Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 29 November 2012

Its all about WNH


Khamis dah hari ini. Semalam, pergi follow-up hero berdua tuh...alhamdulillah sudah kembali ok, cuma light cough ada lagi....

Harini ini nak buat entry khas untuk menjawab persoalan teman-teman blogger.....

Dalam entry lepas, kak JaSSNaNi ada tanya resepi untuk mixed-potato gratin kan. Sebenarnya kak Nani, saya godek-godek jer google, pastu pilih resepi yang paling senang dan berdasarkan bahan apa yang ada kat rumah....hehehhe..saya tak berapa gemar resepi yang complicated (nama lain: pemalas....kahakahkaha).

Resepi asal guna kentang sahaja. Tapi saya suka keledek, so saya masukkan dua-dua. Lagipun, keledek khasiat nya macam lagi best jer daripada kentang, sebab keledek bersifat anti-wrinkles...wahhhh teruja tak? Penting tu anti-wrinkles, esp bagi kita perempuan ni kann...ahaks!

Kak Nani, ini resepi mixed-potato gratin versi saya ya:

1. Potong nipis ubi kentang/keledek. Lumur dengan garam dan black pepper.
2. Hiris nipis capsicum @ any veges (resepi asal guna bawang besar jer). 
3. Susun ubi kentang/keledek dalam acuan.
4. Dalam periuk lain, didihkan fresh milk.
5. Masukkan tepung atta dalam susu (1.5 sudu besar). Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
6. Masukkan grated cheese, kacau sehingga cair.
7. Tuang kuah ni atas kentang/keledek tadi (saya buat selapis demi selapis).
8. Bakar dalam oven, 200 Celcius - 1.5 jam

Selamat mencuba kak Nani !

Ibu Qistina ada bertanyakan tentang makan nasi....hehehhe...senyum saya....

Untuk pengetahuan ibu Qis dan teman-teman lain, saya tak boleh skip meal, tambah-tambah lagi bila BF ni, lapar sokmo....hihihihi. Means saya taklah diet. Dalam menu keluarga, nasi tu penting.....

Kalau setakat sehari dua tak makan nasi tu saya ok lagi, masuk hari ketiga mula lah rindu gitu...

Cuma dalam seminggu tu saya pastikan ada varieti untuk carbs....macam mee ker, pasta ker...camtulah, macam orang lain juga. Kalau dah makan mee or pasta, tak adalah menu nasi lagi pada waktu makan itu......(sungguh lah saya tak rajin nak masak banyak-banyak ni).

Tentang raw juicing pula, mungkin sebab dari dulu saya minat pada healthy food and organic food kot. 

Tapi tak adalah sampai saya langsung tak makan fast food......makan juga, maklumlah tak tahan godaan....hehehhe...masih lagi berusaha dan berperang dengan nafsu untuk mengurangkan fast food ni....

Cuma bila masak di rumah, pilihan masakan adalah grilled, panggang, rebus, celur, kukus, goreng, sup. Yang guna santan memang jarang saya buat. Mungkin sebab saya sendiri tak minat dan begitu juga hero tertua di rumah ini. 

Dan raw juice ni saya ambil in between meals. Itu yang sebaik-baik nya lah, jangan disekalikan dengan hidangan utama. Sebab kita nak semaksimum mungkin khasiat raw juice tu diserap oleh badan. 

Pada mok Aji Ummu Madihah, saya pun dulu macam tu juga, sekejap buat raw juice pastu tak buat.....tapi kali ni tekad lah nak istiqamah...jom mok Aji join sayo !!!!

Doc ~najwa~, cewahhhh siap ada lagi hadiah kahwin yang tak digunakan ...hahhahaha.....molek lah tu doc, ada blender untuk buat fruit juice, saya cuma guna blender kecil yg buat puri Amzar dulu...kihkihkih....doc lagi senang, sebab boleh beli fresh fruit and fresh veges hari-hari kat pasar depan tu kan....jeles ai....hikhikhik....

Begitu juga ummuaidan, bekalan fresh veges sentiasa ada di depan mata .....owh sungguh best....boleh selalu blend carrot, tomato, bayam, ...nanti akan datang boleh blend betik paw-paw kan ummuaidan....memang untung berbudi pada tanah, terjamin ORGANIK !!!!

Kalau dekat, dah tentu kawe hok sokmo gi ghumoh demo mitok sayur....hahahhaha

nadia rashid, saya pun pertama kali beli pisang kaki, sebelum ni takut-takut ja nak beli....sedap kan? 

