Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 8 January 2013

Road-block & Chia Seed


Petang semalam, sewaktu pulang, melalui kawasan PS kerana aku nak singgah di pasar tani. Tiba-tiba ada road-block. Tak pernah ada road-block di situ.

Ramai polis, siap berpakaian jaket kalis peluru dengan senapang di tangan. Oo'oowh, something wrong somewhere --- detik hati aku ....

Di pasar tani, sedang aku memilih sayur, terdengar perbualan makcik jual sayur dengan kawannya. Rupanya ada tahanan pusat sehenti, 7 orang melarikan diri. 

Tak tahu pula aku di kawasan ni ada pusat sehenti.....huhuhu...makcik tu ada cakap nama tempat tu, tapi aku tak berapa faham sebab dia cakap utara pekat ....heeeeee....

Tiba di satu simpang empat di LY, aku berhenti sebab lampu merah. Dah kelihatan pula 3 orang polis menunggang motor besar polis (tapi bukan yang macam polis trafik punya tuuu), siap berjaket kalis peluru dan membawa beg sandang di belakang masing-masing....

Ok, rasa cuak dah....ini kes serius !

Alhamdulillah sepanjang perjalanan menuju ke rumah tak jumpa lagi dengan road-block.

Tetapi, pagi ni, selepas menghantar Amzar di rumah maktok, baru perasan rupa-rupanya ada juga road-block di kawasan situ. 

Hmmm, maksudnya belum ditangkap lagilah kan, sebab masih ada road-block lagi.....



Inilah chia seeds. Aku pun baru ajer berjinak-jinak dengan seed ni. Antara faedahnya: high fibre (bagus untuk bakteria baik dalam usus kita), sumber omega-3, turut membekalkan kalsium, magnesium, protein. Low glycemix index food (maksudnya kadar pembebasan glukosa dalam badan secara slow and steady, yg akan menyebabkan bacaan glukos selepas makan 'cantik'). Chia seed juga gluten free (sesuai untuk mereka yg ada alergi).

Selain daripada masukkan dalam kek atau cookies, boleh juga masukkan dalam juice .....don't worry, seed ni tak ada rasa pun, no fear factor at all....hehehhe

Kalau nak masukkan dalam juice, seelok-eloknya rendam dahulu selama 15 min (kuantiti air sikit sahaja). Seed ni akan mengembang macam ni, so jadi lembut, macam gel dah jadinya.....pastu dah boleh masukkan begitu sahaja dalam juice....


Till then, c ya....Assalamualaikum
posted from Bloggeroid

12 comments:

  1. Tu la..area tasek gelugor banyak road block sebab nak cari tahanan yang lari tu..cuak la..takut...nasib baik saya tak lalu situ...chia seed ni macam biji selasih je la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah la...memang bijik selasih ka?yg buh dlm sirap selalu tu?sedap2..

      Delete
  2. yang air warna hijau tu blend dengan ape?

    ReplyDelete
  3. Salam..K Mar tengok mcm biji selaseh juga ni

    ReplyDelete
  4. bila dh kembang mcm biji selasih dah..
    mnr tak kalut polis2 cari tahanan..sbb ketua nya ckp factor kelalaian yg sbbkan tahanan dapat lari..rasa nya ada lg yg belum ditangkap...make sure pintu berkunci

    ReplyDelete
  5. chia seed ni sama ke dgn biji selasih? ke sama tapi tak serupa?

    ReplyDelete
  6. dalam bahasa melayu dipanggil apa ye chia seed ni?

    ReplyDelete
  7. Memang pun..kiter yang dekat kulim nie bersepah roadblock...nasib ler penjenayah dekat kawasan kita kan kan..btw saya tinggal sg dua..dekat dengan lahar yooi

    ReplyDelete
  8. Dalam bahasa melayu orang panggil bijirin Chia. Bagus chia seeds ni kat orang yang dalam diet dan pesakit kencing manis & darah tinggi.

    Ada jumpa jugak orang Malaysia jual online kat facebook ( www.facebook.com/ChiaSeedsMalaysia )... Try jenguk...

    ReplyDelete
  9. Hihi.. akak jalan2 carik info pasal chia seed.. termasuk sini. hihi.. :D

    ReplyDelete
  10. salam kat mana ye boleh beli chia seed ni?

    ReplyDelete
  11. kedai organik ada jual..kt cosway pon ada...(tlg jawabkan..hihi)

    ReplyDelete