Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Saturday, 31 December 2011

Bahan-bahan smoothie ku...

1. Soya drinks @ yogurt drink, natural flavour.

2. Fruits/grains.

3. Nestum/oats.

4. Formula 1 herbalife. Boleh ganti dengan soya powder or milk powder.

Selamat mencuba.


P/S: Aku guna herbalife tu bukan utk diet ya, tp lebih kepada nak maintain optimum keperluan nutrisi.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, 30 December 2011

Pencapaian Ajwad tahun 2011....

Untuk kenangan Ajwad:

1. Fully potty trained during daytime. However at night still need to wear CD before sleep.

2. Speaks Malay & Mandarin fluently. Need to improve his English.

3. Be a big brother. Very protective of little Amzar.

4. Yg paling best - dia dah 'berjinak-jinak' dengan nasi. I like .....

ALHAMDULILLAH


Published with Blogger-droid v2.0.2

Red dragonfruit smoothie for a lovely day...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, 29 December 2011

NIP (Nursing in Public)

Mula-mula nak buat misi ini, memang rasa macam pelik kan.....yer lah ...nursing in public? Errkkk.....can I do it without create a weird phenomena to the others? Tapi itu monolog dulu-dulu ler.

Tapi bila dalam keadaan yg memerlukan NIP, no choice, we have to do it ! Takkan nak biar anak kelaparan pula kan semata-mata malu......

So far, aku tak ada masalah NIP. Setakat ni, aku pernah NIP di Secret Recipe, restaurant, JJ, tepi pantai sebab attend Family Day.....Alhamdulillah dipermudahkan.

Yg penting kena confident. Pakai baju yg sesuai. Tak kisah org nak pandang pelik ke, apa ker, biar jer....kita tahu kita sedang berikan yg terbaik utk anak.

Masa 1st time NIP kt JJ di Johor, ada couple husband-wife dengan anak kecil duduk sebelah aku. Masa tu anak dia pon nak menyusu. Wife dia buatkan susu, lepas tu pass pada husband sebab dia nak pi ladies. So si husband la yang menyusukan anak.

Tapi yg tak syoknya, member tu asyik dok tenung aku, macam aku dok buat benda yg salah. Aku buat muka selamba jer, dalam hati : 'ada aku kisah?'......

Mungkin dia pelik ker, rasa kagum ker, pasai aku yg slim ni (terperasan kejap) ada pula susu utk BF kan, sedangkan isterinya big size.....hehehehhe..(ini psiko utk sedapkan hati sendiri kerana ditenung pelik yer).....

Apa-apa pun untuk semua para ibu, cabaran itu pasti ada. Yg penting kita kena confident, jangan takut-takut dan tak perlu rasa malu NIP.

Bersyukurlah sebab kita tak perlu nak angkut thermos air panas, air masak, botol utk keluar berjalan-jalan. Everything is ready, with the right amount, right temperature.

So enjoy NIP ya!


Copy from http://www.breastfeeding.com/lighter_side/lighter_side_grades_cartoon.html

Wednesday, 28 December 2011

Jangan tinggal anak dalam kereta !

Kejadian ini siaran langsung berlaku di depan mata bos aku. Begini kisahnya...jeng...jeng...jeng.....

Bos aku pagi tadi pergi la bersarapan dengan cik abe nya. Depa pi makan roti canai kot (kalau tak silap fakta).....

Alih-alih bila nak balik, kereta kena block. Cik abe bos pon apa lagi, hon ler banyak kali. 

Logiknya kalau letak kereta macam tu, dengan ada penghuni (budak-budak kecil) dan engine still on, maksudnya driver kereta ada berhampiran la kan. Patutnya boleh dengar orang bunyikan hon, sepatutnya lagi driver tu patut AWARE sebab kereta dia menghalang kereta insan lain.....

Hon punyer hon, driver bertuah tu tak muncul-muncul. Cik abe bos dah mula 'kepanasan'.....dia pon berjalan menuju ke kereta.....tup-tup sekali kereta itu TIDAK DIKUNCI !!!!!! 

Kereta dengan enjin on, dipenuhi anak-anak (menurut bos, anggaran anak paling besar = darjah 1), tidak dikunci !!!!!!!......

