Hai semua! Entry hari ini berupa nasihat utk diri sendiri dan sekadar perkongsian dengan teman-teman semua........
1. Berapa kalikah kita meletakkan kembali troli ke tempat yg disediakan, sebaik sahaja selepas memasukkan hasil membeli-belah ke dalam kereta? Realitinya, seringkali kita hanya biarkan ajer troli di parking itu atau di parking sebelah.
Alasan: Sudah ada pekerja yg ditugaskan untuk 'kutip' troli-troli yg berselerakan.
Fakta: Ya betul, ada pekerja. Tetapi bukankah lebih molek sekiranya kita turut 'memudahkan' tugas pekerja itu? Lagipun, ada tempat khas disediakan, sudah tentu tempat khas itu bukan 'for display only' kan, ada fungsinya. Tak perlu lah kita nak 'block' kereta orang dengan troli.
Saranan: Jom hantar troli ke tempatnya.....nampak remeh kan isu ni, tapi bila kita buat, kita rasa 'syok' sebab kita tau kita dah 'tolong' orang lain.......di sudut hati kecil kita, akan rasa kepuasan itu.....biarlah orang tidak puji, tetapi Allah nampak apa yg kita buat........
2. Pernah tak kita 'just' park kereta di bahu-bahu jalan apabila mahu berurusan di bank, ATM, etc? Sehinggakan kereta kita 'block' kereta lain.....
Alasan: Susah cari parking / parking jauh. Lagipun urusan sekejap saja, boleh nampak kereta kalau block kereta lain pon.....
Fakta: Adakala kita bukan setakat block kereta orang, tapi ada yg sampai menghalang laluan, tak pasal-pasal orang dah marah kat kita. Mungkin ada yg tak kisah orang marah selagi tidak berdepan, tetapi mahukah kita menjadi bahan cemuhan orang ? Tentu tidak kannnnn.........
Saranan: Kalau tidak mahu cari parking atau tempat tu parking susah, pergilah awal pagi, kalau boleh sebelum bank/tempat urusan tu buka. Biar kita menjadi 1st customer. Sebab awal pagi parking senang dapat. Atau bawa teman/kawan yg TAHU dan BOLEH drive. So kalau kereta kita 'block' kereta lain atau laluan, kawan boleh alihkan.......
3. Pernah kah kita berterima kasih dengan anak-anak/pelajar/orang bawahan kita? Senario nya kita tidak segan-silu berterima kasih dengan orang atasan kita. Orang atasan tu boleh jadi bos @ org yg lebih tua yg kita hormat.....Tetapi, kenapa ya lidah kita kelu utk mengucapkan terima kasih pada orang yg lebih muda drp kita @ staf bawahan kita?
Alasan: Manusia seringkali merasa diri sendiri hebat......
Fakta: Apabila kita ucap terima kasih, org itu rasa dihargai. Dia suka. Bukankah bagus menggembirakan orang? Tak perlu keluarkan belanja pun, senangkan......
Utk anak-anak pula, mulakanlah sedari kecil lagi. Berikan ucapan itu apabila mereka berbuat kebaikan utk anda, walaupun utk benda-benda kecil. InsyaAllah bila besar, mereka tahu menghargai anda/orang lain dengan ucapan TERIMA KASIH.......
Okeylah, itu sahaja utk kali ini....
Have a great weekend everyone!
P/S: Aku plan nk berkebun hjg minggu nih, ada 4-5 pokok yg hendak disemai dan di'repotted'kan....doakan menjadi ya kawan-kawan......eheee,,,,.....
Till then, c ya. Assalamualaikum.......
stuju sgt dengan semua tu, tang troli tu apa salahnya tolak balik ke tempatnya sambil bersenam gitu.. tak suka org letak troli sesuka hati depan kereta lain, selfish huhu...
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteMcm tulakan, ni sikap org Msia tau...yg mcm troli tu...geramkan tgk bersepah2 kat tmpt parking kereta semua...yg pasal block kereta tu pun sama gak...alahai...mcm2 peel...hehehe
Isu tersebut nampak remeh...tapi ia merupakan cermin kepada diri dan sikap bangsa kita. Agak sukar untuk mengubah mentaliti orang dewasa..tetapi tanamkan sikap tersebut pada anak2 kita. Insyaallah by teh time 2020 nanti, sedikit sebanyak sikap tersebut akan berubah. Saya tiada masalah dengan perkara tersebut kerana sejak zaman sekolah saya sudah mempraktikkannya dan sekarang tinggal di luar negara, perkara tersebut tidak berlaku di sini. Semua orang akan menghantar troli kembali ke tempatnya, semua tray atau sisa makanan di mc donald, kfc atau Ikea di hantar sendiri ke tempatnya. Tidak berebut parking kerana kami di sini berjalan kaki :D.
ReplyDeletedi giant sek7, shah alam skang ni kalau nak troli kena masukkan 50 sen, so kalau nak balik 50 sen tu kena simpan di tempat yang betul.kalau tak nak, tinggalkan kat situ dan 50 sen dpt kat yang tukang tarik tu la :)
ReplyDelete