Dah lama berhajat nak sediakan susu badam. Selalu kalau tengok movie Hindustan, mesti ada adegan minum susu badam sebelum tidur. Bagus sebenarnya tradisi depa tu. Almond is one of the brain-super food. Bagi ibu-ibu yang sedang BF, kacang badam juga bertindak sebagai milk booster. Lebih molek lagi kalau boleh dijadikan sebagai pengganti kepada susu tepung anak-anak yang telah berusia setahun ke atas (yang tiada alergi kekacang).
Maka, belilah raw almond. Beli yang organik di NHF. 180 gram bersamaan RM11.90.
Mungkin lain kedai lain harganya. Jom tengok penyediaannya.
Home-made Raw Almond Milk
|
Langkah yang paling kritikal adalah merendam kacang. Seeloknya rendam di antara 24-48 hours. Lebih lama lebih elok, tapi jangan lah sampai muncul tunas pula...heheheh. Aku rendam lebih 48 hours. Setiap 8 jam, tukar air rendaman. Kita boleh nampak air rendaman semalaman akan kelihatan berbuih. Rendam ni penting supaya bahan anti-nutrient pada kacang tu boleh tersingkir. |
|
Bilasan terakhir dan tapiskan sebentar. Masukkan dalam blender. Tambahkan 4 cawan air. Aku masukkan juga 3 sudu besar madu dan secubit garam. Kalau yang suka perisa vanila, boleh letak. Aku memang tak suka vanila, kat rumah pun tak ada stok vanila essence ke vanilla pod ke. 3 sudu madu tu ok dah, tak berapa manis. Tapi bagi kami, ok. Tok berehi manih leting --- kata orang Klate. |
|
Sebelum buat susu ni, aku siap requested Mr Hubby untuk beli penapis di pasar pagi, sebelum dia pi kerja. Rumah tak ada penapis! Selepas blend, tapis terus dalam jag/botol. |
|
Tadaaaa....dapatlah sebotol mason jar dan segelas. Kalau blender atau juicer yang high power, aku rasa boleh dapat banyak lagi susu ni. Tak apa, ini 1st experiment. |
|
Itu hampas almond. Banyak juga. Hampas ni ada kegunaannya juga, jangan terus buang. Boleh masuk dalam cookies/kek/smoothies/ atau boleh buat ice-cream. Atau yang paling best, campurkan dengan epsom salt dan boleh dijadikan body scrub gitu. Natural and safe ! Kalau nak guna sebagai face mask pon boleh, tambah jer sesudu madu, terus boleh sapu di muka. Tak perlu beli yang Body Shop punya dah kan......jimat duit.....
Rasanya bagaimana? Arrghhh memang sedap ! Terus berazam macam perlu buat tiap-tiap minggu jer ni...ahaks!
Yang dalam gelas tu, aku blend lagi sekali dengan pisang dan daun salad untuk dijadikan smoothie. Sudahnya, berebut aku dan anak-anak nak minum.......depa pun suka. |
|
Menu harini, aku buat sayur lodeh. Guna almond milk. Menjadi !! First-time buat sayur lodeh....hahhahaha..... |
rasa mcm mana dini...nak kena beli badam dulu ni...terliur plak lodeh tu..pantang tengok eh
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteMak Aji pernah rasa susu badam yang kawan buatkan dan subgguh sedap. Kalau tak silap (ada juga salin resepi tapi tak buat2) dia buat vesi yang kena masak dan dia bubuh susu pekat. Dini punya tentu lebih bagus sebab boh madu. Mak Aji pun tak suka yang manis leting!
oh. ini yg semangat nak buat. Dini tahu tak... akak pernah beli susu almond ni kat kedai arab.. lama dah... before akak operation laps.. (6 bln dah la). Tp expired dia lambat lagi.. tpi akak langsung tak minum.. ceh..! sedap ek?? oke.. nak minum lah..pastu nak buat sendiri cam dini ni.. semangattt... ceaaa :D
ReplyDeletepernah baca org buat susu almond belum rajin lagi nk cuba..huhu..best best
ReplyDeletewah dini, respect la.....
ReplyDeleterasa macam ada ja almond kat dapur...boleh cuba ni...
utk segelas susu, berapa gram agaknya diperlukan?
ReplyDeleteingatkan india tu minum susu kambing sebelum tido,rupanya susu badam yer....