Cuba bayangkan kalau ada yg berniat jahat.....senang jer masuk kereta tu dan bawa lari budak-budak tu !!!!! (Especially kereta itu kereta besar = menurut bos aku).....

Alhamdulillah perkara itu tidak terjadi. 

Setelah agak lama menunggu, baru lah si driver tadi datang. 

Si IBU rupanya!!!!!

Berlenggang dengan plastik roti canai di tangan.

Wahai ibu-ibu mahupun sesiapa jua, tolonglah, janganlah tinggalkan anak anda/anak sedara/cucu/anak jiran/anak kawan atau mana-mana budak kecil sebegitu. 

Jangan bila dah berlaku sesuatu baru nak terngadah. 

PREVENTION IS ALWAYS BETTER THAN CURE ........


Tiada kena-mengena dengan ceritera di atas...gambar sekadar hiasan....kihkihkihkih

Tuesday, 27 December 2011

Cerita dapur....

Harini aku nak share resepi simple yg guna seaweed....almaklum seaweed ni banyak khasiat kan, tp menu orang Melayu mana ada guna seaweed kan, takkan hari-hari nak makan sushi.......

So pagi tadi aku try ler masak nasi goreng + seaweed. Aku guna dried seaweed yg dibeli lama dulu, kt Giant. Lama dah seaweed tu terperap dalam fridge. Aku beli dulu pun pasai aku guna utk buat crabstick popia + seaweed. 

Jom kita tengok tatacara masak nasi goreng + seaweed ini:

1. Potong/gunting kecil-kecil dried seaweed. 
2. Rendam sekejap dalam air - untuk lembutkan seaweed. Dah lembut buang air itu.
3. Tumis bahan-bahan utk nasi goreng macam biasa.
4. Masukkan protein kesukaan masing-masing. Aku guna udang pagi tadi.
5. Apabila protein dah hampir-hampir nak masak kan, boleh lah masukkan seaweed tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
6. Masukkan nasi.
7. Siap.....





Aku tak faham ler harini kenapa upload gambar jer, jadi senget....padahal kt desktop ok pulak. Hmmm...mushkil..... 

Takper lah, berbalik pada nasi goreng + seaweed tadi, 1st time rasa, macam pelik sikit ler....tapi boleh jer lalu kt tekak ini.....

Selamat mencuba pada sesiapa yg sudi......

Sharing about Breastfeeding & Breastmilk from Gina's book

RM48 ..... bought at FabulousMom













Monday, 26 December 2011

Jom lunch

Cuti 3 hari tiada ke mana-mana.Sweet time with two little heros at home.

So utk lunch harini, since hubby kerja, aku masak ringkas ajer, tp for me its quite special , coz ada budu!  Cicah ngn terung dan carrot stim.

Perghh, ada pulak durian sekali. Pekena pulak dengan nasi panas2. Hehehehe....

Jemput makan ya, especially anok2 klate tuh, jange meleleh air liur deh ....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, 25 December 2011

Saturday, 24 December 2011

Belajar bahasa bersama Ajwad

Mummy: Good morning cikgu

Ajwad: Eh bukanlah, Good morning teacher.

Mummy: Abis tu untuk cikgu apa?

Ajwad: Selamat pagi cikgu.

Mummy: Ooo... Kalau Lee lao tze?

Ajwad: Lee lao tze, chao an (selamat pagi).


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, 23 December 2011

Jom makan lumut....errr seaweed !

Copy from Dr Oz


Seaweed: Miracle Vegetable From the Sea



Seaweed and marine algae have more concentrated nutrition than vegetables grown on land and they have long been considered to possess powers to prolong life, prevent disease, and impart beauty and health. For thousands of years, this mineral-rich vegetable has been a staple in Asian diets. 

There are over 20 types of edible seaweed and even more are being discovered. Common types of seaweed include nori, kombu, kelp, dulce and Irish moss. Some types of seaweed have more calcium than cheese, more iron than beef, and more protein than eggs, plus seaweed is a very rich source of micronutrients. Traditionally, its healing properties are said to include everything from treating cancer, lowering cholesterol, shrinking goiters, dissolving tumors and cysts, detoxifying heavy metals, reducing water retention, and aiding in weight loss. Here are three good reasons to eat your sea veggies!


