Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 12 March 2014

Supplemen Kolagen untuk Cantik, Berkesankah?



Assalamualaikum....lama sudah tidak bersiaran di sini. Banyak sahaja topik yang ingin dikongsikan, cuma mungkin kekangan masa yang menghadkan aktiviti coretan di sini. 

Hari ini terpanggil untuk cerita serba-sedikit tentang isu yang agak sensitif bagi kebanyakan orang mungkin ---- kolagen.

Isu ni sebenarnya cukup sensitif, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengambil supplemen kesihatan collagen-based. 

Terlebih dahulu, ingin aku tegaskan di sini, bahawa semua yg bakal aku coretkan di sini adalah pandangan peribadi yang dibuat setelah pembacaan demi pembacaan dan perkongsian ilmu. 

Tidak sesekali ingin aku sekat rezeki sesiapa atau kemahuan sesiapa yg bergantung pada keperluan supplemen. Ilmu Allah itu luas, dan fakta sentiasa ada di luar sana, kitalah yang harus berusaha untuk mengkaji. 

Nak buat segala perkara --- haruslah dengan ilmu. Ilmu yang dibaca sedalam mungkin, segenap segi. Bukannya bergantung pada testimoni, bukan percaya sebulat penuh pada iklan, yang mana rata-ratanya cuma mahu mengaut keuntungan. 


http://cosmedmd.blogspot.com/2012/09/collagen-supplements-do-they-really-work.html?m=1

http://musicalhouses.blogspot.com/2013/01/collagen-skincare-and-supplements-do.html



To those who consume collagen supplements (powder, capsule/drinks @ any form), please spend some time to read the above links. To those seller of collagen supplements, please be honest to your customers. 

Kebanyakan supplemen kolagen bersaiz besar & TIDAK BERUPAYA menembusi kulit (epidermis). Hanya kolagen yang mempunyai saiz molekul kurang daripada 500 Dalton sahaja yang boleh menembusi lapisan epidermis kulit. Cuba check size molekul supplemen kolagen anda, agak-agaknya saiz molekulnya berapa? 

Rata-rata supplemen kolagen mempunyai saiz molekul lebih daripada 1000 Dalton. Tolong buat homework sebelum pakai @ makan sebarang kolagen. Apabila tidak dapat menembusi lapisan epidermis kulit, ia hanya akan tertinggal di lapisan luar dan akan hilang apabila dibasuh. Jadi dari mana kesannya datang untuk menganjalkan kulit?

Kolagen adalah sejenis protein. Apabila dimakan/diminum, ianya akan mengalami proses penghadaman yg sama seperti mana anda makan daging, ikan, ayam yg akhirnya diuraikan menjadi komponen asid amino. Apabila menjadi asid amino, ianya akan dibawa ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan komposisi asid amino, dan tidak semestinya berakhir di lapisan kulit.

Badan kita tidak memerlukan supplemen kolagen daripada sumber luar sebenarnya. Kerana kolagen berupaya dihasilkan oleh tubuh badan kita. Lebih baik kita makan makanan yang boleh meransang penghasilan kolagen di dalam badan. 

Kadang-kadang, kita terlalu obses untuk cantik. Terlalu obses untuk kekal sihat, tapi nak cantik dan sihat dengan cara yang cepat dan mudah. 

Disebabkan itu, kita mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni supplemen. 

Kita tak sayang duit untuk beli supplemen. Bukan murah. 

Tapi, adakah kita sedar bahawa sikap kita yang suka mengambil supplemen kolagen bisa mengundang masalah kepada tubuh badan / kesihatan kita suatu hari nanti?

Supplemen ----- walaupun didakwa sebagai 'natural', ianya adalah bahan terproses. Bahan terproses biasanya sedikit sebanyak mengandungi pengawet/preservatives untuk menjadikannya tahan lama. 

Berhati-hatilah jikalau supplemen itu dikatakan "Tiada Pengawet". Marketing strategy semata-mata. 

Hati (Liver) dan buah pinggang (Kidney) terpaksa bekerja-keras untuk menyingkirkan segala bendasing akibat pengambilan supplemen tadi. Ini asas. 

Mengapakah kita mahu 'membuli' organ dalaman kita? 

Baca dan terus membaca. Jangan terlalu obses untuk cantik. 



9 comments:

  1. nampaknya kena fikir berkali-kali sebelum menggunakan kolagen...atau lebih mudah, konsume makanan yang berkhasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak muka dah okey lah, toksah lah makan benda2 ni....hehehehhe...psst, students saya suka pencil case tu, depa kata cantik.....

      Delete
  2. totally agree with u, thats I tak ambik all these supplements as for me, there is no short cut or easy way untuk cantik and sihat, kena consisten dengna pemakanan dan lifestyle. in fact, bila I google cari info untuk buat minyak urut cara tradisi (which I guess a good stuff) memang takder, semua pun just about supplement and all these kinda stuff, sigh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go mama JJ, go natural , say no to express things-which-not-so-safe ..... hugs for JJ....

      Delete
  3. Betul dini...ramai yg tegur...Bakpo x make kolegan...kulit Muko tu kering jah...huhu x po lah kering...Sapu dgn olive oil jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpo lah loni kulit muko kering pun, asa jange dok wat masuk bahe gapo dio kot dale bade, takut esok2 jadi lagu lain jah......takut weehhh loni mace-mace pnyakit timbul.....

      Delete
  4. salam... saya baru kat sini =)
    such a good writing
    muak tengok marketing sana sini
    bosan nengok kawan2 menggila obses sana sini
    supplement lah, ubat lah... hurm... yg rata2nya semua orang kite jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norfarhan,

      Seriously we are in the same shoes here. Sangat sedih dgn situasi ini kan, ramai orang terpedaya, semata-mata gila nak cantik. Tanpa mengetahui kesan jangka panjang. Baru saya tahu perjuangan saya tidak keseorangan....hehehehhehe. Thank you.

      Delete