Aiseh terlupa pula nak cerita sedikit mengenai aktiviti penduduk tempatan di Pantai Robina ni.
Ada sekumpulan ahli keluarga yang sedang buat aktiviti di dalam laut, bahagian cetek. Pada mulanya aku ingatkan mereka sedang memancing atau menjala ikan.
Rupa-rupanya tidak. Mereka sedang menggali atau mengorek pasir/lumpur pantai/laut untuk mengeluarkan siput ni.
Pertama kali aku nampak siput ni secara 'live'.
Mr Hubby ada tanya mereka, jual ke siput ni? Mahal ker harga di pasar?
Depa jawab, sekarang musim siput tu. Bagi sesiapa yang tahu 'port' untuk cari siput ni, dan pada sesiapa yang rajin, memang boleh buat duit. Menurut depa lagi, harga di Kuala Perlis amat memuaskan bagi penjual.
Tapi aku pon rasa memang sesuai lah kalau siput ni dijual mahal pon. Bukan kerja yang senang nak cari, gali, basuh siput ni sehingga berbakul-bakul.
Memang menggunakan 200% tenaga empat kerat !
Yang buat aku kagum, budak-budak remaja terlibat sama!
Ramai kan mereka? Memang kerja ini memerlukan tenaga seramai mungkin untuk hasil yang maksimum.... |
Tengah hari --- mereka sudah dapat lebih daripada 5 bakul/besen besar yang penuh.......lumayan rezeki bagi mereka yang rajin.....
Till then, c ya....Assalamualaikum....
xtau la pulak apa namanya ni. huhuhu. adik beradik kepah, kupang, kerang la ni kan
ReplyDeletementarang... siput ni kalau buat kari, letak ubi keledek.. mmg sedap sangat.. :)
ReplyDeleteyup betul, ni orang panggil siput mentarang...
ReplyDeletetak penah jupo pulok jenih ni...biasa kelik kelate kut tok bali mace2 jenih siput, kepoh, remis ada jual..klu adik beradik siput sedap wat masak lemak ciliapi...kalu adik beradik kepah sy suka buat goreng berlada sos tiram..:D
ReplyDeleteTak pnah tgk siput ni.nanti bleh la p try cri kt pasar.ada kut ya?:)
ReplyDeletetakde rupa siput :D
ReplyDeletemakcik pun tak kenal siput ni.....Robina Park kat teluk air tawar kan?
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeletetak ingat juga nama siput ni. tp kalau dia duduk kat dlm selut tu rasanya senang nak tahu sbb dia akan percik air. kalau tak silap la. dah lama tak cari siput, dulu2 umi suka cari remis :)