Pagi semalam, sempat intai ke kebun mini tu sekejap. Wah sangat suka hati ini pabila yang ditunggu sudah memunculkan diri.......


Anak tomato pertama ku...benih dari Fiji, timo kasih ummuaidan deh....
Disemai pada 16112012
Pada batas yang lain, disemai juga carrot, tapi belum lagi munculkan diri....huhuhu...

My little heroes...
So far both of them love raw juice .......senang kerja mummy bagi kalian makan sayur yer....heheh


Till then, c ya .... Assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

Natural Room Scent




posted from Bloggeroid

Wednesday, 28 November 2012

WW: WNH's style



Green raw juice:
Red spinach + mandarin lime + cucumber + green apple + calamansi whole
Today's pre-breakfast

Yesterday's breakfast & bento Amzar: Mini banana pancake
(atta flour + an egg + 3 pcs banana + water)

Dinner on last Sunday: Mixed-potato Gratin
(Sweet potato + potato + capsicum + fresh milk + atta flour + grated cheese)

Stock for raw juicing
Kg Pantai Senok, Kelantan
posted from Bloggeroid

Tuesday, 27 November 2012

Hunger for Real Food: EBM, Raw Juice & Shopping Guide


Lama tidak berkisah tentang breastfeeding di blog ini. Alhamdulillah sampai takat ini Amzar masih lagi fully breastfeed. Walaupun hasilnya tidak lagi semeriah dulu, tetapi masih lagi mencukupi. 

Cuma coretan hari ini aku ingin berkongsi tentang kesan raw material. 

Sebenarnya sudah agak lama hasil EBM tidak memberansangkan di waktu dinihari. Memang rasa frust pon ada, tapi tak boleh dilayan sangat kan, sebab tekanan juga mempengaruhi EBM. So aku pun biar ajer lah, go with the flow, tapi hati sentiasa berdoa minta Allah cukupkan.

Tetapi dalam masa 2-3 hari aku mula amalkan raw juice ni (buah + sayur), aku mula nampak ada sedikit perubahan. 

Dan pagi ini, jam 4am, dengan teknik marmet selama 15 minit, hasil EBM yang aku dapat melebihi pada waktu-waktu lain (yang guna pam). 

Syukur Alhamdulillah. 

Bagi rakan-rakan blogger yang masih lagi BF atau yang akan BF, lets go back to basic and eat real material in real form. Nature provides the best effect.

Real food rocks !!!


27112012, 4am, marmet technique 15 mins



Panduan membeli sayur dan buah untuk kita semua.
Lets move towards healthy lifestyle ....


Till then, c ya ....Assalamualaikum



MaryaYusof: wah sedap tu Marya, ayam kukus....dini dah lama tak buat.....betul tu Marya, kena berhati-hati kalau nak beli sebarang supplement sekarang...takut kena yang tiruan...huhuhuhu....
Miss Anna: I am still learning too.....jom belajar sama-sama...ada geng syokkk.....
hitomi lavender: celery rasa macam daun sup ja hitomi...takder rasa bawang pon....try lah....sedappp....heeheh
nadia rashid: oo ayah nadia suka ek bereksperimen? bagus lah...hehehhe...aa'aah tu kobis ungu....buat ulam makan dengan mee tu.
umiyumi: umi, lemon pon boleh blend jugak tau....tapi janganlah sebiji, 1/8 ka, blend sekali dgn kulit...bagus untuk badan....umi kan banyak stock lemon di pokok...heheh
Fadilah Aziz: Thank you singgah sini.....

Sunday, 25 November 2012

Revolusi Hidangan Dapur - Sabtu dan Ahad

kasihredha, kniedaz, umiyumi, mama ct, nadia rashid, ummuaidan, Nor (salam perkenalan ya), hitomi lavender, jassnani, makcikkantin, nurbijen, mama2Q, nadiah sidek, nenetpenne, Sue-Rya Qistina, MaryaYusof dan teman-teman blogger di mana jua anda berada......

Assalamualaikum 

Harini siang tadi ada bengkel Cool Mum Super Dad tu kan. Tapi aku tak dapat pergi kerana kedua-dua hero cilik masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Maka jadi misi lah tugas aku seharian. 

Semenjak-2-menjak ni, aku macam tertarik pada raw juicing. Tambahan sejak joined beberapa group di FB yang menekankan tentang Healthy Food ni (Malaysian Group), buat aku lagi berkobar-kobar untuk mengubah corak pemakanan sekeluarga. Tapi kenalah buat secara perlahan-lahan kan, takder lah terkejut badan nanti.....hehehhe....lagipun, diri sendiri kena study juga, tak boleh lah main hentam keromo jer kan. 

