Masuk sahaja kawasan Kepala Batas/Bertam hari ini, pemandangan putih menghiasi ruang mata. Putih sangat-sangat.
Kabus atau jerebu?
Kabus tak pernah sebegini di sini.
Sehinggakan sang mentari yang biasa menyinar kemerahan pada hari-hari semalam, hari ini kelihatan putih.
Amat pelik fenomena ini.
Allahu Akbar.
Kampus USM yang terletak di hadapan kampus kami juga sudah tidak kelihatan.
Betapa jarak penglihatan sungguh terhad kala ini.
Tatkala ini, saat aku memandang ke luar tingkap, putih di mana-mana.
Gambar pada 7.47am |
Salam pagi,
ReplyDeleteAkak rasa kabus sebab cuaca nyaman je dan segar. Berkat hujan tiga hari rasanya...di Permatang Pauh pun pagi ni berkabus... :)
harap2 kabuslah hendaknya..biasanya kalau lepas hujan boleh terjadi pgnya tuh
ReplyDeletearitu dengar berita, kalau x silap diorg bgtau itu adalah percampuran antara kabus dan jerebu. dan proses yg dinamakan sebagai pemejalwapan. saya pun baru tahu..hehe
ReplyDelete