Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 12 November 2012

Hunger for Real Food: Easy Recipe of Creamy Potato Soup



Semangkuk sup berkrim yang masih panas di kala hujan di petang hari ---- hmmmmm cukup mendamaikan  kan? 


Siang tadi, seperti biasa, aku hantar Amzar ke rumah maktok. Yup, aku memang bercuti, tetapi 'kerja-kerja' ofis harus juga diselesaikan memandangkan cuti semester kali ini amat singkat. 

Mula-mula, aku bergegas ke Pejabat Pendaftaran Negara --- untuk tukar alamat IC. 

Pindah Penang tahun 2007, 2012 baru aku nak buat IC baru.....hehehhe...lama betul IC aku dok alamat KL jaa....

Selepas selesai urusan di JPN, Mr Hubby called. Katanya aku perlu buat report polis berkenaan kerosakan rumah akibat ribut tempoh hari....errkkk, terkejut aku....report polis???

So tadi, hari ini, bersamaan 121112, aku telah menjejakkan kaki ke balai polis untuk pertama kalinya.....mula-mula nak masuk tu agak gelabah jugak lah....sebab aku rasa macam tak logik pon ada boleh buat report kerosakan rumah di balai polis....tak pernah tahu sebelum ni .....

Dah selesai hal report, aku balik ke rumah, sambung buat 'kerja ofis' ---- siapkan lecture notes untuk semester depan.....

Pabila bosan, mulalah tangan ni menaip cari resepi yang mudah dan ringkas kan. Terjumpa lah dengan resepi yang amat lah senang ni ---- Creamy Potato Soup....kebetulan bahan-bahan mentah pon ada kan....


Memandangkan Amzar yg sudah dua hari tiada selera makan akibat demam, maka aku mengharapkan sup kentang dapat membuka selera dia.

Sebanyak 5 biji kentang aku guna dalam pembikinan sup berkrim ini. Resepi asal adalah gabungan kentang dan celery.

Kentang dipotong bentuk kiub. Prinsip sainsnya untuk memudahkan kentang lembut disebabkan jumlah luas permukaan yang banyak. Dalam kuali/pan, sauteed bawang besar dan bawang putih bersama unsalted butter.....sangat wangi. Tambah sedikit air sahaja, tetapi tidak sampai kentang tenggelam. Apabila kentang sudah agak lembut, masukkan susu segar. Kacau seketika.

Kemudian bolehlah pindahkan sup ini ke dalam blender atau gunakan saja hand-blender (well, aku dah lama cari hand-blender, tapi tak jumpa-jumpa...huhuhu). Selepas blend, pindahkan semula ke dalam periuk dan didihkan sekali lagi (tambah susu jika perlu).

Tiada gula/garam tambahan diperlukan (bagi taste buds aku dan famili).



Taraaaa....Alhamdulillah, Percubaan pertama buat sup krim menjadi......Selalunya yang aku guna untuk diambil gambar akan menjadi santapan Mr Hubby ......

Hero cilik mummy sudah sihat hari ini.....selera sudah kembali !!! Yummy eh sayang?

Bagi tukang masak, biasanya automatik menjadi kenyang melihat hasil masakannya, apatah lagi apabila disantap oleh orang sekeliling ....cewahhhh....hhheheehh...seriously, this is my fav lauk : ikan pekasam !
Terus tiba-tiba rasa tak cukup sepinggan nasi......


Till then, c ya....Assalamulaikum

7 comments:

  1. petang2 ni mcm menggoda pula sup kentang tu...

    ReplyDelete
  2. Salam Dini,
    wahh sedapnya sup kentang tu nampak hero kecik tu pun kemain lagi sampai menjilat bibir hehe..
    oh ya, kalau buat sup mcm ni sgt handy kalau ada stick mixer mcm chef at home tu kan. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,

    Sedapnya sup kentang, sampai menjilat bibir Amzar! Nak cari hand blender ya, ada byk model, Mak Aji ada buat tinjauan di sini:
    http://ummumadihah898.blogspot.com/2012/10/tinjau-jualan-di-harvey-norman.html - hg cukup berpatutan!

    ReplyDelete
  4. Kami pun suka sup kentang...resepi ni lagi senang drpd resepi yg selalu akak guna..boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. dini...sup ketang tuh napok meme sedap..nanti nok try jugoklah..

    ReplyDelete
  6. gambar makin cantik! satu kemajuan! :)

    ReplyDelete
  7. mcm mana boleh terlepas pandang bab sup yummy nie...nak try nanti..:D

    ermm...last gambar tu lagi geram...PEKASAM!!!!

    ReplyDelete