Dengan itu, pada hari Sabtu, aku start dengan raw green juice. Sayur tambah buah. Hehehehe


Ini untuk sarapan.
Dragon fruit + banana + lettuce + celery + blueberries

Blend semua sekali dalam suku cawan air. SEDAP !!! dan MENGENYANGKAN. Tapi tak dinafikan ada rasa pelik sebab ada celery dan lettuce, terasa macam minum ulam...hehheheeh

Kalau ikutkan carta Food Combining, protein tak sesuai digabungkan bersama carbs. Sebab kedua-duanya adalah molekul berat. Biasanya badan akan digest carbs dahulu, dan selalunya protein akan tertinggal, so boleh menyebabkan masalah. So untuk lunch Sabtu, aku cuma buat Lime Chicken Grilled with Veges ...... no carbs. Ayam perap dalam Garlic Parsley powder + oil + lime juice + black pepper selama 3 jam. Nak lagi sedap perap semalaman. Terung dan carrot pon diperap sekali. 


Ini pula pre-dinner drinks.
Mandarin lime + lettuce + celery + cucumber.
Mandarin lime tu sekali dengan kulit.
Rasanya agak pahit, tapi sedap. Aku rasa yg ni sesuai untuk orang yang nak diet, sebab memang buat selera tertutup selepas minum......so kombinasi yg ni tak sesuai bagi aku lah, sebab aku tak mau diet....hehehhe

Bangun pagi ni, Mr Hubby sudah keluar awal-awal pagi sebab ada Beach Run di Bt Feringghi. Selepas minum raw juice macam semalam, baru aku buat sarapan, kira lewat lah sarapan aku harini. Tapi kira oklah sebab kenyang minum raw juice tuh. So pergi dapur belek buku resepi "Cook Easy Eat Healthy" dulu, cari menu apa yang sesuai dengan bahan-bahan yg ada di rumah.....
 
Mixed-Noodles with Toasted Sesame and Ginger

Untuk mee ni, aku guna spageti angel hair + spirulina noodles. Mee celur seketika dan sesame seed digoreng tanpa minyak. Untuk seasoning, gaulkan sekata 1 sudu besar kicap soya cair + 1 sudu besar minyak bijan + 2 sudu besar cuka epal.
Hiris halia halus-halus dan gaulkan kesemua seasoning dan sesame seed dalam mee. Bila makan, janganlah pulak asingkan halia tu ya...makan ajer, sedappp......

Till then, c ya ..... 

Saturday, 24 November 2012

Sesi ke Klinik


Hidup kelam-kabut sedikit bermula seminggu lepas (tak dan nak BW seperti biasa dan balas komen).

Si adik demam dahulu, diikuti batuk berkahak dan running nose.

Beberapa hari kemudian, diikuti pula oleh si abang. 

Si adik demam tidak juga kebah. Si abang makin tinggi suhunya.

Walau di dinihari, aku dan Mr Hubby telah pon memasukkan PCM suppositories.

(PCM = Paracetamol suppositories boleh dibeli di farmasi sekiranya mahu stand-by ubat demam di rumah; berguna untuk kes-kes yang suhu tinggi di tengah-tengah malam, yang mana klinik 24 jam jauh atau tiada. Umur anak hendaklah dinyatakan ketika membeli PCM suppositories sebab berbeza dosage nya)


Atas cadangan colleague, aku dan Mr Hubby bawa lah heroes ni ke Klinik Pakar Kanak-kanak SIM di Greenlane. 

Serta-merta aku mengambil cuti kecemasan annual leave...hehehe...walaupun hati berserabut mengenangkan bertimbun kerja di ofis .....nak buat macam mana, kalau anak tak sihat, jiwa lagi berserabut kan?


Environment klinik ini sangat mesra pelanggannya iaitu kanak-kanak. Ada notis ditampal disitu, sekiranya parents lapar atau dahaga, boleh makan biskut dan buat coffee di pantry klinik....bagus kan?

Merupakan sebuah rumah corner lot 2 tingkat yang diubahsuai.....tingkat atas tempat untuk bermain racing car...Ajwad sempat lah main kereta kat atas tuh....

Salah satu sudut menunggu.....nak masuk klinik ni, kena bukak kasut....

Taman mini dan kolam ikan di bahagian luar klinik...terdapat 4-5 pasu pegaga.....

Sesi bermain bapak dan anak ......banyak juga permainan yg disediakan di sini....