1. Nori: A Skin Superstar

Best known as the outer wrap of sushi rolls, nori is a great snack for skin health. Just one sheet of nori has the same amount of omega-3s as two whole avocados. The omega-3s in nori help create a natural oil barrier on your skin, helping to reduce acne and dry skin, particularly helpful during these dry, heated winter months. Nori also helps reduce the body’s production of inflammatory compounds that affect how healthy the skin looks and feels. Find nori in Asian grocery stores and healthy food markets, often in sheets, strips, or flakes.

How to Eat It: Make your own simple sushi: Cover an open sheet of nori with brown rice. Then add shredded carrots, thinly sliced avocado, and any other raw vegetable that strikes your fancy. Roll it all up and dip in sesame oil and ginger sauce.


2. Wakame: Beat the Bloat

Often found floating in miso soup, wakame looks like slippery spinach. It is a diuretic, which means it helps reduce the amount of water in the body. Because it prevents bloating and is packed with osteoporosis-preventing calcium and magnesium, wakame is sometimes referred to as the “women’s seaweed.” But the wakame benefits don’t end here – this seaweed is also high in important trace minerals and is one of the few non-animal sources of vitamin B12. 

How to Eat It: Try it in miso soup. Or soak the wakame for a few minutes to reconstitute, then chop, and turn into a salad. I recommend pairing it with cucumbers and rice vinegar. 


3. Kombu: Metabolism Booster

Kombu comes in long, thick brown strips. Kombu is valuable for its high content of iodine, which is needed to produce two important thyroid hormones that control the metabolism. Our bodies don’t make iodine, so we have to get it through food. Many people are thyroid deficient and the iodine in kombu can help. Also, there is a pigment in kombu called fucoxanthin, which may boost production of a protein involved in fat metabolism.

How to Eat It: Try simmering chopped kombu in your soups until soft – or use it to make dashi stock, which is the Japanese equivalent of chicken broth. To make your own dashi, cook 4 cups of water over low heat, and then add 8 inches of kombu that has been cut in half. Simmer over low heat and then strain the stock. Sometimes dried shiitake mushrooms are added for flavor.

Colours of Life.....its noodles again!

Salam Hari Jumaat.....

Kalau semua perasan kan, aku asyik-asyik masak mee jer kan....hikhikhik....dah, itu ajer yg senang....almaklum empunya blog ini tidak pandai memasak sebenarnya (pengakuan ikhlas).....

Kat rumah, aku tak pernah masak dishes yg kena guna santan, waima agar-agar sekalipun. Sebab aku rasa kalau bab-bab guna santan ni, cerewet.....eheeeeee.....(dalam erti kata yg lain, kurang rajin a.k.a. malas). 

Nasib baik lah dapat hubby sekepala kan, tak 'gila' makanan bersantan macam kari ke, gulai ker, rendang ker etc.....itu juga salah satu nikmat Allah, bagi pasangan yg 'ngam' dengan kita kan. Alhamdulillah.....

So di rumah, aku lebih banyak guna pendekatan "sup, tomyam, steam, rebus, stir-fry....". Keyword di sini SENANG & CEPAT...........tapi paling penting khasiat makanan. 

Disebabkan nak senang dan cepat tetapi masih dlm konsep berkhasiat, pagi tadi aku masak mee lagi (AGAIN ????......)

Aku guna mee ini, yg penuh warna-warni. 


 
Alternatif kepada kue-tiaw

Cara nak masak, boleh refer pada packaging nya juga:





Dalam kuali, aku stir-fry juga carrot dan seafood ball. Bila dah hampir masak, baru masukkan mee yg telah direbus tadi. Gaul rata dan dah boleh angkat.

Jom makan!





Tidak lupa minum segelas smoothie yg wajib disediakan si hubby pagi-pagi.....aku kalau tak minum ni rasa macam something missing jer....hikhihkihhk....hari ini resepi Mango Smoothie......

Colour tak kuning sebab guna Chocolate Flavor Herbalife

Okey Amzar, sudah bersedia ke rumah maktok? Jom .........

"Tata daddy....nanti jgn lupa hantar abg Ajwad ke sekolah ya"

Okey happy holiday to all .....

Thursday, 22 December 2011

Tengoklah gelagat dia...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jom baca sama-sama .....

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan perjalananku. Permudahkan urusan harianku."


