Semakin kita menginjak usia kedewasaan (cewahhh ayat skema....hikhikhik), kita perlu imbas balik rutin pemakanan. Mana-mana yang dulunya kita jahil disebabkan kekurangan ilmu, sebolehnya kita baikilah di kesempatan yang ada ni.
Sebab apa?
Sebab pemakanan dan kesihatan sangat berkait rapat.
Pernah dengar pepatah "Perut Punca Penyakit?"
Terutamanya kita yang berada di Malaysia ni, mewah sangat dengan makanan.
Maka, harini, saja lah aku nak berkongsi tips yang tak seberapa canggih ni.
Tapi insyaAllah membawa perubahan besar pada kehidupan seharian.
Lebih-lebih lagi kalau diamalkan pada anak-anak.
Semua sedia maklum kan, kesan garam yang berlebihan pada tubuh. Tak elok. Banyak kesan negatifnya. Biasanya dalam diet seharian kita ni memang terlebih garam.
Jadi usah risau takut-takut kekurangan garam.
Kesan terlebih garam? -----> google aje, gerenti senarai panjang yang keluar.
Lagi satu, kalau boleh, usahakan untuk tidak lagi menggunakan table salt @ garam putih yang biasa tu @ refined salt.
Sebab garam-garam ni dah terproses (menjadikannya putih) dan khasiat asli dah hilang.
(Khasiat tiruan yang ditokoktambah selepas proses bleaching ADALAH TIDAK SAMA dengan khasiat asli yang terkandung dalam garam itu sebelum ianya diproses ya).
Garam yang tidak diproses ---- warnanya seakan-akan pink muda gitu.
Ataupun boleh cari yang berlabel UNREFINED salt.
Garam UNREFINED ni khasiat dia ada lagi.
Sebab bila kita makan garam ni, seeloknya kita bukan peroleh masin semata-mata, ya dok?
Ok, back to the topic.
Kalau kita masak telur dadar, biasanya kita letak garam kan untuk seasoned kan.
Well, apa kata kita cuba alternatif lain selain garam?
Kita boleh cuba letak herbs (cincang halus) @ dried herbs, atau boleh juga letak cinnamon powder, atau paprika powder @ cayenne pepper (serbuk cili), atau black pepper coarse, atau masala powder.........
Atau nak campur-campur pun boleh ---- not a big issue.
Garam tak perlu.
Mungkin pertama kali kita akan rasa pelik sikit. Sebab taste buds kita dah terbiasa dengan telur dadar bergaram kan. But after a few attempts, i will turns out okay.
Ajwad dan Amzar ok je makan. Senang latih dari kecil. Alhamdulillah.
So till we meet again.
Stay Young, Health & Beautiful ---- Naturally.
akak pun da mula pakai garam pink2 tu.. yey! tapi, telur dadar tak bergaram belum try lagik. Nanti lah try. mixed herb, serbuk cili, cinnamon powder semua pun ada. cuma tak gunakan je.. hihi
ReplyDeletenok carik jgk lah garam pink tuh..susoh rsnya nak quit garam nie..huhuh
ReplyDelete