Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 15 April 2014

Dugaan buat mu

Pagi semalam, Isnin, 6am lebih kurang, seorang pelajar aku menelefon. 

Tapi masa tu aku di atas, maka tidak berjawab. Tertera 'missed call'. 

Pelajar ni aku namakan HA, kini berada di Shah Alam, cuti semester.

Aku sms tanya adakah dia called aku atau tercall? (sebab pagi-pagi buta kan).

Mesej tidak dibalas.

Malam tadi, HA update status FB nya tentang mengapa sms/panggilan kepadanya tidak dijawab.

Dan dia PM FB aku directly, menceritakan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya.

Terkedu aku.

Terkejut. 

HA diduga. 

Dia seolah dipukau, lantas disamun, dan ditinggalkan keseorangan sehelai sepinggang di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Cukup sedih. Anak remaja yang baru menginjak usia 20 tahun beberapa hari sebelum itu.

Kronologi:

HA sepatutnya bertemu kenalan di sebuah tempat, malam Isnin. 
Sampai sudah, kenalan itu tidak muncul, sampai tengah malam.

Tiba-tiba muncul seseorang (tidak silap aku lelaki), lantas mengajak HA ke suatu tempat. 

Tanpa bantahan HA menurut. Tetapi dia dalam keadaan sedar, cuma dia tetap mengikut sahaja lelaki itu. 

Lelaki itu membawa HA ke tengah bandar KL, jauh daripada Shah Alam. Bawanya berehat sebentar di sebuah bilik tumpangan (mungkin).

Menjelang Subuh (@ sebelum itu), mereka check out. Dan dari situ lah bermulanya peras ugut.

Lelaki itu meminta RM2000. Mana lah HA ada cash sebanyak itu. 

HA serahkan tab, handphone, camera, cash yang tidak seberapa.

Lelaki itu minta RM1500, dengan mengarahkan HA untuk call sesiapa sahaja.

(Dan pada saat inilah dia call aku, dan beberapa kawannya yang lain).

Tetapi kebanyakan kawannya masih tidur, dan aku pula sedang bersiap-siap di atas.

Alhamdulillah, salah seorang sahabat menjawab panggilan telefon HA, tanpa banyak soal, terus transfer duit RM1500 kepada no akaun yang diarahkan. 

Sebaik transaction berjaya, HA ditinggalkan dengan wallet kosong, berisi cuma 2 keping syiling 10 sen. 

Di tengah-tengah Chow Kit, keseorangan, dinihari.

Mujurlah ada seorang perempuan yang prihatin, menelefon polis.

Polis datang dan membawa HA ke Balai Polis Dang Wangi. 

Laporan dibuat.

HA menceritakan segala-galanya, kerana dia memang sedar akan apa yang berlaku, cumanya dia tidak tahu kenapa dia menurut sahaja.

Pohon doa teman-teman blogger untuk kesejahteraan pelajar itu. 

Tentunya dia masih trauma.






posted from Bloggeroid

Monday, 14 April 2014

Sepetang di pantai


Alhamdulillah, malam tadi jam 9pm telah kembali semula ke Penang. 

2 hari di kampung, duduk melepak-lepak layan anok-anok bujang.

Main bola, main pasir, main batu.

Explore the nature kononnya lah. 

Petang Sabtu, pergi meronda di tepian pantai.

Pantai Kemaye/Kemasin, dekat-dekat dengan Pantai Senok. 

Alang-alang situ, marilah kita syok sendiri photoshoot. 

Sementara menunggu anok-anok bujang bermain pasir.


Capture 1: Bebayang

Capture 2: Pepohonan di balik senja



Capture 3: Hero kampung 



Capture 4: Post-wed photoshoot of the year
posted from Bloggeroid

Thursday, 10 April 2014

Makene Klate Hok Ambo Berehi


***Tarik nafas***

Harap bersabar ya, pada anak-anak Kelantan yang lo ni berada di luar Kelantan, sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

**lambai-lambai tangan pada mama JJ di Germany, UmmuAidan-Arissa di Fiji, kak Ros di Brunei & sekalian teman-teman blogger .....***

Ambil mood sempena nak balik kampung hujung minggu ni.....

Banyok jah sebenarnya favourite ambo, tapi takdok gambar lah pulok. 

Hari tu jalan-jalan di rumah kak Ros Brunei, amboi siap tayang kuih buoh peria, arrghhh sapa hati mung kak ros.....kuih favourite tuh......hukhukhuk......



Nasi Tumpang @ Nasi Tupe

Nasi ni susah dah nak ditemui ye, agak-agak species hampir nak pupus lah ni...cepat je sold-out. Lagi satu macam area  bandar je selalu ada, macam Kubang Kerian ke...kalau area kampung aku, hmmmm, memang pupus dah kot.

