebenarnya, tidak salahkan mereka 100% yg tidak dapat membezakan MELAYU dan ISLAM.

Islam TIDAK SEMESTINYA Melayu. 

Semuanya berbalik pada diri kita sendiri (yang azali nya Islam), adakah kita telah menjalankan kewajipan kita untuk menyebarkan risalah Islam yg betul kepada masyarakat yg belum lagi muslim?

Bagi keluarga dan saudara-mara Mr Hubby, apabila mendapat tahu bahawa Mr Hubby masih mengekalkan nama asal, jelas kelihatan mereka terkejut dan impressed!

Dan bermula lah pertanyaan sebegini: "Boleh meh?" (well, sila bayangkan mereka bertanya dalam Mandarin/Hokkien of course...hihihihi)

Satu pertanyaan yg simple sudah cukup untuk membuka 'jalan dakwah santai' kepada mereka. 

Biasanya Mr Hubby akan explain bahawa dia cuma tukar agama, dan bukannya bangsa. Dia masih lagi berbangsa Cina dan akan terus kekal sebagai Cina sampai mati. 

Selepas itu, akan kelihatan lah raut wajah mereka yg berpuas hati.

Dan biasanya bermula dengan persoalan remeh perihal nama, akan membawa kepada Q & A yg lebih lanjut tentang Islam. 

--- to be continued ----

Till then, c ya. .... Assalamualaikum...