Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday 16 November 2012

My Kitchen Experiment: Moroccan Preserved Lemon



MaryaYusof = berangan tak salah kan?! ehehee..ala selalu tu hero berdua ni suka ja sepah-sepah barang...inii pasai dah kena bebel dgn mummy lah baru nampak kemas sikit....hihihihi
Nadiah Sidek = si adik sibuk mewarna lantai !!!
MOH Kembara = memang suka sibuk si adik tu Yong ! 
lady lavender = hihihi, tak sangka kan ada persamaan pula kisah kita....
nadia rashid = pekasam memang layan kan! memang ramai orang cakap both heroes cilik fotostat muka hubby .....
Azian Elias, Kniedaz, Mummy Akmar, ~najwa~, umiyumi, jassnani, ummu madihah, ummuaidan


Salam Hari Jumaat semua....tak terlewat kot nak ucapkan Salam Awal Muharram......

Eh ! Harini birthday Abe Ajwad lah...4 tahun genap usianya hari ini. Happy Birthday ensem!!! 

Tunggu lah sampai abe Ajwad pandai minta nak buat birthday celebration, baru mummy pertimbangkan untuk buat .....hhehehehe....as for now, mummy and daddy have loads of love for you and Amzar okeh darling!

Semalam, kami bertiga seperti biasa di rumah sahaja. Daddy nya kerja ya. 

Aktiviti di rumah: sticker reading with Ajwad, book colouring activity (Ajwad) while floor colouring activity with Amzar (nasib baik lepas tu Abe Ajwad mintak kain buruk dan tolong lapkan lantai tuh .....syabas beta!)

Dah bosan buat semua tuh, tengok TV lah pulak ....

Dan apabila anakanda berdua ralit tengok TV, aku pun ambil ksempatan lah nak bereksperimen di dapur sekejap. 

Lama dah dok belek-belek resepi nak buat preserved lemon, tapi asyik tertangguh ja. 

Bukan apa, kadang-kadang bila panggang ayam atau ikan atau bila buat nasi ala-ala arab tuh, lagi ummph kalau letak preserved lemon ni .....

Tiba-tiba teringat pada babysitter Ajwad dulu (orang Palestin), masakan Arab dia suka letak lemon ni, yummy sungguh !


Disebabkan saiz balang kecil, maka aku hanya gunakan 4 biji lemon sahaja. Cukuplah untuk famili yang kecil ni kan...insyaAllah kalau menjadi, kita pi beli balang yg besar/tinggi pulak ya untuk eksperimen yang seterusnya....(yeay ada chance utk shopping barang dapur...hahahah)

Mula-mula aku cari lemon di Tesco, boleh kehabisan stok...huhuhu...dengan itu, semalam aku pergi ke pasar pagi dekat dengan rumah......bila di pasar, mahal sikit lah harga nya kan....

Ada yang berkenan dengan pisau tu ke? Tak kisahlah pisau utk tomato pon, boleh ajer guna untuk hiris lemon kan....pada aku, semua akan jadi multifunction .....Pisau ni ada di Tesco, satu RM4.90. Kalau pilih 3 benda = RM10 (boleh campur senduk/pisau/pemukul telur/etc = brand sama sahaja).

Setiap lemon dibelah empat, tapi jangan sampai terpotong terus. Maksudnya lemon masih bersambung di bahagian tapaknya.

Setiap bahagian isi lemon dilumurkan dengan garam. Dalam resepi asal kena letak garam jenis unrefined sea salt. Aku? Guna ja yang ada di rumah .....heheheh

Lepas dah lumur garam, bolehlah masukkan lemon tu dalam balang kaca. Sebelum guna, balang ni kena sterilized dulu (ayat dalam Youtube)...ala cuci bersih lah tu.....rendam dalam hot soapy water. Garam juga diletakkan sedikit pada dasar balang sebelum dimasukkan lemon & juga pada bahagian paling atas (rujuk gambar).Sebaik-baiknya tekan dengan kekuatan tangan masing-masing masa letakkan lemon tu supaya jusnya keluar.

Tiada air tambahan diperlukan tau. Nanti jus lemon akan keluar hari demi hari dan memenuhi balang ni. Simpan di tempat gelap pada suhu bilik. Selepas 3 hari, bolehlah pindahkan lemon ke dalam peti sejuk. Biasanya boleh guna selepas sebulan. 

Okeh, jom google resepi yang guna preserved lemon pulak.....till then, c ya....

Assalamualaikum ....

11 comments:

  1. Salam dini...napok sene jah.nati demo share lah deh ..wak gapo nge presere lemon noe.

    ReplyDelete
  2. eh..lupo lak..hepi besday abe ajwad...jge bbaloh nge adik deh..rajin2 tlg mummy..be good boy

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum dini...
    SELAMAT HARI LAHIR Buat Ajwad.. Moga besar sihat dan jadi anak yg soleh.. aminn... :)

    >>> sedap plak tengok lemon tu kena lumur garam.. kalau akak leh jilat2 gak sambil wat ni..

    ReplyDelete
  4. biasanya preserved lemon ni kita buat ape? untuk masak ke?

    ReplyDelete
  5. slmt hari jadi ajwad.. (^_^)..lemon preserved ni slalu buat air sedap jgk kan?kdg2 selalu mkn cmtu ja..masam.huhu.. :)

    ReplyDelete
  6. slmt hari lahir ajwad :)
    moga menjadi anak yg soleh berjaya n bahagia di dunia & akhirat :)
    kak dinie, gmbr makin cun! teruskan usaha...teruskan bereksperimen dgn pelbagai sudut posisi gmbr...nanti, kalau ada masa, vi ajar kak dinie edit gmbr utk adjust brightness, clarity...vi suka tengok view gmbr lemon dari atas tu picture no.6 and number 7...nice shot!sb ada shallow DOF...great experiment kak dinie :)

    ReplyDelete
  7. Salam Dini,

    Happy birthday Ajwad! Moga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia mahupun di akhirat!

    Kalau buat lemon sauce utk seared salmon ke, bolehlah pakai jus lemon ni ya!

    ReplyDelete
  8. kalo preseverd lemon ni rasa dia lebih umphh drpd lemon segar eh?

    ReplyDelete
  9. Salam Dini,
    wah besday Ajwad ke. Hepi besday utk hero hensem tu hehe.. amboi rajinnya buat projek lemon tu. kalau duduk dekat2 bole la bg lemon free kat pokok ;)

    ReplyDelete
  10. Salam Dini
    sebelum ni silence reader jer. But N3 kali ni make me sgt teruja. May try soon.TQVM

    ReplyDelete
  11. Happy belated Birthday unk encem...semoga mjadi anak yg solleh.
    Wahhhh boleh thn lama lah kan...lemon tu.

    ReplyDelete