Pagi semalam, Isnin, 6am lebih kurang, seorang pelajar aku menelefon.
Tapi masa tu aku di atas, maka tidak berjawab. Tertera 'missed call'.
Pelajar ni aku namakan HA, kini berada di Shah Alam, cuti semester.
Aku sms tanya adakah dia called aku atau tercall? (sebab pagi-pagi buta kan).
Mesej tidak dibalas.
Malam tadi, HA update status FB nya tentang mengapa sms/panggilan kepadanya tidak dijawab.
Dan dia PM FB aku directly, menceritakan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya.
Terkedu aku.
Terkejut.
HA diduga.
Dia seolah dipukau, lantas disamun, dan ditinggalkan keseorangan sehelai sepinggang di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Cukup sedih. Anak remaja yang baru menginjak usia 20 tahun beberapa hari sebelum itu.
Kronologi:
HA sepatutnya bertemu kenalan di sebuah tempat, malam Isnin.
Sampai sudah, kenalan itu tidak muncul, sampai tengah malam.
Tiba-tiba muncul seseorang (tidak silap aku lelaki), lantas mengajak HA ke suatu tempat.
Tanpa bantahan HA menurut. Tetapi dia dalam keadaan sedar, cuma dia tetap mengikut sahaja lelaki itu.
Lelaki itu membawa HA ke tengah bandar KL, jauh daripada Shah Alam. Bawanya berehat sebentar di sebuah bilik tumpangan (mungkin).
Menjelang Subuh (@ sebelum itu), mereka check out. Dan dari situ lah bermulanya peras ugut.
Lelaki itu meminta RM2000. Mana lah HA ada cash sebanyak itu.
HA serahkan tab, handphone, camera, cash yang tidak seberapa.
Lelaki itu minta RM1500, dengan mengarahkan HA untuk call sesiapa sahaja.
(Dan pada saat inilah dia call aku, dan beberapa kawannya yang lain).
Tetapi kebanyakan kawannya masih tidur, dan aku pula sedang bersiap-siap di atas.
Alhamdulillah, salah seorang sahabat menjawab panggilan telefon HA, tanpa banyak soal, terus transfer duit RM1500 kepada no akaun yang diarahkan.
Sebaik transaction berjaya, HA ditinggalkan dengan wallet kosong, berisi cuma 2 keping syiling 10 sen.
Di tengah-tengah Chow Kit, keseorangan, dinihari.
Mujurlah ada seorang perempuan yang prihatin, menelefon polis.
Polis datang dan membawa HA ke Balai Polis Dang Wangi.
Laporan dibuat.
HA menceritakan segala-galanya, kerana dia memang sedar akan apa yang berlaku, cumanya dia tidak tahu kenapa dia menurut sahaja.
Pohon doa teman-teman blogger untuk kesejahteraan pelajar itu.
Tentunya dia masih trauma.
posted from Bloggeroid
Inalillah......dunia semakin tidak selamat, mereka yg sepatutnya menjadi pelindung betindak disebaliknya....semoga kisah HA menjadi pengajaran untuk kita semua untuk lebih berhati2 selepas ini.
ReplyDelete