Salam Jumaat ..... Assalamualaikum teman-teman blogger....
Malam tadi, aku sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis ilmu di IPSI Penang, bertempat di Lorong Amoy, tengah-tengah bandar.
Angkutlah jugak si dua hero cilik tu kan. Lepas tu minta Mr Hubby yang jaga, sebab depa berdua tu tak boleh dok diam-diam dalam dewan kuliah tu. So Mr Hubby bawa depa pi main kat nursery kat dalam bangunan tu jugak. Aku? ----- dengan tenangnya dapat dengar kuliah......sesuatu yang sukar nak buat kalau ada hero berdua tu......susah nak fokus.
Mr Hubby dah tiap-tiap minggu attend kuliah sebegini, maka kira aci lah malam tadi kena jaga anak....hehehee
Speaker nya adalah Syeikh Hussein Yee......rasanya semua orang kenal kan beliau ni. Pengasas Institut Al-Khadeem ni Selangor/KL sana. Revert to Islam a long way back in 1968. Berhijrah ke Madinah untuk menguasai ilmu Hadith.
So topik yg dikupas semalam adalah "Forgive but not Forget".
Intipati penting yang dapat aku kongsi adalah:
"Maafkan kesilapan orang yang pernah melakukan kesilapan pada kita (walaupun beliau akui perkara tersebut sangat susah untuk dilakukan). Maafkan bukan sekadar bermain di mulut, tetapi haruslah dengan hati yang ikhlas. Bagaimana?"
"Apabila kita memaafkan seseorang itu, kita hendaklah turut mendoakan orang itu, memohon kepada Allah untuk memaafkan orang itu juga dan mendoakan kesejahteraannya untuk berubah ke arah kebaikan (& tidak menganiayai orang lain pula)."
"Peringkat seterusnya sentiasa berkomunikasi dengan orang yg bersalah pada kita tu (jika ada peluang). Layan dia dengan baik, dengan akhlak yang baik. Sebab dengan melayan orang yang bersalah dengan baik, lama-kelamaan dia akan naik segan dengan kita."
(Yang ni Syeikh Hussein Yee pun akui kita sebagai manusia susah nak kekalkan hubungan baik dengan orang yang telah 'tikam' belakang kita. Bagi aku, memang susah. Dalam masa terdekat, apa yang aku buat adalah elakkan diri daripada orang tu. Berhubung kalau darurat sahaja. Macam apa orang kata ---- biarlah masa yang menentukan? cewahhhh....hehehehe)
Sheikh Hussein Yee juga menekankan kita tak perlu forget. Sebab fitrah manusia kita tak mudah lupa kalau orang tu buat 'jahat' pada kita. Kita perlu sentiasa ingat supaya kita aware dan tidak 'tertipu' lagi.
So, forgive but forget not.
Pelik kan?
Begini ---- kita betul-betul maafkan orang tu apabila kita mampu berkomunikasi dengan dia tanpa sebarang masalah dan tanpa mengungkit kesalahannya pada kita.
Hmmmmm?
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkan ini.
Before I end today's topic, enjoy some photos that were taken during pre-graduation night of my lovely students.
Inshaallah cuba amek & amalkan yg disarankan sheikh tuh wpun not easy kan..
ReplyDelete