Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Sunday 25 November 2012

Revolusi Hidangan Dapur - Sabtu dan Ahad

kasihredha, kniedaz, umiyumi, mama ct, nadia rashid, ummuaidan, Nor (salam perkenalan ya), hitomi lavender, jassnani, makcikkantin, nurbijen, mama2Q, nadiah sidek, nenetpenne, Sue-Rya Qistina, MaryaYusof dan teman-teman blogger di mana jua anda berada......

Assalamualaikum 

Harini siang tadi ada bengkel Cool Mum Super Dad tu kan. Tapi aku tak dapat pergi kerana kedua-dua hero cilik masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Maka jadi misi lah tugas aku seharian. 

Semenjak-2-menjak ni, aku macam tertarik pada raw juicing. Tambahan sejak joined beberapa group di FB yang menekankan tentang Healthy Food ni (Malaysian Group), buat aku lagi berkobar-kobar untuk mengubah corak pemakanan sekeluarga. Tapi kenalah buat secara perlahan-lahan kan, takder lah terkejut badan nanti.....hehehhe....lagipun, diri sendiri kena study juga, tak boleh lah main hentam keromo jer kan. 

Dengan itu, pada hari Sabtu, aku start dengan raw green juice. Sayur tambah buah. Hehehehe


Ini untuk sarapan.
Dragon fruit + banana + lettuce + celery + blueberries

Blend semua sekali dalam suku cawan air. SEDAP !!! dan MENGENYANGKAN. Tapi tak dinafikan ada rasa pelik sebab ada celery dan lettuce, terasa macam minum ulam...hehheheeh

Kalau ikutkan carta Food Combining, protein tak sesuai digabungkan bersama carbs. Sebab kedua-duanya adalah molekul berat. Biasanya badan akan digest carbs dahulu, dan selalunya protein akan tertinggal, so boleh menyebabkan masalah. So untuk lunch Sabtu, aku cuma buat Lime Chicken Grilled with Veges ...... no carbs. Ayam perap dalam Garlic Parsley powder + oil + lime juice + black pepper selama 3 jam. Nak lagi sedap perap semalaman. Terung dan carrot pon diperap sekali. 


Ini pula pre-dinner drinks.
Mandarin lime + lettuce + celery + cucumber.
Mandarin lime tu sekali dengan kulit.
Rasanya agak pahit, tapi sedap. Aku rasa yg ni sesuai untuk orang yang nak diet, sebab memang buat selera tertutup selepas minum......so kombinasi yg ni tak sesuai bagi aku lah, sebab aku tak mau diet....hehehhe

Bangun pagi ni, Mr Hubby sudah keluar awal-awal pagi sebab ada Beach Run di Bt Feringghi. Selepas minum raw juice macam semalam, baru aku buat sarapan, kira lewat lah sarapan aku harini. Tapi kira oklah sebab kenyang minum raw juice tuh. So pergi dapur belek buku resepi "Cook Easy Eat Healthy" dulu, cari menu apa yang sesuai dengan bahan-bahan yg ada di rumah.....
 
Mixed-Noodles with Toasted Sesame and Ginger

Untuk mee ni, aku guna spageti angel hair + spirulina noodles. Mee celur seketika dan sesame seed digoreng tanpa minyak. Untuk seasoning, gaulkan sekata 1 sudu besar kicap soya cair + 1 sudu besar minyak bijan + 2 sudu besar cuka epal.
Hiris halia halus-halus dan gaulkan kesemua seasoning dan sesame seed dalam mee. Bila makan, janganlah pulak asingkan halia tu ya...makan ajer, sedappp......

Till then, c ya ..... 

6 comments:

  1. Wa, bagusnya, memang healthy food..nampak yummy

    ReplyDelete
  2. Salam Dini,
    wah makanan yg menyihatkan dan berkhasiat. bila blend tu nampak cantik je kalernye kan :)

    ReplyDelete
  3. salam dini,

    presentation menarik! cantik color blended juice tu...aktiviti mcm ni ayah sy suka try n error..pastu sy jd tester..hehehe kebanyakkan nyer rasa erkkkk...tapi telan saja lah..:D

    mee tu keliling ada benda purple..kobis purple tu ke?

    ReplyDelete
  4. Rajonnya masak dini,.jus tu sedap..tapi buh celery..sedap ka?rasa daun bawang kut sikit2 kan?hehe,.dragon fruit tu sedap..mintak sikit.. :D

    ReplyDelete
  5. Wah! So cool dini, should really learn from u this healthy eating habits!

    ReplyDelete
  6. As salam Dini,

    Actually Marya pun tgh berusaha for healthy eating habit! Sebab umur pun makin byk kan...hehehee... harini singgah jenjln kat blog jap sblm nak masak ayam kukus! Cari2 the best resepi td! Ni kejap lagi kena bersilatlah kat dapur... tp singgah sini dulu tgk Dini share cerita ttg makanan yg sihat ni! Pssssttt... skrg ni byk sgt product kecantikan, pil & ntah apa2 lagi...gerun juga! Kita pun tak tahu apa sbnrnye ingredient die kan... lebih baik buat mcm Dini ni utk stay healhty & youthful! Macam Dini :)

    ReplyDelete