Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 1 February 2012

Renung-renungkan......

Article from WADI


Menjawab Persoalan Kenapa Sambutan Maulidur Rasul Diadakan?

Share

السلام عليكم


Banyak faktor yang menyebabkan masyarakat kita begitu ghairah mengadakan sambutan 
maulidurrasul, sehingga ada di kalangan mereka sanggup menyembelih beberapa 
ekor lembu dengan harapan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.
Hal ini terutamanya disebabkan oleh tersebarnya hadis-hadis dan kata-kata 
sahabat yang palsu (maudhu’) berkenaan dengan kelebihan menyambut perayaan
 maulidurrasul.



Lebih mendukacitakan bilamana tersebarnya sebuah buku karangan seorang ulamak yang 
agak terkenal bertajuk 'Hukum Mengerjakan Maulud Dalam Islam'. Buku ini didapati telah
memuatkan sekian banyak hadis-hadis maudhu` dan kata-kata yang mana pengarangnya 
dengan begitu berani menyandarkan kata-kata tersebut kepada Nabi s.a.w., Khulafa’ ar-Rashidin
dan Imam Syafi`e. Di antara kata-kata tersebut ialah:



1) Kata Saidina Abu Bakar r.a. yang bermaksud:

“Barang siapa membelanja ia satu dirham pada perbuatan Maulud Nabi s.a.w. 
nescaya adalah ia menjadi taulan dalam syurga.”


2) Kata Saidina Umar r.a. yang bermaksud:

“Barang siapa membesar ia akan maulud Nabi s.a.w. maka sesungguhnya telah
 menghidup ia akan Islam.”


3) Kata Saidina Othman r.a. yang bermaksud:

“Barang siapa yang membelanja akan ia satu dirham atas membaca kisah 
Maulud Nabi s.a.w. maka seolah-olah hadir ia perang Badar dan Hunain.”


4) Kata Saidina Ali r.a. yang bermaksud:

“Barang siapa membesar ia akan Maulud Nabi s.a.w. nescaya tidak keluar ia daripada
 dunia melainkan dengan iman.”


5) Kata Imam Syafie r.a. yang bermaksud :

“Barang siapa menghimpun ia akan saudaranya yang muslimin kerana memperbuatkan 
Maulud Nabi s.a.w. dan menyediakan bagi mereka itu makanan dan minuman dan 
memperbuat ia akan kebajikan nescaya membangkit oleh Allah Taala akan dia
 pada hari kiamat berserta siddiqin dan syuhadat dan adalah ia dalam syurga Jannatunnaim.”

Fitnah yang disandarkan terhadap sahabat dan Imam Syafie ini sebenarnya disadur daripada 
sebuah kitab yang dianggap panduan utama di dalam hal ini iaitu Madarijussu'ud. Malah di
 dalamnya boleh didapati hadis-hadis rekaan antaranya sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Siapa yang membesarkan maulidku aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari
kiamat nanti dan siapa yang membelanjakan satu dirham kerana maulidku maka 
seolah-olah dia telah membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud di jalan Allah.”

Kesemua kata-kata atau hadis yang dikemukakan di atas adalah palsu semata-mata. 
Kalau benar kata-kata tersebut keluar daripada mulut sahabat, kenapa para sahabat 
tidak pernah membuat perayaan menyambut maulidurrasul.Sedangkan para 
sahabatlah orang yang paling dekat dan paling kuat mencintai Nabi s.a.w. 
Para sahabat itu bukanlah satu golongan yang hanya tahu bercakap kosong sahaja. 
Keimanan dan kecintaan mereka terhadap Allah dan RasulNya telah termaktub dan 
diiktiraf oleh Allah s.w.t. Jika mereka hanya pandai menyuruh orang lain membuat 
perayaan maulid sedangkan mereka sendiri tidak membuatnya maka jadilah sahabat
 Nabi s.a.w. termasuk di dalam firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah kamu menyuruh orang membuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan 
diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal.” 
(Surah al-Baqarah. ayat: 44)

Na'uzubillah....... Sekali-kali para sahabat tidak tergolong dalam ayat ini.!!


