Kisah kunjungan kami ke CH ni kisah basi lah kiranya. Terjadi masa bulan Mei hari tu. Entah macam mana, tuan tanah boleh terlupa pula kabel kamera letak di mana. Maka, tertangguhlah kisah benar ini. Baru 2 hari lepas, tuan tanah ketemu kembali akan kabel kamera itu. Apa lagi, jom layan gambar.....
|
Hari kedua di CH, kami pergi ke MARDI. Senang sangat nak menuju ke sini. Ikut ja laluan ke klinik kesihatan CH. Tuan tanah memang dah bercita-cita lama.....kalau pi CH, harus pi MARDI. Semangat pekebun tegar katakan....... Ini tuan tanah sedang tunjuk pada hero berdua tu, "pokok periuk kera". |
|
Kawasan MARDI ni luas. Landskapnya pun cantik. Ada kolam ikan dan jambatan kecil. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa. Isnin depa tutup. Time solat Jumaat pun depa tutup. |
|
Memang puaslah hero cilik ni meneroka sekeliling. Ada juga pihak MARDI menyediakan chalet bagi sesiapa yang ingin menginap di sini. Bolehlah layari laman web MARDI CH ya jika ingin ketahui. Kot lah nak buat family gathering ka raya nanti...hehehhe |
|
Budak berdua ni tidak mahu berganjak daripada kolam ikan! |
|
Pabila mummy pura-pura nak tinggalkan dia, barulah dia mahu mengikut..... |
|
Persekitaran yang bersih & mendamaikan. Tidak seperti tempat-tempat lain di CH, MARDI amat tenang. Lebih-lebih lagi kami pengunjung terawal yang tiba..... |
|
Masa ni, Amzar tidak mahu berganjak. Doklah asyik cakap "nak flower, nak flower"... Aduhai anok, MARDI larang petik pokok tau. |
|
Merentasi titian kecil ke Taman Ros - MARDI. Di bahagian belakang tu adalah cafe. |
|
Si Rabbit !
|
|
Tengah syok tengok Rabbit, Amzar tertanggal kasutnya. Habislah kotor kaki . Mujurlah ada sungai kecil di situ. Dah jadi sesi mencuci kaki pula. Sungai ni airnya sejuk sangat, dan jernih mengalir. |
|
Precious moment! |
|
Di MARDI juga, terdapat satu bahagian ladang teh. Boleh panjat lah bukit tu sampai atas. |
|
Playground for the kids. |
|
Amzar mencuba untuk gelongsor.... |
|
Buai laju-laju, Sampai cucur atap, Apa dalam baju, Sekuntum bunga cina. |
|
MARDI Signage |
|
Masuk Taman Epal, hanya putik bunga yang kelihatan....... |
|
Tomato everywhere....... |
|
Ini di bahagian nursery yang jual anak-anak pokok. |
|
19 Celcius --- Bagi tuan tanah dan anak-anak yang tak pernah keluar Malaysia, suhu ini sudah cukup sejuk okay...... |
|
Antara persekitaran MARDI. |
|
Putik epal |
|
Silver Dust. Tuan tanah capai sepasu RM8. Alhamdulillah masih hidup lagi hingga saat ini.
|
silver dust tu cantik kan..byk kat CH.
ReplyDeleteerr..by d way, akak plan buat raw juice bulan puasa ni before nak tido la. Tp tatau la kalo dah kekenyangan..dah malas nak buat. Hihihik.
Raw jus? Penyakit 'm' beso sangat!
ReplyDeleteLama tak jalan2 CH. Mesti banyak dah berubah, kadang2 fikir malas nak pergi bila mengenangkan jalan kat CH yg jem teruk time weekend.
silver dust tu memang cantik...
ReplyDeleteAs salam Dini,
ReplyDeleteApa khabar? Lama tak menjenguk Dini & kawan2... Tak sangka harini dah mula berpuasa...
Amzar suka bunga ye... wahhh... Selalu pergi Cameroon tak pernah masuk mardi ni... cantik juga tmptnya :))
Dah terlanjur jenguk ke sini... Marya nak ambil kesempatan untuk pohon ampun & maaf jika sepanjang perkenalan di alam maya ni ada yg terguris & terusik dihati... Salam Ramadhan buat Dini sekeluarga... xoxoxo :))
Wah cantik landskap Mardi CH. tatau plak bley masuk visit hihi. Thanks for sharing, Dinie! And selamat bpuasa to u!
ReplyDelete