Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 19 November 2013

Fenomena di kala Subuh


Lama dah tertanya-tanya, lama dah mendengar, lama juga menjadi kemusykilan,
 tapi sehingga kini belum ketemu jawapannya.

Di kawasan perumahan ni, 60% adalah kaum Cina. 
Dan ada di kalangan jiran-jiran yang membela anjing. 

Satu perkara yang aku perasan, apabila menjelang azan Subuh. 

Dalam 30-60 saat sebelum azan Subuh berkumandang, anjing-anjing ni akan saling menyalak. Kuat (yer lah depa mana tahu kawal suara pulak kan....adoiii...). Saling bersahutan. Tapi bukan jenis salakan yang buat kita takut tu, bukan. 

Bukan juga salakan biasa-biasa, tapi frekuensi laju sikit.

Tapi sebaik sahaja azan bermula, salakan depa berhenti serta-merta. 

Setiap hari. 

Ada tak teman-teman blogger yang perasan akan fenomena yang sama di tempat kalian?

Tunas brokoli ---- usia seminggu.

Hero cilik yang kian banyak akal.


10 comments:

  1. Sama juga di tempat saya. Ada bunyi salakan anjing ketika azan subuh berkumandang... Bunyinya sayu aje.. Tertanya2 juga kenapa..

    Cantiknya tunas brokoli tuuuu!!!

    ReplyDelete
  2. ha perasan..dulu kawasan umah mak sy nie banyak anjing liar..dalam pukul 5 pagi gitu..memang mcm pesta diorg ni bersahutan...bila azan senyap..fenomena misteri hehhehe...hero cilik nak jadi zorro ke tu?

    ReplyDelete
  3. anjing tu tolong kejut kita bangun subuh kot?

    ReplyDelete
  4. hero cilik tu apa nama sohor. brokoli boy ke, super brokoli boy ke? heheh!!!! nok bg kaitan dgn 2 gambar tu kea. btw betul la kes anjing bersahut tu tapi so far xdak lagi la org blh kaitkan kejadian tu. klu ada royat atek deh, nak tahu jugak

    ReplyDelete
  5. Anjing pun mahkluk Allah, depa pun reti hormat waktu.

    ReplyDelete
  6. Salam.. kawasan Che Mid rezab Melayu hampir 95% Melayu yang lain rumah sewa Myanmar dan Bangla.. anjing tersangat jarang ada..

    ReplyDelete
  7. Salam Dini,

    Tak pernah pula perasan hal ni. Kat rumah Mak Aji sekarang hampir semuanya Melayu, anjing takde.

    ReplyDelete
  8. depan umah saya dan keliling ni byk gak chinese bela anjing...apa yang jadi adalah setiap kali azan subuh berkumandang, setiapk kali itulah ada sekor anjing (sekor jer rasanya) yang akan menyalak sayu dan menakutkan....mula2 dengar dulu rasa seram gak, mcm mengilai pun ada....yg geramnya dia akan menyalak tu dari start azan sampai habis azan....

    ReplyDelete
  9. tak pernah pula ada pengalaman lagu tu…

    ReplyDelete
  10. salam,baru singgah blog ni.kalau kt kampung ni banyak ayam kan.ayam2 ni 30saat b4 azan derang stat bkokok lah.umah jauh dr masjid so jarang boleh dgr azan.tp bile dgr ayam bkokok tu tanda da msuk waktu subuh lah..:)
    saye follow blog ni ye:)

    ReplyDelete