Terdapat para pencinta dan pengamal maulid ini yang mengakui bahawa maulid ini adalah
 bid'ah, tetapi mereka mengatakannya termasuk di dalam bid'ah hasanah. Mereka mendakwa walaupun tidak ada nas-nas al-Quran, al-Hadis atau Ijmak tetapi terdapat qias yang mengharuskannya. Dakwaan mereka ini sudah bertentangan dengan golongan yang cuba mensabitkan maulid dengan
 kata-kata dan hadis palsu tadi kerana apa perlunya qias kalau sudah ada kata-kata 
sahabat seperti tersebut di atas. Bukankah apa yang didakwa sebagai kata-kata sahabat
 tadi adalah merupakan nas yang terang dan jelas? Golongan ini sebenarnya lebih 
berhati-hati kerana mereka melihat Imam Suyuthi juga menafikan akan terdapatnya nas sebegini.
 Walaupun demikian sikap diam diri mereka terhadap nas-nas palsu yang diutarakan tadi 
seolah-oleh membayangkan mereka sanggup membiarkan peribadi Nabi dan sahabat
 dicerobohi semata-mata demi memastikan sambutan maulid ini terus subur dan berkekalan.

Hadis yang digunakan sebagai rujukan qias untuk mensabitkan maulud itu adalah sepertimana
 di bawah:

Hadis itu bermaksud:

"Bahawasanya Nabi s.a.w. datang ke Madinah maka baginda dapati orang Yahudi berpuasa 
pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram. Maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu,
 “Kerana apa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka, “Itu adalah hari peringatan.
 Pada hari ini dikaramkan Fir’aun dan pada hari ini juga Musa dapat kelepasan. 
Dan kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi menjawab, 
“Kami lebih patut menghormati Musa berbanding daripada kamu.”

Qias yang seperti ini sebenarnya dinamakan qias ma'al fariq (qias dengan sesuatu yang tidak
ada kena mengena dengan apa yang didakwakan) kerana di dalam hadis tersebut 
Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 10 Muharram itu sepertimana orang-orang Yahudi
 berpuasa sebagai menyatakan kesyukuran. Sedangkan maulidurrasul sekarang ini 
disambut dengan berbagai-bagai acara terutama sekali jamuan makan minum dan
 bukannya masing-masing akan berpuasa. Tetapi adakah wajar untuk berpuasa sebagai 
merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. itu dan kalau kita berpuasa pada hari itu apa ertinya 
berpuasa pada hari perayaan? Lebih-lebih lagi jika mahu diikutkan orang-orang Yahudi 
bersyukur kerana kelepasan Nabi Musa daripada bencana Fir’aun, bukannya kerana 
menyambut hari kelahiran Nabi Musa a.s.

Marilah kita bersama-sama memahami dan mengamalkan ibadah yang selari dengan 
sunnah agar tidak tersesat dalam segala macam perkara baharu dan diada-adakah,
 Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud.

"Sesungguhnya sesiapa yang akan hidup daripada kamu selepasku, dia pasti akan 
melihat banyak perselisihan. Oleh itu, mestilah kamu berpegang dengan sunnahku 
dan sunnah Khulafaurrasyidin yang terpimpin. Berpegang teguhlah dengannya dan 
gigitlah dengan geraham-geraham kamu. Hindarilah perkara-perkara baru 
(dalam urusan ugama) kerana semua perkara baru (dalam ugama) itu bid'ah 
dan semua bid'ah itu adalah sesat."(Riwayat Tirmizi j.2 ms.92, Abu Daud j.2 ms.279 
dan lain-lain)

Demikianlah sanggahan terhadap hujah dan dalil tentang kelebihan mengadakan 
sambutan Maulidurrasul ini. Insya-Allah lain hari, di lain waktu akan dikemukakan 
pula hujjah-hujjah para Ulamak Mu'tabar yang menentang amalan sambutan 
maulidurrasul ini. Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


والله أعلمُ بالـصـواب

4 comments:

  1. Ramai yang tahu bahawa Hari Maulidurrasul diumumkan sebagai Public Holiday, Tapi tidak ramai yang menghayatinya..
    Sedihkan?? :(

    ReplyDelete
  2. insya Allah, sama-sama kita berdoa semoga kita semua sentiasa berpegang teguh kepad Al-quran dan Sunnah.

    ReplyDelete
  3. saya agak pelik kerana kebanyakan org, menyambut secara besar2an, tapi tidak faham apakah maksud tersirat maulidur rasul itu sendiri..

    semoga kita sentiasa dlm rahmatNya dan sentiasa berpegang teguh kpd Al Quran dan As Sunnah..amin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, jemput ke blog WADi untuk menimba ilmu dari kalam Kibarul Ulama', syukran kepada tuan blog atas kesudian menyebarkan ilmu Allah, moga Allah merahamati penegak sunnah, amin :)

    ReplyDelete