Assalamualaikum........
Pagi Sabtu lepas (a.k.a pagi semalam), bangun pagi-pagi, semangat untuk buat puding roti menjelma.........apa lagi bancuh la sebiji telur bersama 1.5 sudu besar gula perang + setengah tin susu cair.
Susun-susun roti gardenia (version yg terbaru) dalam mangkuk sederhana besarnya. Tak perlu buat banyak-banyak di rumah ini, sebab nanti tak ada yg nak makan. Setakat 3 beranak, cukup jer semangkuk puding roti (itupun kalau Ajwad mahu makan.....).
Tapi aku modified sikit puding ni, sebab aku nak try letak quinoa, apa rasanya.....
Quinoa tu aku rebus dulu dalam 10 minit, kemudian baru masukkan bersama-sama adunan telur+susu+gula tadi tu.
Alhamdulillah, jadi...rasanya boleh diterima oleh tekak aku dan mr hubby ......hehhehehe...
|
Semangkuk Puding Roti BerQuinoa: kaedah memasak steam. |
Lepas bersarapan, hero-hero masih belum bangun.......lalu aku pun apa lagi, berdesup ke halaman.......dah berserabut kebun dgn kangkung.......jom petik!
|
Kangkung, Cili/Capsicum, Mulberi, Kucai, Pegaga |
Tengahari masak simple aje. Haritu jalan-jalan kat rumah Ibu Yusuf, jumpa resepi yg amat senang......harini baru aku nak try.....tapi macam biasa lah, ada modification sikit-sikit, ikut kesesuaian bahan dalam fridge.....
Ibu Yusuf, minta izin share resepi juga di sini ya. Kalau kalian nak resepi asal, sila lah ke rumah Ibu Yusuf ya.
Nama: Sambal Bilis Pegaga Bercouscous
Ahli-ahli: ikan bilis + sebiji bawang besar + 2 ulas bawang putih + 4 biji cili + pegaga + couscous + garam gula......
Tatacara: 1. Blend bawang besar, bawang putih dan cili.
2. Rendam couscous dalam air panas sehingga kembang/masak.
3. Tumis bahan-bahan yg dikisar tadi.
4. Masukkan ikan bilis yg telah dicuci.
5. Apabila hampir-hampir masak, masukkan couscous, pegaga, gula dan garam.
|
Sambal Bilis Pegaga Bercouscous |
|
Lain kali aku nak buat ni makan dengan nasi impit...pergghhhh...sure terangkat laaaa..... |
Ok kejadian hari ini pula, pagi-pagi masak mee utk sarapan.....nanti tengahari nak berkunjung ke rumah MIL kan.......
Lama dah tak masak mee kan, rindu pula.....so hari ni aku masak Kelp Noodles with Tuna and Chives.
Kelp noodles beli di Jusco, tuna pula aku guna yg dalam tin tu, Light Tuna in Oil.....
Maka hasil nya:
|
Another type of milk booster recipe |
Untuk Amzar, harini aku perkenalkan menu baru: YOGURT !
He loves it ! Thank you Mama Faris for the wonderful idea.....
|
Plain yogurt + banana |
Oklah, terpanjang pula entry kali ini.....till then, c ya.....