Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 27 March 2014

Home-made Sosej


Lama dah buat ni, dalam 2 bulan lepas kot, ke 3 bulan lepas ntah....hahhahaha, lama terperap je dalam phone. Bukan apa, perhatian aku teralih sedikit ke Instagram. Asyiklah upload gambar ke situ, langsung blog ini dianaktirikan......huhuhuhu....sesiapa yg ada insta tu, jangan malu-malu komen naaaa, meh kita berkawan meh.......tapi kalau yang jual supplement, maaf lah yer, bukan tak sudi, tapi tak berminat. "Akak takder duit dik nak beli supplement".

Okey, ada kenalan di FB yang rajin buat home-made frozen food ni untuk bekalan anak-anak sekolah. Depa buat sosej lah, burger lah, nugget lah, meatball lah, fishball lah, memang terbaik! 

Dah buat sendiri, dah tentu-tentu kita pilih daging/protein yang terbaik kan. 

Dan yang paling penting, NO ARTIFICAL ADDITIVES/PRESERVATIVES were added into it. 

Sah-sah lah halal dan thoyiban kan......

Lagi satu, bila kita buat home-made ni, kita boleh je nak campur apa pun dalam tu. Contoh nak campur siap-siap sayur ke, rempah-ratus ke, habbatussauda ke etc.

Maka pada suatu minggu itu, kebetulan aku dah jumpa tempat yang jual ayam organik di bumi Penang ni, misi sosej pun dimulakan. 

Tetapi ampun maaf dulu yer, aku ni jenis buat tak sukat. Pakai main agak jer, makanya tak dapat ler kongsi resepi yang lengkap gitu kan di sini. 

1) Daging ayam dileraikan daripada tulang-temulang.
 & dikisar dalam blender/food processor.
2) Masukkan dalam bekas besar/besen dapur.
3) Masukkan juga tepung. Agak-agak. (Aku guna tepung organik wholemeal, dah yang tu je ada di rumah).
4) Masukkan juga rempah-rempah yang disukai masing-masing: aku letak paprika, black pepper, garam, dried herbs.
5) Masukkan juga sayur-sayuran yg telah disagat (contoh carrot, tapi masa aku buat ni aku tak letak.....lupa!)
6) Gaul dengan tangan hingga sekata/sebati.
7) Sedia untuk dibentuk.

Untuk bentukkan ia, bolehlah guna daun pisang atau paling-paling tidak digalakkan guna aluminium foil. 

Bentukkan memanjang silinder, kiranya balut adunan tadi dalam daun pisang tu lah. Gunalah kreativiti untuk stapler atau ikat dengan tali rafia di kedua-dua penghujung gulungan tu. 

Aku punya masa ni guna aluminium foil. Disebabkan bila dah lama buat, maka sifat M untuk gulung properly mula muncul, maka terhasillah bentuk segi-segi tu.....aaargh, yang penting boleh makan.....hehehehheh.

Lepas tu, boleh lah direbus atau dikukus seketika. 

Nak makan terus lepas tu pun boleh, nak grilled lagi atau goreng lagi lepas tu pun boleh (bila dah sejuk lah, dan buka bungkusan).

Atau sebab utama buat ni ---- untuk disejukbekukan untuk kegunaan di lain-lain hari. 

Buka bungkusan, nanti akan keluar bentuknya yg cantik.

Susun elok-elok dalam tupperware dan bolehlah frozen kan. 

Honestly, lama betul dah aku banned commercial sausages daripada memasuki rumah.....kiranya si Ajwad dan Amzar tu memang tak gemar sosej kedai ni. Kita tak tahu kan, apa lah yang terkandung dalam sosej-sosej tu semua.......

So, pada sesiapa yang nak cuba, sila lah ye. 

Kalau kita yang tak jaga apa yg kita dan keluarga kita makan, siapa lah yang nak jaga ya. 

Be Wise & Stay Healthy. 




posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. kalau balut ngan food wrapper tu bleh gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Food wrapper tu yg mana eh kak>? Yg macam plastic tu ke?

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Klu susah nk buat bntk bulat, masukkan dlm plastik aiskrim malaysia tu n ikat. Buatla 2, 3 ikatan. Da blh jimat. Pastu frozenkan dulu, nk masak baru stimkan dan goreng or panggang ikut suka. Sy oun ban mknn segera tu seme n nk buat yg homemade je utk ank2. Mkn hari2 pun xpe jnji bersih, suci n selamat.

    ReplyDelete