Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 5 November 2012

Musim bah di Penang


Assalamualaikum teman-teman blogger: UmmuAidan, Hitomi LAvender, Nadia Rashid, MamaCT, Jassnani, Ummu Madihah, MariamBebakar, MaryaYusof, Nadiah Sidek, Sue-Rya Qistina, dan salam perkenalan buat kak KasihRedha (selalu dok napok kak kasihredha kat blog mamatiamia dan blog LG...hehehhe).

Weekend yg baru berlalu melakarkan seribu satu warna lagi dalam kehidupan aku sekeluarga. Alhamdulillah.

Penang, Sabtu lepas, petang dalam pukul 5pm macam tu, hujan lebat. Aku baru ja sampai rumah daripada pulau bersama anak-anak. Hubby macam biasa bekerja, pulang lewat. 

Sedang aku mengemas barang-barang dapur, tiba-tiba bunyi angin kuat. Sungguh kuat, sebab ada bunyi yang seram tu. So aku pun ajak Ajwad tengok keadaan di luar di sebalik sliding door. 

Ribut !!!! 

Aku dan Ajwad sama-sama bertakbir. Aku ajar Ajwad, minta dia cakap, "Allahu Akbar!". 

Alarm rumah-rumah jiran yang tiada penghuni berbunyi. 

Takut wehh masa tu, dengan anak-anak jer kan. Amzar macam biasa, bergembira dengan mainan dia..heheheh...

Tak lama lepas ribut berlalu (ribut sekejap sahaja dalam 1 minit macam tu). 

Jengah ke laman depan, wah tu dia.....akibat hujan terlalu lebat, air naik.....lagilah aku kecut perut.....

Bukanlah kawasan ni kawasan banjir, cuma sebab laman aku ni yg asal, tidak di'renovate', so kedudukannya agak rendah berbanding rumah jiran yang dah diubahsuai.......

Aku called Mr Hubby, panik la kan!!! Dia cakap air takkan naik sampai masuk rumah, bertakung sebab laman kita rendah. Ok fine!!!

Aku ambil payung, buka pagar, pergi jenguk keadaan longkang di luar. Air melimpah.

Aku naik pula ke atas. Wah lagi satu kejutan.....di master bedroom, kebocoran berlaku....air menitik-nitik seumpama hujan di dalam rumah.....habis katil basah....ok jom jadi supermum dengan mengalihkan katil yg besar itu.....

Pukul 6.30pm camtu, hujan reda. Semua jiran keluar rumah, bising-bising sesama depa. Aku tak faham lah pulak apa yg depa bisingkan (most of them are Chinese), tapi aku boleh agak rumah masing-masing pon ada kerosakan akibat ribut. 

Pagi Ahad, aktiviti di kejiranan ini bermula awal. Masing-masing sibuk menguruskan untuk membaiki atap dan siling.

Rupa-rupanya satu taman mengalami kerosakan atap akibat ribut. Ada yang atap tercabut terus dan menyebabkan siling runtuh. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Dan alhamdulillah rumah aku cuma atapnya teralih daripada kedudukan asal, sebab itu kebocoran berlaku di bilik (air terlalu banyak hinggakan saluran paip tidak sempat mengalirkan air ke tempat sepatutnya).....

Dan semalam, atap tu pon dah diganti .... alhamdulillah .....


Paras lebih sikit daripada buku lali ....
posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. Salam dini...takut dih ribut kuat2..nasik baik rumah, family & umah toklah serius conditionnyer...keno renovate ghumoh tu lepah nie dok. :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam dini..wah.rumah sudah bnjir..alhmdulillah dini dan fmily x apa2..kt melaka pun duk ujan ja ni..risau ja kut kut bnjir..

    ReplyDelete
  3. wasalam dini...seriously cuaca di malaysia ni unpredictable...dulu2 musim sekarang ni yg hebat bab banjir kelate dgn ganu lah..tapi sekarang all over malaysia...sy pun takut klu ribut..mmg bunyi seram..sy agak sekarang byk bukit2 ditarah...jd landai...bila landai ni la..angin tu direct duk berputar..hutan tak absorb angin...
    bulan lepas..ada kejadian hujan ais di daerah kemaman ni...mcm2 kan

    ReplyDelete
  4. as salam dini...
    air naik tu.. kat Johor dah banjir.. selangor pun.. tapi alhamdullillah.. puchong ok...
    kalau tinggal ngan anak2 je time2 ribut tu mmg takot kan..
    penah gak saya camtu.. berdoa semoga suami cepat2 balik..
    hujan biasa ok lagi.. kalau sekali ngan kilat petir sambung menyambung.. mmg ngeri..

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Abe ajwad tak minta nak main 'air kolam' ke?
    Mummy pernah lalui pengalaman banjir di kampung (Tu pun tersekat kat rumah kakak yang sememangnya kawasan banjir)..
    Pengalaman pahit yang indah..

    ReplyDelete
  6. Fuh, mmg seribu satu warna utk dikenang... nasib baik takde kemalangan yang serius!

    ReplyDelete
  7. Salam. Boleh bayangkan mcm mana kelam kabut Dini ketika tu. Alhamdulillah tiada kerosakan serius! Di KL pun hujan tiap hari serta dgn ribut sekali. Nasib baik rumah Mak Aji di kawasan bukit yg x tinggi, kalau x takut tanah runtuh pulak.

    ReplyDelete