Amzar sangat suka main ini....


Rabu depan, sudah ada appointment untuk follow-up....cuti lagi .....

Masa itu juga barulah paed akan nasihatkan supplement apa yg sesuai memandangkan heroes aku ni underweight......hehehhee

Itu , kes underweight, aku tak kisah pon sebenarnya --- asalkan mereka tiada masalah untuk makan...

Heroes ni macam aku dan Mr Hubby lah ---- makan normal ja kami, tapi berat tak naik....eheee...

Aku pun underweight......Mr hubby normal........

Yang penting, sihatlah kamu anoks!







posted from Bloggeroid

Wednesday, 21 November 2012

PARENTS: Jom Tambah Ilmu PARENTING


Kalau ternampak tuan punya blog ini di sana, sudi-sudikanlah tegur ya.....Maklumlah, kadang-kadang tuan punya blog ini 'rabun' a.k.a penyegan ....hikhikhikhk....

In Shaa Allah .... I'll be there !


Eggless Banana Oat Pudding



Pagi-pagi kalau nak cepat, mummy buat ni untuk Amzar, sebagai sarapan pagi di rumah maktok nanti.

Nasi tu memang wajiblah untuk tengah hari kan.

Kalau ada stok telur di rumah, mummy masukkan lah telur sekali dalam adunan. Kalau tak ada, jadi lah eggless macam harini....yang penting Amzar suka....ehe...

Menu ni sebenarnya sesuai untuk baby bawah umur setahun (yg belum boleh makan telur) @ yg alergi telur tetapi dah boleh makan oat (sila patuhi 4-days rule).

Oat tu macam biasalah rendam dulu dalam medium berasid (eg cuka) semalaman. Bangun pagi bilas dan dah boleh guna untuk masak.

Pisang mummy masukkan untuk bagi rasa manis gitu...so tak perlu letak gula dah....


Sihat & Sedap bagi Amzar lah....dia suka jer setakat ni...

Till then, c ya... Assalamualaikum....

posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 November 2012

Ayat-ayat romantik

"Mummy, tengok Amja nih...kacau Ajwad"

"Amja!!!!"

"Mummy, Amja tutup tv."

"Mummy, Amja pukul Ajwad."

"Mummy, Amja tak bagi Ajwad main mainan."

Dialog di atas mewakili kisah benar yang berlaku hampir setiap hari.
Halwa telinga bagi diri aku.

Good nite everyone - from Penang.



posted from Bloggeroid

Monday, 19 November 2012

Pantai Robina: Rezeki Mereka


Aiseh terlupa pula nak cerita sedikit mengenai aktiviti penduduk tempatan di Pantai Robina ni. 

Ada sekumpulan ahli keluarga yang sedang buat aktiviti di dalam laut, bahagian cetek. Pada mulanya aku ingatkan mereka sedang memancing atau menjala ikan. 

Rupa-rupanya tidak. Mereka sedang menggali atau mengorek pasir/lumpur pantai/laut untuk mengeluarkan siput ni. 

Pertama kali aku nampak siput ni secara 'live'. 

Mr Hubby ada tanya mereka, jual ke siput ni? Mahal ker harga di pasar?

Depa jawab, sekarang musim siput tu. Bagi sesiapa yang tahu 'port' untuk cari siput ni, dan pada sesiapa yang rajin, memang boleh buat duit. Menurut depa lagi, harga di Kuala Perlis amat memuaskan bagi penjual. 

Tapi aku pon rasa memang sesuai lah kalau siput ni dijual mahal pon. Bukan kerja yang senang nak cari, gali, basuh siput ni sehingga berbakul-bakul. 

Memang menggunakan 200% tenaga empat kerat !

Yang buat aku kagum, budak-budak remaja terlibat sama!


Ramai kan mereka? Memang kerja ini memerlukan tenaga seramai mungkin untuk hasil yang maksimum....

Inilah rupa siput tu.....macam adik-beradik kepah jer rupanya, tapi memang siput.....aku ada tanya apa orang panggil siput ni? Depa ada habaq, masalahnya aku dah lupa....hehehhehe...ada sesiapa yg tau dan pernah makan? Aku tak pernah makan.....depa cakap goreng pon sedap.....aku tak berani lak nak beli, sebab tak reti cara nak proses dia.......

Tengah hari --- mereka sudah dapat lebih daripada 5 bakul/besen besar yang penuh.......lumayan rezeki bagi mereka yang rajin.....

Till then, c ya....Assalamualaikum....

