Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 10 July 2012

I.S.T.E.R.I

Topik HotFM pagi ini: Mesej terpendam. 

Beberapa panggilan/sms/twitter awal membuatkan aku tidak kering gusi, selebar-lebar senyuman lah aku waktu drive tadi. Macam-macam jenis mesej terpendam ada. Tambah-tambah lagi dengan gelagat DJ 3 serangkai tu kan --- Fafau, AG & FBI. 

Sewaktu aku melewati kawasan Bertam Indah, HotFM menyiarkan satu panggilan daripada seorang isteri. 

Isteri itu menangis sambil bercerita --- aku dah mula sebak (sensitif benar jiwa ini sekarang lebih-lebih lagi hal-hal melibatkan isteri ni). 

Cerita si isteri (lebih kurang begini ya):

"Saya tak tahu macam mana nak cerita. Ini antara saya dan suami. Suami hanya layan saya apabila dia nak dengan saya sahaja. Selain daripada itu, dia layan saya macam orang asing. Dia tidak pedulikan saya walaupun kami serumah. Macam tidak pernah kenal saya."

"Macam-macam cara saya buat untuk perbetulkan keadaan kami. Saya cuba ikut cara dia, saya buat segalanya supaya dia nampak saya ni isteri yg baik. Tapi tak berjaya. Saya sampai pergi kaunseling Farah, saya sanggup. Tapi macam tu juga. Saya boleh jadi gila macam ni."

"Bukan tidak pernah terfikir untuk keluar rumah, tapi apabila pandang muka anak-anak saya yg 3 orang tu, saya tak boleh."

"Ok, sekarang ni apa mesej terpendam puan?" Farah Fauzana bertanya.

"Lepaskan saya......."

Aku sebak sangat-sangat. Isteri itu bercerita sambil menangis, menunjukkan betapa remuknya hati dia. 



8 comments:

  1. sob-sob sedihnyeee....nun sayup dihujung hatinya dia masih sayangkan suaminya...ummmm

    ReplyDelete
  2. sedihnya..x sempat nak dgr yg ni. slalu mmg dgr hotfm pun. tp smpi ofc kul 7.30am. so mmg x dpt nk dgr yg hot. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. huwaa, dah lama tak dengar celoteh tiga DJ havoc tu...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Topik yg menarik tp mummy tak pernah dengar hotFM..

    Sedih keadaan wanita tu bila hati suaminya sekeras batu. Kalau hanya dia seorang yang cuba perbetulkan keadaan, perkara ni tak akan berjaya. Ia memerlukan kerjasama kedua belah pihak..

    Rasanya apa yang kita akan buat bila perkara sebegini terjadi pada kita?

    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. sedihnya :(. semoga ada jalan penyelesaian yang baik buatnya

    ReplyDelete
  6. Saya pun dengar gak semalam luahan hati isteri ni. Saya pun turut sebak sama. Memang perlu ada komunikasi dalam rumah tangga supaya ada kemesraan. Semoga dia tabah menghadapi ujian ni.

    ReplyDelete
  7. komunikasi sgt penting dalam rumahtangga, krn masalah yg satu ini, ramai yg berpecah belah dan akhirnya terlerai ikatan...suami cuma perlu ubah sikap shj jika nak teruskan hubungan suci ni...kalau tak, isteri yang dah lama makan hati ni tak akan sanggup bertahan lagi.....

    ReplyDelete
  8. Salam Dini..

    Hmm..lynn ada dengar jugak topik tu..tapi yg part isteri tu call tak dengar..sian dia..mesti lelaki dia tak berterus terang...ada masalah komunikasi kat situ..Nauzubillah..

    ReplyDelete