Assalamualaikum....
Ada orang pernah tanya aku (or lebih kepada persoalkan), kenapa nak susah-susah sediakan makanan utk Ajwad/Amzar (sebagai bekalan di rumah pengasuh)? Kalau camtu, pengasuh tak perlu buat apa-apa la yer, senang jer la kerja dia camtu......
Ok ini senarai jawapan aku bagi statement di atas yer:
1. Masa aku bersama anak sangat terhad. Yer la dah namanya ibu berkerjaya kan...cewahhh....hehhehehe...Maka, selagi aku mampu, aku akan sediakan makanan bagi depa berdua. Bukanlah makanan itu sebagai pengganti, tapi itu sebagai cara aku salurkan kasih-sayang. Hopefully suatu hari depa akan tau walaupun mummy sibuk, tapi tetap ada masa utk sediakan bento.
2. Home-made food more nutritious. Yg ini bukan nak kata pengasuh tak sediakan makanan berkhasiat, bukan ya, jgn salah faham. Cuma apabila sendiri yg sediakan makanan anak, kita akan lebih tahu tentang keperluan nutrisi. Maka secara tidak langsung, kita juga akan jadi lebih peka. Dan juga mengurangkan kemungkinan anak utk makan junkfood kan.
Setakat ini, alhamdulillah.
Di playschool, kadang-kadang Ajwad dapat junkfood pemberian kawan-kawan dia. Alhamdulillah dia bukan jenis yg terus buka apabila dapat. Di rumah pengasuh pun dia takkan makan junkfood tu. Dia bawa balik, tunjuk pada aku pada waktu petang.
Biasanya aku tapis dulu junkfood ni, kebanyakannya aku campak ajer dalam tong sampah depan-depan Ajwad sambil inform dia, " Yang ni not good. Kalau makan nanti Ajwad sakit, nanti kena jumpa doktor."
So far menjadi !
3. Anak cerewet. Sometimes aku rasa bersyukur juga Ajwad ni fussy sikit tentang makanan. Cuba pandang dari sudut positif, ia mengajar aku utk berkreatif dalam penyediaan makanan.
Sebab lain aku tidak mahu bebankan pengasuh. Dahla penat jaga anak kita, nanti klu dia buat makanan pastu anak asyik takmau makan, bukan ker sakit hati dia? Oleh itu, aku memang bekalkan Ajwad hari-hari utk lunch dia.
Okey rasanya cukuplah 3 sebab musabab ni. Ini semua pendapat aku, korang tentu ada pendapat sendiri kan, apa-apa pun kita nak yg terbaik utk anak.
Sebelum tutup post hari ini, jom layan beberapa gambar Ajwad & Amzar semasa 'berfoya-foya' di Jusco Perda Ahad lepas. We went to Dinotrek tau......
|
Colouring contest at DINOTREK...masuk utk suka-suka ajer..... |
|
Bos kecik...... |