"Ya Allah Ya Tuhanku, terangkanlah hati anak muridku, tenangkanlah minda mereka, agar mudah mereka menerima pelajaran yg KAU redhai."


"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Rabbi yassir...."


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, 21 December 2011

Lagi resepi puri Little Amzar ....Sweet Potato recipe

Organic Millet with Steam Sweet Potato

1. Organic millet - boleh beli kat kedai organic/Jusco/health shop.
2. Rebus millet sehingga empuk, lebih kurang 8-10 min.
3. Ubi keledek - kupas kulit, potong dadu dan steam sehingga empuk.
4. Campurkan millet dan ubi keledek di dalam blender, letakkan juga sebiji kurma.
5. Blend, sedia utk dimakan......





Rice + steam sweet potato + broccoli puree

1. Beras - masak secara steam selama 50 min. Lebihkan air utk jadikan ia tersangat lembut, nanti senang blend.
2. Steam juga sweet potato dan brokoli. 
3. Campurkan kesemua bahan dalam blender, + sebiji kurma. 



Kisah P.A.R.E.N.T.I.N.G

Assalamualaikum....

Ada orang pernah tanya aku (or lebih kepada persoalkan), kenapa nak susah-susah sediakan makanan utk Ajwad/Amzar (sebagai bekalan di rumah pengasuh)? Kalau camtu, pengasuh tak perlu buat apa-apa la yer, senang jer la kerja dia camtu......


Ok ini senarai jawapan aku bagi statement di atas yer:


1. Masa aku bersama anak sangat terhad. Yer la dah namanya ibu berkerjaya kan...cewahhh....hehhehehe...Maka, selagi aku mampu, aku akan sediakan makanan bagi depa berdua. Bukanlah makanan itu sebagai pengganti, tapi itu sebagai cara aku salurkan kasih-sayang. Hopefully suatu hari depa akan tau walaupun mummy sibuk, tapi tetap ada masa utk sediakan bento. 

2. Home-made food more nutritious. Yg ini bukan nak kata pengasuh tak sediakan makanan berkhasiat, bukan ya, jgn salah faham. Cuma apabila sendiri yg sediakan makanan anak, kita akan lebih tahu tentang keperluan nutrisi. Maka secara tidak langsung, kita juga akan jadi lebih peka. Dan juga mengurangkan kemungkinan anak utk makan junkfood kan.

Setakat ini, alhamdulillah. 

Di playschool, kadang-kadang Ajwad dapat junkfood pemberian kawan-kawan dia. Alhamdulillah dia bukan jenis yg terus buka apabila dapat. Di rumah pengasuh pun dia takkan makan junkfood tu. Dia bawa balik, tunjuk pada aku pada waktu petang. 

Biasanya aku tapis dulu junkfood ni, kebanyakannya aku campak ajer dalam tong sampah depan-depan Ajwad sambil inform dia, " Yang ni not good. Kalau makan nanti Ajwad sakit, nanti kena jumpa doktor." 

So far menjadi !

3. Anak cerewet.  Sometimes aku rasa bersyukur juga Ajwad ni fussy sikit tentang makanan. Cuba pandang dari sudut positif, ia mengajar aku utk berkreatif dalam penyediaan makanan. 

Sebab lain aku tidak mahu bebankan pengasuh. Dahla penat jaga anak kita, nanti klu dia buat makanan pastu anak asyik takmau makan, bukan ker sakit hati dia? Oleh itu, aku memang bekalkan Ajwad hari-hari utk lunch dia. 

Okey rasanya cukuplah 3 sebab musabab ni. Ini semua pendapat aku, korang tentu ada pendapat sendiri kan, apa-apa pun kita nak yg terbaik utk anak. 

Sebelum tutup post hari ini, jom layan beberapa gambar Ajwad & Amzar semasa 'berfoya-foya' di Jusco Perda Ahad lepas. We went to Dinotrek tau......


Colouring contest at DINOTREK...masuk utk suka-suka ajer.....




Bos kecik......

Sarapan apa pagi ini?

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, 20 December 2011

Cartoon version

Published with Blogger-droid v2.0.2

Kisah Ajwad & nasi

Ajwad ni sejak umur setahun lebih, dia dah tak gemar makan nasi @ moi @ nestum. Lebih suka makan roti.

