Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Sunday, 30 December 2012

Micasa High-Tea !


Bila duduk di rumah seharian, mesti kita yang isteri dan mak-mak ni, ligat berfikir tentang juadah apa yang dihidangkan kan? 

Alahai bukan setakat duduk di rumah baru nak fikir, aku rasa di ofis pun sambil-sambil buat kerja, fikiran kita dok menerawang tentang 'apalah aku nak masak untuk dinner nanti' kan kan kan? 

Itu termasuklah kena masak berdasarkan bahan mentah apa yang ada di rumah, dari sebesar-besar bahan hinggalah ke perincian yang paling halus nya; lepas tu yang nak masak tu kenalah yang boleh dimakan oleh semua ahli bait, tak bolehlah sesuka hati ikut selera masterchef ajer kan (walaupun kadang-kadang aku sengaja buat macam itu...hehehhehe)....

Itu belum dikira lagi yang inilah masanya untuk bereksperimen mencuba resepi baru, walhal bukanlah exactly new innovation pun kan, sebaliknya lebih kepada 'renovation' resepi orang.....tak kisahlah tu kan, asalkan ada hati nak mencuba 'new recipe', biarpun benda tu orang lain dah lama 'expert' !

Untuk lunch tadi, aku buat nasi lemak. First attempt !! Yaaaa.... aku tak pernah buat nasi lemak....huhuhuhu...so bad of me

Alhamdulillah it turned out okay, not so bad, walaupun ada kekurangan di sana sini...hehehhe...

Dan untuk minum petang, tak plan pun pada mulanya. Memandangkan stok pisang masih banyak, jomlah buat kek pisang mini .....guna 4 biji pisang saiz pisang montel, organic sun-dried apricot, sedikit tepung atta, sebiji telur, walla hasilnya kek yang manis ...... 

Tiba-tiba macam tak cukup pulak, so masterchef pun mengalah lah, hero tertua pun dapat 2 slice ajer, selebihnya ditelan oleh little heroes berdua tuh......

Nampaknya lain kali mummy kena guna acuan besar sikit lah yer......



Fresh from the oven ---- 200 Celcius, 50 mins.

Sedap juga apabila adunan diletakkan aprikot kering ni.....
Sedikit panduan jika ingin membeli aprikot kering: seeloknya usah beli yang warna oren terang, sebab yang itu ada pewarna tiruan. Aprikot kering yang baik adalah yang berwarna gelap/hitam @ coklat gelap (warna gelap kerana proses pengeringan secara semulajadi menggunakan matahari).
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Salam Dini
    wah sedap dan menarik sekali kek pisang tu. letak apricot kering ya, menarik tu. oh rupanya yg kaler oren tu pewarna... tq for the info. skrg taulah nak pilih yg mana :)

    ReplyDelete
  2. Salam dini...
    tuhla lain kali kalu buat kek buat banyak2 sikit...si'e ko tke masok tokleh make...huhu

    ReplyDelete
  3. salam dini...:D
    betul sesgt yang awk ckp tu...biasa sy lepas masa lunch...mesti duk pot pet ngan officemate apa nk msk (jika bos takde dlm opis lah)...hehehhe lumrah mak-mak kut ek..

    kalau puding roti taruk oat pun boleh kan...oat tak laku lah mkn gitu je...buntu sy

    ReplyDelete
  4. Salam Dini,

    semangat masak membuak-buak bila ahli bait suka makan hingga licin! hilang letih tukang masak, he he!

    ReplyDelete
  5. Salam Dini,

    Mummy antara orang yang pernah fikir apa yang nak dimasak..
    Ntah apa sebab, mungkin sebab daddy and kids tak fancy food,..
    Tapi kalo buat, diaorang rembat jer...haha

    ReplyDelete