Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 18 November 2013

Keep fit my style


Minggu depan pelajar diploma dah mulakan semester baru....oowh, bertungkus-lumuslah menyiapkan mana-mana yang patut ni, begitulah kalau cuti semester sekejap sangat (sebulan lebih), dengan segala kursus/mesyuarat/laporan yang tidak pernah berkesudahan...Alhamdulillah.

Semalam, aku dan teman-teman sekerja menghadiri Istiadat Konvokesyen, sesi pagi. Arrghh sangat terharu okey melihat anak-anak didik menerima scroll (eh UiTM tak panggil scroll kot, pasai depa bubuh dalam macam booklet tu). Terharu juga apabila semasa ucapan VC, beliau agak kagum dengan anak murid fakulti kerana sebahagiannya adalah penerima ANC....waahhh syabas my dear students!

Hari ni nak berkisah tentang resolusi yang aku sendiri rancang dan laksanakan pada diri sendiri/seluruh keluarga. 

Tak lain tak bukan topik kegemaran ==== > kesihatan.

Kesihatan sangat berkaitan dengan apa yang masuk dalam perut kita. Bahkan perutlah punca segala penyakit dan perut juga bisa menjadi punca kesihatan kita. 

Dari itu, sejak awal tahun ni, aku macam berazam dalam seminggu tu, wajib/harus makan/masak ala-ala vegetarian meal, which means no meat/poultry/fish @ no animal protein, sekurang-kurangnya sekali/seminggu.

Tapi ini cuma apply pada aku dan suami sahaja lah. Anak-anak wajib ada protein haiwan ni lagi, depa kan sedang lasak membesar. Tapi bagi kita yang dewasa, protein haiwan ni dah tak berapa penting sangat. 

Sebenarnya, taklah susah mana nak sediakan menu vegetarian. 
Sama jer macam masakan lain. 


Menu vegetarian kegemaran seisi keluarga ----- vegetarian spageti/pasta bolognese. Cuma tiada daging cincang sahaja dalam kuah tu. Caranya: gantikan dengan pelbagai jenis sayuran @ kekacang, dan pekatkan kuah dengan home-made tomato puree. Sos kuah spageti pun sebenarnya senang je kan sediakan sendiri daripada scratch. 

(maaf tersenget pula)
Kadang-kadang, aku suka juga sediakan grilled vege.
Untuk menggantikan nasi, grill juga ubi keledek.
Cicah dengan sos nandos. Yummmm, sedap weh !

(Hi kak Ros Brunei)
Ni pula versi sarapan. Hari tu tengok di rumah kak Ros, aii terliur sudah.
Pertama kali buat, guna organic wholemeal flour dan sebiji telur, tak letak garam/gula, rasa ada sedikit pelik.
Mungkin patut secubit garam selepas ini.....

Selain daripada menjaga pemakanan, sesibuk mana pun kita (yes we as women always busy with non-stop housechores kan), luangkan juga masa untuk bersenam. Keluarkan peluh secara agresif, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tak lama pun, 20-30 minit jer setiap sesi. 

Bagi aku yang tak gemar berlari/berjoging (di samping tiada orang nak tolong jaga anak), aku pilih buat exercise di rumah je. Pasang DVD, ikut aje langkah instructor dalam tu. Setakat ni, memang aku sangat suka dengan Zumba ni. Best, lagipun buat di rumah, tak perlu malu kalau silap step pun....hehehehheh. Kat Youtube pun banyak video Zumba. Download aje. Boleh pilih level beginner, atau advance. Nak yang 20 min atau 1 jam pun ada. 


Pesanan penaja:

**lebihkan sayuran/ulaman dan buahan
**kurangkan susu pekat manis/creamer dalam minuman
**kurangkan pengambilan 3-in-1
**kurangkan pengambilan soya (kecuali tempeh); kalau boleh tinggalkan terus soya pun lagi bagus, ini termasuklah soya dalam bentuk serbuk yang banyak digunakan dalam supplement
**kurangkan minum teh tarik / teh sukat
**tinggalkan habit minum air manis ketika waktu makan
**kurangkan minum air ketika waktu makan, minum selepas 20 min selesai makan
**sesekali cuba beras perang, gula perang/molasses
**kurangkan kebergantungan kepada supplement komersil
posted from Bloggeroid



3 comments:

  1. Good resolution dini,
    kalu kawe prefer msk sup chinese style tok guno minyok..rebus gitu jah make ngan meehon..kalu sini semua gulo hok jual keddai tuh gulo perang wpun fiji pengeluar gulo eksport..gulo perang lower calorie dio..gulo putih mahal sini..

    ReplyDelete
  2. pesanan penaja tu no. 3, 5, 9...payah nak buat..hihihi...kalau kat umah sy ni lebih suka menu sup-sup dan bakar...:D

    ReplyDelete
  3. salam...sy nk tanye, kenapa elk elakkan soy product? apa keburukannya ye? puan pernah buat post pasal tu ke? blh bg link..tq..

    ReplyDelete