Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 17 July 2012

Flashback --- Secebis kenangan Penang National Park

Tak ada gambar-gambar baru, maka hari ini mari kita mengimbas kembali kenangan hari semalam......

Dulu-dulu sebelum ada anak, aku dan mr hubby suka jugak aktiviti outdoor ni. Terutamanya hubby lah. Aku ni jenis follow ajer....

Di saat-saat itu, hubby dan gengnya (kawan-kawan sekolah) suka lah pi trekking di Penang National Park. Masa tu baru aku tahu Penang pun ada National Park ....huhuhuhu...kesian sungguh, nampak sangat ala-ala princess froggie di bawah tempurung kan....

Tapi masa kami pi tu, belum dirasmikan lagi kawasan tu sebagai National park, kira macam sedang dalam pembangunan gitu.....tahun 2007....

Penang National Park ni letaknya di area Teluk Bahang (Hujung Bt Feringghi). Ada disediakan kawasan parking di situ. Sebelum 'check-in' National Park, kena register nama masing-masing dan masa dijangka pulang, di management office. 

National Park sini boleh pilih sama ada nak trekking atau nak naik bot. So kami kan masa tu muda-muda berstamina kuat lagi, dah tentu-tentu memilih untuk trekking kan. 

Ada 2 route yg boleh dipilih, ke Monkey Beach atau ke Kerachut Beach. Kali ni, aku cerita dulu trip ke Monkey Beach okay. 2 kali jugak lah aku trekking ke Monkey Beach sepanjang hayat di bumi Penang ni.....


Kawasan penyelidikan milik USM ......

Di pertengahan perjalanan

Tiba di kawasan penyelidikan USM. .......baru setengah perjalanan ajer ni....


Almost there ....yezzzzz ...2 jam trekking ya untuk sampai ke Monkey Beach ni...

Batu peringatan?????


Biasanya sampai sahaja di Monkey Beach, kami semua berehat sat, sambil makan bekalan...kat sini tak meriah dengan kedai, kira macam depa nak betul-betul lindungi kawasan kan, sebab tu kena bawak bekal mai sini.....

Dah hilang penat, kami proceed dengan trekking 30-40 minit mendaki bukit untuk menuju ke lighthouse

Penat okeh!


Nak masuk lighthouse ni, boleh, asalkan penjaganya ada di situ. Masa ni aku agak khusyuk tu dengar pakcik ni bercerita ......kisah seraaaammmmmmm..........

Semua orang pon khusyuk.......

Selepas dah dengar cerita, kami pon mula panjat anak tangga berpusing-pusing untuk ke puncak lighthouse. Gambar ni dirakam di atas tu lah. Kalau cuaca elok, boleh nampak Indonesia......

Tinggiiii....aku = gayat.....



Us ! dah namanya pi ngan kawan-kawan hubby, dah sah-sah lah aku seorang jer perempuan Melayu terakhir kan...hikhikhik


Nanti di lain entry, aku cerita kisah trekking ke Kerachut Beach pulak ya....tungguuuuuu....

Till then, c ya....Assalamualaikum....

5 comments:

  1. best kan activiti camni...teringin nak pegi tp kena tunggu anak besar dulu, and by that time, mungkin lutut kita pun dah longgar...hahaha

    ReplyDelete
  2. Ish cantiknya tempat ni, memang nak pergi untuk amek gambar.

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat ni...tak penah pegi lagi walaupun dah duduk penang 12 tahun....

    ReplyDelete
  4. saya yang dah duduk di penang 8 tahun pun belum sampai ke sana lagi :p. tapi tak apa, balik malaysia nanti akan duduk di penang juga, insyaAllah

    ReplyDelete