Nature's Blended Learning II: Pantai Robina



Lokasi: Pantai Robina, Bagan Ajam
Tarikh: 18 Nov 2012
Peristiwa: Hari Keluarga PERSALAM 
(Persatuan Saudara Se-Islam Malaysia, Penang)


Amzar suka naik buai .....tersengih-sengih kalau orang ayunkan dia...inilah tempat pertama yang dituju sesampai sahaja di sini.

Kawasan perhimpunan untuk perasmian Hari Keluarga. Kemudahan di sini amat best: ada restoran nelayan, ada surau, tandas yang elok, bilik/dewan urusetia, playground dan carpark yang luas.

Persekitaran yang bersih dan terjaga .....
(
eh kenapa tetiba aku terasa seperti duta Pantai Robina pulak ni? hiks.....)

Dari sini jelas kelihatan di seberang sana, kawasan Batu Feringghi

Dari sini pula kelihatan bangunan Komtar yang berdiri megah....

Macam ada perkara yang menarik hati hero berdua ni jer kan....

Apabila mummy bagi kebenaran untuk panjat tembok, maka bersorak riang si Abe Ajwad. Lalu bermula lah  eksplorasi dia bersama batu-batu besar di sini....

Gigih .....

Seronok bebas begini .....kami nama ja mai family day, tapi tak join games yang disediakan....rasanya lagi best biar anak-anak explore dunia ......kerja mummy: capture the moments!

Ini dah sampai ke gigi air...hujung dah ni, agak jauh daripada tembok. Sebenarnya tangan Ajwad sedang menunjukkan shells yang dia kutip.....


Mungkin sebab air sedang surut, banyak sungguh ikan belacak (orang sini panggil tu). Terkedek-kedek ikan ni melarikan diri apabila aku cuba menghampiri.....Ajwad sangatlah excited tengok ikan ni....


Aku suka gambar ni, sebab dia tak pandang kamera....Mr Hubby tak suka. Aku cakap, cun apa, kan gambar professional model mana ada pandang kamera......hehehhehe


Selepas mandi, abe Ajwad nak main di playground pula....tapi tengoklah, semakin berani dia....panjat hingga ke puncak!
Oh ya, Ajwad ada pesanan untuk aunty 
kasihredhaumiyumiUmmu MadihahAzmie & Viviehitomi lavenderJaSSNaNiummuaidan: Xie-xie for birthday wishes  !!
posted from Bloggeroid



ummuaidan = dishti volanci tu anok-beranok pasta jugok...kawe jumpo di Tesco, beli sajo nok try....ghaso seghupo spageti jah....
Ibu Qistina = rose jepun ka nama dia? huhuhuh...preserved lemon biasa guna dalam masakan ala-ala arab....
Sue-Rya Qistina = cantik kan bunga ni?
RedRose = salam kenal redrose....alahai goreng biasa ajer tuh redrose.....
Oyis = dari segi rasa, preserved lemon lebih ummph gituuu...ini pengalaman saya laa...heheheh..
umiyumi = masa buat preserved lemon, seriusly saya memang ingat pada umi, errr pada pokok lemon umi !!!
Shila Muin = hi Shila, TQ sudi baca coretan yg biasa-biasa kat sini...jom buat preserved lemon!
kasihredha = saya baca kt internet, kalau disimpan elok, boleh tahan lebih 6 bulan preserved lemon ni kak...


Till then, c ya...Assalamualaikum

Sunday, 18 November 2012

The Unique Flower & A Simple Dinner


Hari Jumaat lepas, tengah hari, aku buat kunjungan ke nursery untuk membeli tanah. 

Berkenan lah pulak dengan satu spesies bunga ni, lama dah 'usha' ....cute bunga nya. 

Harga? ---- RM4 sepasu = belilah 3 pasu = RM10 ....

Tapi aku perasan bunga ni agak unik, sebab masa beli (tengah hari), bunganya kembang mekar.

Tapi bila petang waktu aku nak siram, bunganya sudah kuncup. 

Maka pada hari Sabtu, aku buatlah pemerhatian .....eheeee...




2 gambar pertama ini = 8.57am


10.30am


4.45pm

Ada sesiapa yang tahu nama pokok bunga ni tak? Mai habaq sikit kat ceq ....

Dan untuk dinner di hari Sabtu, since Mr Hubby tak balik, aku masak ringkas ajer lah sebagai hidangan 3 beranak. 


Fried Dischi Volanti 




Segala komen akan dijawab pada next entry ya.....

Till then, Assalamualaikum .....