Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 3 July 2012

Revert's World -- part 1

MOH KEMBARA = Guna beras utk sushi Yong, memang sticky sikit. Calrose Rice, boleh beli di Jusco/Tesco (RM9.90/sepeket/1kg).

umiyumi = owhhh umi tak suka sushi ka? ..hehehhe...try lah...sedappppp

Sue-Rya Qistina = need skills nak gulung tuh...huhuhu

Kamalia & Asmara = tu la 1st time buat, tu yg haru-biru. okeh terima kasih utk tips2 hebat tuh....insyaAllah nanti saya try lagi...caiyok! heheheheh....


Apabila berkahwin dengan muallaf, biasanya orang akan kagum (errr yer ker? Ke aku yg perasan...huhuhuhu). Tapi ketahuilah bahawa ianya datang dengan penuh tanggungjawab yg berat. 

Dan bagi golongan yg berkahwin dengan depa ni (well, at least aku ler....) tidaklah merasa diri ni hebat lebih daripada orang lain pun, segalanya ketentuan Allah jua. 

Selalunya apabila orang dapat tahu, soalan pertama yang akan disoal adalah:

"Apa nama Islam dia?"

Soalan ni nampak mudah, tapi bagi aku, sangat sukar nak jawab. Kerana tidak semua orang berfikiran terbuka. 

Dulu ---- aku juga seperti itu. 

Aku ingatkan WAJIB bagi golongan mualaf untuk tukar nama once they revert (or most of us call it convert). 

Tapi, diri aku tersentak apabila dihadapkan dengan soalan ini (pada ketika itu):

Apa maksud nama Islam? 

a) Nama Arab     (b) Nama Melayu      (c) Nama yg mempunyai maksud yg baik


Dah tentu-tentu jawapannya C kan....

Nama yg kita perlukan adalah nama yg mempunyai maksud yg baik --- Tidak kisah dalam bahasa apa sekalipun, asalkan maksudnya baik......

Rasulullah juga tidak memerintahkan seorang sahabat, Salman al-Farisi untuk menukar nama sebaik sahaja memeluk agama Islam. Ini kerana walaupun Salman itu nama bahasa Parsi, maksudnya elok (maaf aku tak ingat maksudnya), maka tidak perlu tukar nama.

Biasanya apabila aku menyatakan bahawa Mr Hubby tidak menukar nama asal kepada 'nama Islam - menurut pendapat sendiri', ramai yg tertanya-tanya dan tidak kurang yang mempersoalkan. 

Well, mereka tidak bersalah --- they just don't know. 

So, biasanya aku terangkan lah balik why and why ..... tapi tengok juga pada golongan mana yg berhadapan dengan aku pada ketika itu. 

Kalau jenis yg open-minded --- biasanya ok, mereka boleh faham. 

Kalau jenis yg nak tegakkan pendapat sendiri juga --- baik aku senyum ajer....tak perlu kata apa-apa....hehehheh..

Sebenarnya bukanlah saja-saja suka hati tak nak tukar nama --- untuk agenda berdakwah kepada keluarga yg belum Islam secara halus. 

Apa kaitan nama dan dakwah? Well, tunggu part 2 ...hihihihi...kang panjang pulak entry hari ini. 

By the way, maksud nama Mr Hubby = yang bersinar terang..... (maksud tu elok kan kan kan......kalau translate ke arab, lebih kurang NUR laaa kan?).....

Till then, c ya...Assalamualaikum.....



6 comments:

  1. Ayat awak tepat....

    Datang dengan tanggungjawab yg berat....


    ....memang ada yg tak berfikiran terbuka,even after dah diterangkan. :)

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang sepatutnya takde org yang pertikaikan samaada untuk menukar nama asal atau tak..Kalau lynn, ya lynn setuju dengan kisah Salman Al-Farisi tu..tak perlu tukar sebab mengekalkan nama asal mampu membuatkan ibu bapa asal rasa lebih dihargai..betulkan?

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,
    'Apa nama Islam dia"
    "Nur". Abih citer Yong!

    ReplyDelete
  4. saya masa muda dulu berangan nak kawen dgn chinese, tp mak tak kasi..hahaha...

    Setuju, nama yg baik tak kisah la apa bahasanya, asalkan maknanya elok....bila diseru di akhirat kelak itulah namanya.....

    ReplyDelete
  5. Salam dear,

    Mummy memahami tanggungjawab yang berat & besar berkahwin dengan muallaf..

    Betul! bila seseorang memeluk agama islam, tidak berkewajipan untuk mereka menukar nama asal, asalkan maksudnya sendiri membawa erti yang baik..

    Tapi my hubby tukar nama kepada ADAM kerana daddy sangat suka dengan nama Adam..

    Pss- daddy suka nama2 yang islamic juga, tengok lah nama anak2 mummy, Aisyah, Qhadijah dan Umar.Alhamdulillah, tak payah mummy pening kepala nak bertengkar untuk letakkan nama moden(ntah ke haper2) pada anak :)

    ReplyDelete
  6. salam
    sorry mencelah...
    pertukaran nama sama seperti orang yang beranggapan kalau orang tu dari tanah arab, maka seseorang tu adalah beragama islam...
    walhal tidak sebenarnya...
    betul tak?

    ReplyDelete