Petang semalam, balik kerja.
Mulakan projek.
Health version of muffin.
1st trial.
*Sebiji telur ---- pukul hingga kembang
*1/2 cawan EVCO (Extra Virgin Coconut Oil @ VCO)
*1/2 cawan fresh milk
Pukul ketiga-tiga bahan ni bersama (setelah telur kembang).
*1/2 cawan organic UNBLEACHED wholemeal flour
*1 cawan rolled oat/overnight-soaked rolled oat
*1/2 teaspoon soda bicarbonate
*1 sudu molasses @ brown sugar
*Organic raisins
*Chocolate chips
*Crushed almond
*Pisang
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam adunan telur-minyak-susu tadi.
Kacau sebati.
Bakar dalam oven pada 180 C ----- 30 minit.
Siap!
Ini adalah cara untuk bagi anak-anak makan oat dan VCO.
VCO biasanya baunya agak kuat, begitu juga rasanya kuat kalau kita guna untuk tumis atau goreng sayur.
Tapi untuk muffin ni, elok kejadiannya.
Tiada bau wangi yang kuat itu (which is unpleasant to certain people),
dan rasanya tak adalah rasa kelapa sangat.
Just nice!
Ajwad dan Amzar ---- masak je, terus habiskan 2 biji seorang.
Hari ni, bawa muffin sebagai bekalan snack di sekolah.
Alternatif utk EVCO/VCO ---- boleh gunakan olive oil.
Tepung seeloknya cari yang unbleached lah ye, sebab kalau tepung-tepung biasa yang warna putih melepak tu, itu dah menjalani proses bleaching (pemutihan dengan menggunakan bahan kimia & kebanyakan khasiat dah hilang).
Tepung unbleached warnanya BUKAN PUTIH.
Senang je buat ni, tak perlu guna ready-mixed punya tepung ya (itupun tak elok juga).
Sukatan di atas boleh dapat 6 cawan muffin seperti gambar di bawah.
Sukatan bahan di atas menghasilkan muffin yang kurang manis & mengenyangkan.
Mungkin sebab adanya oat, maka aku makan sebiji pagi tadi pun dah cukup.
Banana Almond Oat with VCO Muffin |
thanks boleh dicuba utk stock oat & vco yg ada dalam simpanan...
ReplyDeletesila-sila....senang je ni
DeleteSlm kenal...
ReplyDelete1st time singgah blog ni coz nak cari resepi muffin..love to read yr blog :-)
rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com
Terima kasih ...selamat berkenalan.
Delete