Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 31 December 2012

Petai for Lunch !


nadia rashid = oat pon sesuai letok dale puding roti nadia, tapi jange banyok sangat, sebab nati puding keras.....ni mesti naufal tok berehi oat kalu make gitu jah ko?
ummuaidan = tu lah nor, silap estimate smale...huhuhu
umiyumimakcikkantinnurbijenCikA = happy Monday!


Hari ini aku cuti. Sebab aku takut kalau tak ambil cuti, nanti aku sorang-sorang ja di fakulti. 
Owhhh tidak mahu lah begitu. Sudahlah kampus itu dikelilingi kelapa sawit. 
Maka bercutilah aku. Ada lagi baki 12 hari cuti untuk dibawa ke tahun hadapan. 

Kebetulan pula sekolah Ajwad pun cuti.....hmmmm, bersukaria lah kami bertiga di rumah.


Apabila Amzar tidur, abe Ajwad bolehlah melayan aktiviti colouring. Dia tak suka bila Amzar asyik kacau.....

Pagi tadi, pergi pasar, ramai peniaga yang turut bercuti. Aku pergi nak beli buah, tapi hampa. Nampak pula petai, belilah seikat = RM3. Satu ikat tu ada 3 papan. Mahal ke murah tu ek? 

Aku guna satu papan jer buat petai goreng dengan banyak bawang dan cili kering.
Jemput makan ya .... dengan nasi panas-panas....walla...best!

Aku suka benda ni. Kata-kata dia pon boleh tahan. Heheheheh.
Jumpa di RTC Gopeng tempoh hari, kebetulan sedang murah, RM7 .
Tapi aku tak gantung lagi, sebab  tak pasti patut gantung di dapur atau di bilik? 

Till then, c ya next year ...InsyaAllah...

Assalamualaikum

Sunday 30 December 2012

Micasa High-Tea !


Bila duduk di rumah seharian, mesti kita yang isteri dan mak-mak ni, ligat berfikir tentang juadah apa yang dihidangkan kan? 

Alahai bukan setakat duduk di rumah baru nak fikir, aku rasa di ofis pun sambil-sambil buat kerja, fikiran kita dok menerawang tentang 'apalah aku nak masak untuk dinner nanti' kan kan kan? 

Itu termasuklah kena masak berdasarkan bahan mentah apa yang ada di rumah, dari sebesar-besar bahan hinggalah ke perincian yang paling halus nya; lepas tu yang nak masak tu kenalah yang boleh dimakan oleh semua ahli bait, tak bolehlah sesuka hati ikut selera masterchef ajer kan (walaupun kadang-kadang aku sengaja buat macam itu...hehehhehe)....

Itu belum dikira lagi yang inilah masanya untuk bereksperimen mencuba resepi baru, walhal bukanlah exactly new innovation pun kan, sebaliknya lebih kepada 'renovation' resepi orang.....tak kisahlah tu kan, asalkan ada hati nak mencuba 'new recipe', biarpun benda tu orang lain dah lama 'expert' !

Untuk lunch tadi, aku buat nasi lemak. First attempt !! Yaaaa.... aku tak pernah buat nasi lemak....huhuhuhu...so bad of me

Alhamdulillah it turned out okay, not so bad, walaupun ada kekurangan di sana sini...hehehhe...

Dan untuk minum petang, tak plan pun pada mulanya. Memandangkan stok pisang masih banyak, jomlah buat kek pisang mini .....guna 4 biji pisang saiz pisang montel, organic sun-dried apricot, sedikit tepung atta, sebiji telur, walla hasilnya kek yang manis ...... 

Tiba-tiba macam tak cukup pulak, so masterchef pun mengalah lah, hero tertua pun dapat 2 slice ajer, selebihnya ditelan oleh little heroes berdua tuh......

Nampaknya lain kali mummy kena guna acuan besar sikit lah yer......



Fresh from the oven ---- 200 Celcius, 50 mins.

