Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 25 July 2012

Kesopanan & Kesusilaan

Topik HotFM pagi ini berkenaan Kesopanan dan Kesusilaan rakyat Malaysia. Menurut laporan Reader's Digest, Malaysia menduduki tangga ke-34 daripada 36 buah bandar raya terkemuka dunia (mengenai sikap rakyat jelata tentang isu tersebut......)

Hmm....tidak berbangga pun dengan kedudukan itu kan, tapi mahu salahkan siapa? Diri kita juga yang salah. Sememangnya kesedaran sivik memang kurang dipraktikkan oleh sesetengah orang. 

Ingat lagi iklan LRT yg dibintangi oleh Adlin Aman Ramli?

Fasa pertama iklan ---- sangat menyampah kan dengan watak Adlin dalam tu. Sangat sombong, tidak mahu bangun dan beri tempat duduknya kepada golongan yg lebih memerlukan. 

Fasa kedua iklan ---- watak Adlin sudah insaf gituuu...hihihihihi...

Apa yang dipaparkan dalam iklan itu adalah realiti. Tidak ramai yang prihatin, namun tidak kurang juga yang tidak mementingkan diri sendiri. 


Pengalaman diri ini

Sewaktu mengandungkan Ajwad, masa tu lebih kurang 7 bulan kot. Ada sale gilerk-gilerk di Sunshine Bayan Baru. Maka aku dan  Mr Hubby pun turut sama memeriahkan suasana. Cari barang keperluan baby

Barisan di cashier counter memang panjang. Aku pun beratur lah sambil memegang beberapa helai baju baby, sementara Mr Hubby pergi  mengambil botol susu. 

Di hadapan aku ada sekawan anak muda yg juga sedang beratur sambil berborak. Salah seorang daripada mereka memandang aku lalu berkata,

"Eh kaklong, marilah beratur depan ni, tempat kami. Kesian berdiri lama. ......."

Aku tersenyum kepada mereka. "Terima kasih."

Walaupun tidak dapat terus menuju ke tempat paling hadapan, namun sekurang-kurangnya anak muda itu ada sikap prihatin. 

Mungkin pihak pengurusan shopping complex dapat menyediakan satu kaunter khas utk ibu-ibu mengandung!



10 comments:

  1. setuju!!! rakyat malaysia kurang adab sopan dan disiplin. pernah juga terjadi pd diri saya mase dlm bas dgn perut memboyot. huhuhu

    ReplyDelete
  2. pernah jumpa rasanya kaunter khas ibu hamil tu, tp tak ingat kat mana, memang penat nak diri lama2 kalau pegnent kan

    ReplyDelete
  3. sikap mcm ni perlu didik dari kecil sebenarnya. baguslah kalau masyarakat kita dah perihatin tentang isu ni. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Dini,
    mungkin betullah kajian tu. zaman sekarang brp kerat aje yg berbudi bahasa, ada adab sopan. tgkla dalam suratkhabar. mak sendiri pun kena tetak dan cekik sbb tegur anak tak puasa.

    kalau jd ibu mengandung kat kl naik public transport mmg biasalah mcm tu. lelaki perempuan sama je, bila ternampak 'mak labu', siap pejam mata konon2 tido dlm lrt :p
    ada sorang kawan tu lg best, dia tak tahan sangat sbb pening dalam komuter, terus duduk bersila atas lantai. haa baru semua pakat2 terbeliak biji mata :p

    ReplyDelete
  5. Bila duk kat UK ni, kadang2 rasa kagum dengan orang sini... masing2 berebut nak buat baik walaupun bukan orang Islam... Tak kira masa- bawak kereta atau dalam bas, mereka sangat bertolak ansur :)

    Anak2 walaupun baru 6 bulan kat sini, tiga perkataan hikmah ni sentiasa disebut, "Please, Sorry and Thank you". Sejuk hati rasanya bila buat benda kecil pun dia org cakap Thank you :)

    ReplyDelete
  6. ada gak insan berhati muliakan...
    harap2kan orang malaysia akan berubah...

    ReplyDelete
  7. As salam Dini,

    Kalau tenguk carta tu 34 dr 36 Bandar Terkemuka! Highlight Bandar Terkemuka! Something to be proud of... Cuma sayangnye bila dikaitkan dgn tmpt terkebawah kesopanan... Bagaimana mereka buat perbandingan ye..melalui apa? Kdg kala magazine matsalleh (yahudi) ni tak boleh pakai sgt Dini... Sekadar pandangan :)

    Pssst... Marya dah baca Readers digest artikel berkenaan... New York, USA the Most Courteous! Bu**^^&! Grrrr...

    ReplyDelete
  8. my fren pernah nampak dlm train di paris, ada perempuan mengandung. bila bagi duduk, nampak bawah baju dia sebenarnya bantal! alahai.. mcm2 manusia ni..

    ReplyDelete
  9. masih ada yg prihatin tapi kan kak, kadang tu ada event sort of org baik dipertemukan dgn org baik juga eh apa ayat melalut ni hu...

    ReplyDelete
  10. Salam Dini,

    Great idea, cadangan shopping complex adakan kaunter KHAS untuk ibu-ibu mengandung dan ibu yang membawa anak kurang dari 1 tahun..Hmmm, mana nak cadangkan idea ni supaya terlaksana ek?

    ReplyDelete