Salam Hari Isnin .....
Kepada kawan-kawan yg sudi komen pada entry lepas-lepas, terima kasih daun keladi. Entry Amzar Khaw vs Qayyum Lee itu, hari kejadian semalam, semasa birthday Qayyum.
Hari tu aku berkisah tentang perihal nama mualaf kan.
Hari ni pun nak sambung perihal sama juga. Tapi nak mention juga, apa yg aku coretkan di sini berdasarkan pengalaman sendiri, dan tak semestinya sama pada setiap insan....
Bagi komuniti Cina, kalau ahli keluarga convert to Islam = masuk Melayu.
Dan kalau masuk Melayu = ala-ala macam 'murtad' bangsa laaa kan.
Itu yg mereka susah nak terima kalau ada di kalangan ahli keluarga yg convert. Especially kalau melibatkan pertukaran nama. Pantang betul!
'Dahlah kena tukar agama, pastu kena tukar juga pada nama Melayu, aiyyaaa!!!! '
Rata-rata mereka berpandangan begini.
Sebenarnya, tidak salahkan mereka 100% yg tidak dapat membezakan MELAYU dan ISLAM.
Islam TIDAK SEMESTINYA Melayu.
Semuanya berbalik pada diri kita sendiri (yang azali nya Islam), adakah kita telah menjalankan kewajipan kita untuk menyebarkan risalah Islam yg betul kepada masyarakat yg belum lagi muslim?
Bagi keluarga dan saudara-mara Mr Hubby, apabila mendapat tahu bahawa Mr Hubby masih mengekalkan nama asal, jelas kelihatan mereka terkejut dan impressed!
Dan bermula lah pertanyaan sebegini: "Boleh meh?" (well, sila bayangkan mereka bertanya dalam Mandarin/Hokkien of course...hihihihi)
Satu pertanyaan yg simple sudah cukup untuk membuka 'jalan dakwah santai' kepada mereka.
Biasanya Mr Hubby akan explain bahawa dia cuma tukar agama, dan bukannya bangsa. Dia masih lagi berbangsa Cina dan akan terus kekal sebagai Cina sampai mati.
Selepas itu, akan kelihatan lah raut wajah mereka yg berpuas hati.
Dan biasanya bermula dengan persoalan remeh perihal nama, akan membawa kepada Q & A yg lebih lanjut tentang Islam.
--- to be continued ----
Till then, c ya. .... Assalamualaikum...