Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 15 December 2011

Jom intai kebun .......

Assalamualaikum semua......


Petang semalam, balik kerja, sempat ler menjenguk kebun sekejap. Tengok-tengok apa yg patut kan.

Jom kita tengok apa yg menarik ya.....



Ada visitor di dedaun lengkuas.......

Barisan daun pandan yang subur menghijau

Daun pudina...ini generasi yg ke berapa pun tak pasti, sebabnya sentiasa  mengeluarkan daun-daun baru. Yg ini selepas aku trim daun-daun lama. Daun pudina ni jenis tahan lasak, sesuai ler dapat tuan cam aku kan jenis culas sikit nk menyiram ni.

Anak halia bara.....tak sabar tunggu berbunga...Halia bara tak digunakan dalam masakan ya....

Anak pokok gajus @ ketereh......4-5 thn lagi besar laaaa ni

Anak pokok samok....teguh berdiri walaupun senget akibat tuan tanah malas hendak pancang kayu...hehhehehe

Serumpun anak kangkung......yg ini memerlukan operasi pemindahan tidak lama lagi, supaya masing-masing dapat membesar bagaikan JUARA !!!!!!

Anak bendi.........jenuh laaa tunggu yg ni tak besar-besar......

Anak terung (kalau x silap la), sebabnya dah lama aku tabur benih, baru laaa ni munculkan diri......


Amacam, ada rasa-rasa jeles tak tengok capsicum aku? hehehheheheheh

Si buluh lebat merimbun menghiasi laman depan



Pagi ni tiba-tiba semangat utk sediakan sarapan berat sikit datang......

So apa lagi, misi "Simple Fried Organic Ramen" pun bermula.......

Bahan-bahan: Organic ramen, telur, daun kucai, secubit garam.

Kaedah: 

1. Organic ramen rebus/celur sehingga lembut, toskan. 
2. Dlm kuali berasingan, goreng telur hancur, mcm nak buat scramble eggs tu.
3. Agak-agak telur tu dah nak masak, masukkan daun kucai dan garam. Daun kucai tu aku bubuh sebab aku kan BF mum. So kalau korang tak suka kucai, boleh lah ganti dengan sayur lain. Taknak bubuh sayur pon takper, selera masing-masing.
4. Pastu bolehlah masukkan ramen, gaul seketika dan matikan api......dah siap......senangkan.....




Hasil 1 paket ramen: sarapan aku n hubby, bekal Ajwad dan bekal hubby utk teatime kul 10am.


Fruit smoothies for mummy ! Today red dragonfruit.......

No comments:

Post a Comment