Sedap juga apabila adunan diletakkan aprikot kering ni.....
Sedikit panduan jika ingin membeli aprikot kering: seeloknya usah beli yang warna oren terang, sebab yang itu ada pewarna tiruan. Aprikot kering yang baik adalah yang berwarna gelap/hitam @ coklat gelap (warna gelap kerana proses pengeringan secara semulajadi menggunakan matahari).
posted from Bloggeroid

Saturday 29 December 2012

Lambat? & Mee Sua Tomyam Kung




Hari ini dalam sejarah !!!! Hehehehe... Mengapakah?

Hari ini, pada usia 1 tahun 7 bulan ---- Amzar BERJALAN !!

Mesti terkejut kan? Pada umur setahun tujuh bulan baru berjalan .....

Ya, aku pun risau jugak sebenarnya....tapi nak buat macam mana, jenis lambat berjalan ....

Sejarahnya, dia jenis tak merangkak sangat macam baby lain, dia lebih suka mengengsot....so kalau menurut teori kawan aku, sebab dia tak merangkak, lutut tak sakit, maka lambat ler berjalan ......

Huhuhuhu.....kebetulan pulak aku jenis yang tak berapa gemar sangat nak 'train' anak berjalan, sebabnya perkembangan baby ni unik dan tersendiri, dan baby akan 'transform' pergerakan mereka sendiri apabila otot-otot mereka telah bersedia. 

Artikel INI.

Jadi sejak umur Amzar setahun, telinga aku sudah tebalkan untuk menapis segala pertanyaan-pertanyaan mereka yang prihatin.....hehehhehe.

Paling-paling tidak pun aku jawab: Hero.....biasalah lambat....kan ke dalam movie hero lambat keluar? Kihkihkihkih....

Pengalaman 'anak lambat' ni pernah aku hadapi dengan Ajwad dulu. Tapi bukanlah lambat berjalan. Ajwad berjalan umur setahun.

Tapi Ajwad jenis lambat bercakap. Umur 2 tahun setengah masih tak bercakap, selepas melalui fasa baby's talk, dia macam lebih suka guna bahasa isyarat....ffuhhh....

Masa tu, ada lah suara-suara yang blame kami sebab guna banyak bahasa, depa cakap budak confuse. 

Aku: BM + BI, Mr Hubby: Mandarin, Babysitter: Arab

But when the time comes, he manage to speak all languages. 

Tapi sayang lah sebab masa dia boleh bercakap tu, kami pun pindah rumah, dan babysitter Palestin tu pun dah pulang ke negara dia.....so berkuburlah bahasa Arab Ajwad. 

Maka kami buat kesimpulan, bahawa fasa dia tidak bercakap itu adalah fasa otak dia sedang menyerap ..... hehhehehe.

Untuk lunch hari ini, aku buat hidangan simple ajer. 

Mee Sua makan dengan Tomyam putih (sebab aku tak guna perencah komersil). 


Simple lunch for the three of us today ....

Mee Sua ---- favourite Abe Ajwad.
Favourite Amzar? --- everything !!

Abe Ajwad --- yang kini tidak terlayan mummy pabila dia mula bersuara....

 Till then, c ya .... Assalamualaikum.....

Friday 28 December 2012

Bitter 2012

Mama2Q nurbijen umiyumi makcikkantin Kamalia nadia rashid kasihredha ummuaidan = alahai kawan-kawan, minta maaf ya, saya tak tahu apa rasa cempedak-durian tu, sebab tak beli pun, sebab masa tu pergi dengan bas .....huhuhuhu.....
makcikkantin = makcik, pssst..., saya pon tertinggal keretapi pasal happy pan ni....mak saya kt kampung lama dah ada tapi saya dok buat dono jer, baru-baru ni lah excited nak memilikinya, lalu pi lah beli di Cosway, namanya Chefel Pan....kalau betul2 brand happy pan ada di Langkawi baru dapat murah less than RM60 (kawan saya beli)....
Kniedaz Halimaton Ibrahim Mariambebakar (husband pon tak makan tempoyak+budu ni mummy), QA's ~ mamapapa 


Salam Jumaat 2012 .....
Minggu depan dah melangkah ke 2013...
Apa kenangan terindah teman-teman di tahun 2012?
Atau .... mungkin memori yang pahit 2012?
Apa-apa pun, semuanya mengajar kita lebih 'dewasa' kan?

Hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang dicatatkan oleh teman karib aku di Pulau Pinang ini, teman yang istimewa, yang berkongsi kisah suka-duka. Thanks CikAwin !

Tahun 2012 bagi aku --- tahun yang mencabar .....emotionally.....
Bermula sedari awal tahun dan berlanjutan .....
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ---- tidaklah Allah turunkan sesuatu melainkan yang upaya ditanggung oleh hambaNya ......

CikAwin --- kita berkongsi tangisan, nasihat, kekecewaan, kegembiraan sepanjang 2012
Thanks for being that person who stay with me at those difficult times.....
As you always mention, we are super-mommies right? 
And that's why Allah tests us....
And I know we are!!
And so true too to ALL MOMS out there!

And never forget those who put us into the difficult times
So that we know who they really are
So that we can be more alert next time
Of course not for 'revenge'
No.....don't do that
But as a reminder for ourselves
To be more careful
That not everybody has a kind-heart
All we can do is DOA....
Doa ---- so that people who makes our life miserable
Not trouble our life once again



Thursday 27 December 2012

Unique fruit & Cheesy banana toast



1st time jumpa Cempedak Durian ---- RTC Gopeng, 15122012

Pretty unique, isn't it?

Another fruit that captured my eyes on that day

Limau Cembol


This morning, I made Cheesy Banana Toast for the breakfast.....hmmmm, alhamdulillah 2 keping roti sahaja cukup mengenyangkan.....

Sapu unsalted butter pada roti, letak potongan pisang di atas roti, letak sekeping cheese dan tutup dengan sekeping roti lagi. Bakar dalam Chefel Pan a.k.a Happy Pan selama 7 minit .....siap .....

Budak yang sungguh happy pabila dapat makan ......
posted from Bloggeroid

Wednesday 26 December 2012

Gelagat parking


Malam tadi, pulang dari kenduri akikah cucu maktok, kami berkunjung ke Tesco Seberang Jaya. Aku seorang sahaja yang 'bershopping' keperluan dapur, Mr Hubby membawa anak-anak ke 'fun-fair' berdekatan. 

Usai urusan 'bershopping', aku menunggu Mr Hubby di parking lot. Di tepi aku adalah carpark untuk golongan istimewa. Kosong petak carpark itu.

Di belakang petak carpark itu ada kereta Proton Saga, plat  P** ****. Warna ungu. Sedang elok kereta itu 'park' di situ. Kedudukan kereta itu menghalang mana-mana pemandu istimewa yang perlu 'parking' di situ. Tiada pemilik kereta proton pada masa itu.

Lima minit kemudian, ada satu kereta putih mahu keluar, tetapi tidak boleh disebabkan kedudukan kereta Proton Saga tadi turut menghalangnya daripada 'reverse'. Hon dibunyikan, tetapi tuan punya proton masih tidak kelihatan. 

Tidak lama, muncullah sepasang suami isteri pemilik proton itu. Tetapi tingkah mereka seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Penuh gemalai jalannya. 

Si isteri masuk ke tempatnya. Si suami membuka pintu, 'on engine' dan dia keluar kembali, melihat-lihat kereta, dengan pintu hadapan tadi dibiarkan terbuka. Pintu yang terbuka itu menghala betul-betul di lorong laluan kereta. 

Sementara itu, kereta putih akhirnya berjaya reverse, setelah MPV di sebelahnya keluar, lalu dengan bersusah-payah dia adjust keretanya supaya bisa pulang. 

Tatkala kereta putih mahu bergerak ke hadapan, terhalang pula oleh pintu si proton saga ungu tadi. Boleh pula Si suami tadi berborak dengan isterinya tanpa mempedulikan mengenai pintu keretanya dan keretanya yang menghalang laluan orang lain. 

Pemandu kereta putih pun hon, dan dia mendekati pemilik proton saga ungu itu. Menegur mungkin. Kerana selepas itu muka si suami itu macam marah dan tidak puas hati. 