Yg utama dia memang bergantung pada susu. Sepanjang hari minum susu pun takpa.


Makin umur bertambah, makin allergy dia dgn nasi. Kalau nampak nasi tu mmg lari la. Cukup cerewet n cukup susah nk bg makan. Paling2 tidak pon dia mkn roti or mee.


Aku tak kisah sgt ler pasal dia tak mkn nasi kan. Dia ada mkn roti gak utk bekalan carbohidrate.


Tapi yg paling aku 'membara' bila org persoalkan kenapa dia x makan nasi. Siap mintak aku ajar anak mkn nasi. Gaya cakap seolah2 aku tak galakkan anak mkn nasi.


Nak jer aku jawab camni: Ala mat saleh tak makan nasi tu boleh jer membesar.


Tp itulah manusia kan, kdg2 'terlampau' prihatin. Aku pasrah ajer.


So sebelum CNY yg bakal menjelma nanti kan, aku pun menjalankan misi terjah.


2 hari berturut2 aku paksa Ajwad makan nasi. Dia tolak jer, aku kurung dia dlm bilik. Tahan telinga mendengar dia menangis, meraung. Masa ni hati memang jadi batu. Apakan daya aku terpaksa.


Alhamdulillah, lepas 2 hari terseksa, Ajwad dah mula berjinak-jinak dgn nasi. Boleh makan pon rupanya.


Anok .... anok!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Resepi Nasi ala2 Arab versi 'diri ini'...

Ada yg nk tau ke resepi nasi x cukup bahan tu? Eehee...semlm x sempat nk tulis resepi sekali pasai dok kejar masa nak gi kelas.


So harini aku share la resepi nya ya. Sebenarnya aku cilok resepi dari beberapa website la, pastu aku modified la sana-sini utk menyenangkan kerja...hehehe.


1. Beras, lg afdhal beras basmathi.

2. Tomato, dikisar, aku guna sebiji besar utk 2 org mkn.

3. Mixed-spices (dried).

4. Lemon.

5. Ubi kentang dipotong dadu or boleh ganti ngn ubi keledek.

6. Ayam or lamb or any protein yg korang suka.


Methodology:


1. Panaskn minyak sikit, atau nk lg wangi guna ghee.

2. Tumis bwg besar yg telah dipotong dadu.

3. Masukkn mixed-spices.

4. Dah agak2 berbau harum 1 rumah, masukkn tomato blend td.

5. Kacau hingga menggelegak.

6. Masukkn ayam yg telah dipotong kecil, kacau.

7. Dah agak2 ayam hampir masak, masukkn pula beberapa hirisan lemon dan gula/garam. Ikut citarasa sendiri.

8. Finally, boleh masukkn beras, kacau rata, dan masukkan air ikut sukatan beras anda.

9. Tp selalu aku cheat sikit, part last tu aku akan transfer segala benda dlm rice cooker. EASY ! Kihkihkihkih


Perhatian ya: bab nak masuk air dlm beras tu jgn byk sgt, nanti nasi lembik.


Ok happy trying ya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, 19 December 2011

Nasi ala-ala Arab Tak Cukup Bahan

Kisanhya sabtu lepas, aku pi Lunatots, cari nursing blouse. Borong ler 2 helai Adrinis Nursing Blouse. Hajat di hati nak sambar yg ala-ala jubah/gown gitu, tapi bila test-test, alahai diri sendiri tak cukup ketinggian rupanya.......huhuhuhu.....

Drp lunatots, singgah ler ke Tesco. Dalam kepala dah ada lar senarai barang yang nak dibeli kan. 

Tengah-tengah syok beli barang, si hubby called. Katanya daddy ajak keluar lunch (daddy = FIL). Apa lagi, terus ler aku berlari-lari anak  menuju ke cashier. 

Kiranya ada ler bahan-bahan yg tak sempat dibeli. Lebih-lebih lagi ramai betul manusia kt Tesco tu...yer laaa, nak raya Chrismast kan next week.

Sebab itu lar aku hanya mampu sediakan Nasi ala-ala Arab x cukup bahan ni...



Aku letak ubi keledek sebagai ganti ubi kentang. Makan dengan fresh cucumber + tomato salad  dan juga kari ayam.  


Tidak lengkap hidangan ala-ala Arab tanpa hirisan lemon kan.....