Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 19 November 2012

Pantai Robina: Rezeki Mereka


Aiseh terlupa pula nak cerita sedikit mengenai aktiviti penduduk tempatan di Pantai Robina ni. 

Ada sekumpulan ahli keluarga yang sedang buat aktiviti di dalam laut, bahagian cetek. Pada mulanya aku ingatkan mereka sedang memancing atau menjala ikan. 

Rupa-rupanya tidak. Mereka sedang menggali atau mengorek pasir/lumpur pantai/laut untuk mengeluarkan siput ni. 

Pertama kali aku nampak siput ni secara 'live'. 

Mr Hubby ada tanya mereka, jual ke siput ni? Mahal ker harga di pasar?

Depa jawab, sekarang musim siput tu. Bagi sesiapa yang tahu 'port' untuk cari siput ni, dan pada sesiapa yang rajin, memang boleh buat duit. Menurut depa lagi, harga di Kuala Perlis amat memuaskan bagi penjual. 

Tapi aku pon rasa memang sesuai lah kalau siput ni dijual mahal pon. Bukan kerja yang senang nak cari, gali, basuh siput ni sehingga berbakul-bakul. 

Memang menggunakan 200% tenaga empat kerat !

Yang buat aku kagum, budak-budak remaja terlibat sama!


Ramai kan mereka? Memang kerja ini memerlukan tenaga seramai mungkin untuk hasil yang maksimum....

Inilah rupa siput tu.....macam adik-beradik kepah jer rupanya, tapi memang siput.....aku ada tanya apa orang panggil siput ni? Depa ada habaq, masalahnya aku dah lupa....hehehhehe...ada sesiapa yg tau dan pernah makan? Aku tak pernah makan.....depa cakap goreng pon sedap.....aku tak berani lak nak beli, sebab tak reti cara nak proses dia.......

Tengah hari --- mereka sudah dapat lebih daripada 5 bakul/besen besar yang penuh.......lumayan rezeki bagi mereka yang rajin.....

Till then, c ya....Assalamualaikum....

8 comments:

  1. xtau la pulak apa namanya ni. huhuhu. adik beradik kepah, kupang, kerang la ni kan

    ReplyDelete
  2. mentarang... siput ni kalau buat kari, letak ubi keledek.. mmg sedap sangat.. :)

    ReplyDelete
  3. yup betul, ni orang panggil siput mentarang...

    ReplyDelete
  4. tak penah jupo pulok jenih ni...biasa kelik kelate kut tok bali mace2 jenih siput, kepoh, remis ada jual..klu adik beradik siput sedap wat masak lemak ciliapi...kalu adik beradik kepah sy suka buat goreng berlada sos tiram..:D

    ReplyDelete
  5. Tak pnah tgk siput ni.nanti bleh la p try cri kt pasar.ada kut ya?:)

    ReplyDelete
  6. makcik pun tak kenal siput ni.....Robina Park kat teluk air tawar kan?

    ReplyDelete
  7. Salam Dini,
    tak ingat juga nama siput ni. tp kalau dia duduk kat dlm selut tu rasanya senang nak tahu sbb dia akan percik air. kalau tak silap la. dah lama tak cari siput, dulu2 umi suka cari remis :)

    ReplyDelete