Alahai, sendiri buat salah, tak sedar, pentingkan diri sendiri semata-mata mahu parking dekat, tidak puas hati pulak bila orang tegur? 

Sehingga aku pulang, si proton saga ungu masih di situ. Suka agaknya menyusahkan orang....hmmmm....


credit: HERE

Tuesday 25 December 2012

Hunger for Real Food: Tempoyak owh Probiotic !


Musim durian ----- sinonimnya tempoyak. 
Walaupun berlambak ajer di pasaran tempoyak biarpun bukan musim durian. 
Tapi aku tak suka tempoyak yang sudah agak lama begitu.
Lebih gemar home-made tempoyak, fresh !

Selaku jiwa Kelantan yang tebal, aku suka letak durian dalam budu. Yummy !!
Tetapi tempoyak dalam budu, aku tidak berapa berkenan.
Aku lebih gemar sambal tempoyak dengan cili hijau. 

Tempoyak bukan semata-mata makanan rupanya. 
Melalui proses fermentasi untuk menjadi tempoyak, terdapat BAKTERIA BAIK dihasilkan. 
Bakteria daripada genus Lactobacillus.
Ala bakteria yang biasa ada dalam vitagen, yakult dan yogurt tu.....

Ada kajian saintifik yang sudah mengesahkan tentang kewujudan bakteria baik dalam tempoyak ni. 
Boleh rujuk SINI.

Fungsi bakteria baik ni? ---- Jaga kesihatan usus kita. 
Sebab usus kan tempat berlakunya penyerapan segala nutrisi. 
Pabila usus sihat, maka kita juga sihat, segala nutrisi dapat diserap oleh badan dengan optimum.

Oleh itu, jomlah makan tempoyak !!!


Isi durian dipisahkan daripada biji dan disimpan dalam tupperware bertutup selama beberapa hari.....campurkan garam juga......

Apabila sesekali menumbuk, lenguh juga lah tangan ini .....

Lesung yang bersaiz comel .....kalau besar, nanti aku sendiri yang tak larat nak angkut...


Lekaslah hancur wahai cili ......

Tadaaaa.....my probiotic complement dish !

Misi aku lagi untuk beberapa hari akan datang: Mencari durian yang betul-betul masak dan buat stock tempoyak......

Monday 24 December 2012

Lawatan Sambil Belajar Cap Ibu dan Anak



 Tarikh Kejadian: 22 Dis 2012
Masa Kejadian: 10am-11.30am
Lokasi Kejadian: Akuarium Lembaga Perikanan Malaysia, Batu Maung.
Tiket: RM5/dewasa (little heroes free coz under 7 yrs old)
Waktu melawat: Tutup pada setiap Rabu
Ahli rombongan: Mummy, Ajwad & Amzar


Sabtu lepas, tetiba terasa nak bawa hero berdua ni tengok ikan. Lama dah niat nak pi, tapi ada jer halangan. Terasa tak confident nak handle depa berdua ni sendirian pun iya juga. Tapi kali ni tawakkal ajer lah, moga-moga mereka berdua ni tak buat hal. Alhamdulillah ok. 

Kalau di Penang ni, rasanya sini jerlah tempatnya kalau nak tengok ikan dalam akuarium. Tempat ni diwujudkan lebih kepada tempat penyelidikan bagi Lembaga Perikanan Malaysia. Makanya, tidaklah setanding Aquaria KLCC mahupun Langkawi Under Waterworld tu. Pada pendapat aku, pada sesiapa yang dah pernah pi Aquaria KLCC tu, rasanya mesti terkejut tengok akuarium sini. Sebabnya ringkas. Setakat ni, hero berdua ni belum pernah lagi jejak kaki ke Aquaria mahupun di Langkawi sana. 


Kolam ikan kap ni terletak betul-betul di hadapan pintu masuk. Ikan kap penyambut tetamu gelarannya (okeh itu aku saja-saja bagi gelaran...hehehhe)

Abe Ajwad bertindak sebagai pemandu pelancong kepada Amzar ...... 

Ralit .......mulut dok sebut "fish....fish ...."
Dalam area pameran ni, stroller-friendly.....senanglah bagi yang bawa baby.

Tak silap ni ikan rohu ......

Alligator Gar: prehistoric fish.
Ajwad dok sebut, "mummy! crocodile fish !!!!"

Camouflage si kerapu ......

Sekali lagi, Abe Ajwad memberi penerangan kepada Amzar tentang sekumpulan gamat ...... hehehhee

Ini di bahagian belakang akuarium. Ada taman mini.....nak  turun ke sini, tiada lorong khas untuk stroller. Aku mendapat bantuan kakak gerai untuk mengangkat stroller Amzar menuruni tangga. Mungkin pihak akuarium boleh look into this matter kan? 

Hijau ......

Kat bahagian luar ni juga ditempatkan sebiji kolam besar terbuka, yang menempatkan beberapa ekor penyu .....

Till then, c ya .... Assalamualaikum ...


Friday 21 December 2012

Bermula dengan diri sendiri


*** Parents: 

Kalau nak anak-anak sayang kita ---- kita, ibubapa, kena tunjukkan yang kita sayang mereka.  Usah segan memeluk mereka pada setiap ketika. Barulah mereka juga tidak malu memeluk kita pabila dewasa nanti. 

*** Pekerja:

Kalau nak bos hargai kita atau sekurang-kurangnya tidak marah dengan kita ---- buatlah kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Jangan suka bertangguh. 

*** Bos:

Kalau mahu menjadi bos yang disayangi/disenangi ---- tunjukkanlah contoh yang baik pada anak buah. Jangan sesekali menjadi bos yang orang kata 'cakap tidak serupa bikin'. Apabila menetapkan sesuatu peraturan, pastikan kita mampu mematuhinya, sebelum anak-anak buah. Bukankah kepimpinan melalui tauladan? 

*** Kawan:

Kalau kita anggap seseorang itu kawan, janganlah kita 'makan' kawan ---- jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang kawan kita berikan. 

Jangan sesekali mengambil kesempatan di atas masalah kawan ---- terutamanya yang melibatkan berlainan jantina. Buruk padahnya kelak. 

*** ALLAH:

Re-check hubungan kita dengan Allah ---- insyaAllah semua hubungan di atas akan terjaga. 



Home garden
Kredit: HERE

HERE

Thursday 20 December 2012

Broken English conversation cap ibu & anak


Hola MaryaYusof (setuju dengan Marya, apa-apa pun harus bersederhana kan..); cikAwin (reading session at Bukit Merah ok?); kasihredha (takpo kak, koho-koho uboh....); Kniedaz (ulam cicah sambal pon akak tak suka ek?); nadia rashid (pssttt, sayo pon kalu nok cepat tu gak, kade2 gi beli jugok burger2 nih...pahtu mulo segho bersaloh kat diri sendiri...hehhehe); suka-suka (betul tu kak); Sue-Rya Qistina (sangat setuju dengan Sue); ~najwa~ (pssttt....antara salah satu sebab saya stop minum utk kurus jugak, maklumlah masa asasi dulu badan bagai dipam-pam....hhehheh); MariamBebakar (mummy, update pasal Umar please......)


Lokasi kejadian: Di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah selepas mengambil kedua-dua hero cilik.

Masa kejadian: 5 petang

Ajwad: Mummy, police!

Mummy: Where ?

Ajwad: Over there.

Mummy: How many police do you see?

Ajwad: (sambil mengira di jarinya)....1...2....Two police.

Mummy: Where are they going?

Ajwad: To masjid.

Mummy: Owhhh to masjid. They want to pray at the masjid.

Ajwad: Noooo.....

Mummy: Then, what are they doing in the masjid?

Ajwad: They SOLAT !


Ok, sekian berita hari ini.....
(dalam hati aku dah berdekah-dekah nak gelak, terkena dengan anak sendiri)....


Abe Ajwad

Tuesday 18 December 2012

Sesuatu yang bermanfaat utk dikongsi dan diAMALkan bersama



mala = Hi mala, salam perkenalan. Its good to know someone from Oman. 
Kniedaz = penat berjalan ja kak di sana...hehehhe...student pi sana kena 'bertugas'...
kasihredha = hoo ado jual ghuponyoh...sayo ni daghat sikit bendo-bendo lagu nih kak....hikhikhik
Lynn = cepat sembuh ya Lynn!
CikA = mek Hannah sudi tak nak membaca bersama abe Amja?
hitomi lavender = hitomi, kalau buat jus buah + sayur ni, seeloknya toksah buh gula...hehehe 
umiyumi = amboi sedap betul kek umi, gebu jer nampak....

Hai semua, belum sempat lagi aku nak kongsi kisah di RTC Gopeng tempoh hari. InsyaAllah dalam sehari dua lagi. 

Hari ini nak berkongsi satu perkara yang wajar kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Ayuh say NO to soft drinks! 

Bagi pada yang sudah terbiasa, memang agak sukar pada mulanya. Akan rasa janggal mungkin. Sebabnya sudah masuk mode addicted, maka sungguh sukar untuk tidak minum soft drinks kan.

Kes minum soft drinks aku simpulkan sama seperti kes orang ketagih merokok. 

Kedua-duanya merosakkan badan, tetapi orang tetap mahu buat. 

Yang penting, berazam/berniat tidak mahu lagi sentuh soft drinks --- jihad melawan hawa nafsu yang sememangnya sukar. 

Aku, mula meninggalkan tabiat minum soft drinks sejak masuk UM dulu. Gerun bila pensyarah habaq boleh mereputkan tulang. Mula-mula memang susah jugak, jiwa muda mudah mengalah dengan hasutan nafsu. Namun, lama-kelamaan kebiasaan tidak minum itu sudah sebati. 

Kalau sesekali bertuah dan dapat hamper, biasanya minuman sebegini aku buang, takpun letak jer di bilik air untuk kegunaan mencuci toilet.....hehheehhe. 

Bagi pada orang lain? ---- owhhh tidak......membazir bagi pada orang benda yang tidak berkhasiat ni, kesian pada badan dia kan. 

Ayuh, hentikan kezaliman pada badan kita sendiri !

Till then, c ya .... Assalamualaikum...



Saturday 15 December 2012

We were in KL last week


Semasa entry ini keluar, aku sedang berada di dalam bas menuju ke Gopeng, Perak 
(auto-published entry). 
Kenapa? ---- O.U.T.S.T.A.T.I.O.N .....
Students ada aktiviti di RTC Gopeng. Nanti pulang aku buat laporan yer.

Sementara itu, kebetulan dengan kunjungan kami ke KL minggu lepas, moksu aku telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak bujang nya yang ke-2 tahun. 

So enjoy the photos ekk......


Aku suka lah ada perhiasan yang ala-ala klasik camni....mana dapat ni moksu ku? import dari Jembal ko?

Kecoh sekali suasana tika ini....penuh dengan makcik-pakcik dan sepupu-sepapat sahaja...

Tengoklah ni, si ayah dan ibu yang excited....anak bujang nyer entah ke mana....siapa yg nak sambut birthday ni?

Hahahahaha...si birthday boy yang meronta-ronta minta dilepaskan....si ibu pantang nampak kamera....

alolololo comeynyoh budak kecik atas sofa tuuu.....anok sapolah tu yerk? 

Sepupu Ajwad dan Amzar, sebaya Amzar: Wan Marissa Hanan. 

Ni pun satu lagi, anak saperlah yg ensem dan aktif semacam ni? aiishhhh

Amzar kagum lah tu ......hehehehe bersama mok sepupu dari Rawang (sepupu aku = mok sepupu anok aku laa kan?)

Antara menu yang tidak sempat di'capture' adalah: nasi ayam, bakso, buahan tempatan (durian, rambutan, manggis), keropok keping dari Klate, sweets and chocs....

Till then, c ya ...thanks for all the comments, nanti aku reply yerk...sekarang mahu bertugas dahulu.....seharian di Gopeng hari ini.....huhuhu..

Assalamualaikum...