Apa yang specialnya nasi ni? Nasi putih je sebenarnya. Cuma cara bungkusan tu unik kan. Pastu ada gulai udang siap dalam tu. Gulai udang versi Kelantan. Isshhh, tak boleh nak explain dah kesedapan nasi ni....

Ni gambar ni, adik aku kat Kelantan nun whats app.... tergugat iman tau!

Nasi Berlauk

Haa ni biasa-biasa je ni bagi orang Kelantan. Nasi Berlauk ---- sarapan bagi orang Kelantan. Nasi putih dengan gulai ikan tongkol / ike ayo, timun dan sambal lada. Perghhhh, sebungkus tak cukup.

Aku dok Penang sejak 2007. 2014 baru aku jumpa orang Kelantan yang jual nasi berlauk kat sini. Kat Kepala Batas ni. Itupun colleague aku yang jumpa. Dekat dengan rumah dia. Maka, dalam seminggu tu memang adalah hari nya aku kirim dia beli. Nikmat!

Cek Mek Molek

Ni, kena rajin jer lah....rebus/steam ubi keledek, lenyek, tambah tepung sikit, uli dengan tangan.....jadi lah.....tapi tulah Penang ni, ubi keledek pun mahal......balik kampung ni, nak borong ubi keledek bawak mai sini......ubi keledek kampung, fresh, organik lagi......hehehehhe....


posted from Bloggeroid

Wednesday, 9 April 2014

Detox Plain Water


Entry di saat kecemasan, curi masa update sekejap.

Bukanlah kecemasan apa sangat, cumanya 2-3-4 bulan ni masa agak terhad,
 terkejar-kejar juga lah nak update blog ni kan.

Hari ni, nak kongsi kisah plain-infused water. 

Ye lah, tak semua orang rajin hari-hari nak juicing a.k.a raw juicing kan. 
Ada harinya aku pun skip jugak. 

Tapi kalau agak-agak dah terlepas tu, pandai-pandai lah kita cari alternatif untuk ganti balik. 

Cara yang paling senang ---- Plain-infused water. 

Air kosong je sebenarnya ---- cuma diletakkan hirisan buah untuk bagi flavour pada air kosong tu.

Ada lah juga varieti kan untuk minum air kosong. 
Sekaligus mengelakkan kita minum air manis. 

Buah apa yang sesuai?

Ikut lah, yang rasa-rasa logik kan --- macam timun ke, lemon ke, oren sunkist tu ke, anggur ke, strawberries ke, epal ke, limau kasturi ke, limau nipis ke, rambutan ke.....macam-macam...

Tapi janganlah pi letak pisang pulak dalam tu....

Tembikai okay.

Selain buah-buah, boleh juga letak kulit kayu manis, bunga lawang ke, cengkih ke sekuntum dua.....letak sikit-sikit dah laaa.....

Atau daun pudina ke, daun basil ke...

Lagi kreatif ---- gabungkan buah + rempah atau buah + dedaun.....

Marvellous okay rasa dia. 

Kalau search kat internet tu, taip aje Detox Plain Water.

Macam-macam resepi keluar. Cuma rajin ke tak kita nak beli buah, itu je. 

Cara?

Potong buah nipis-nipis, masukkan dalam botol air ---- simpan dalam peti sejuk malam tu, esok pagi nak pergi kerja boleh bawa untuk bekalan air sepanjang hari. 

Atau aku buat tak letak semalaman pun dalam peti. 
Pagi nak pergi kerja tu lah baru aku sediakan. 

Faedah?

D.E.T.O.X

Aku kira ni cara paling ringkas teramat ringkas dah untuk detox. 

Yer lah, kita ni kan nak sihat, nak cantik, makan pulak macam-macam, terdedah pulak dengan segala habuk bagai ---- maka detoks tu penting. 

Dalam Islam, cara yang paling afdhal detoks adalah berpuasa. 

Hari-hari yang tak puasa atau tak boleh puasa, kalau malas juicing, 
jomlah kita minum air macam ni. 

Sekian, got to go  ....

p/s === pada yang masih amalkan wajib minum air manis selepas makan / semasa waktu makan, mungkin boleh gantikan air manis tu dengan air macam ni. Apa-apa pun, cubalah untuk minum air selepas 30 min selesai makan ya. Ada perbezaannya. 



Oren sunkist + Limau nipis + Strawberi


Oren Sunkist

Lemon + Timun

(Kalau nak guna lemon, cukup 3/4 hirisan sahaja, lebih nanti pahit)

Lemon
posted from Bloggeroid

Tuesday, 1 April 2014

Boost Your Collagen with Real Food, NOT SUPPLEMENT


Haritu aku ada cerita tentang suplemen kolagen kan, rasional di sebalik pengambilannya. Kisahnya di SINI. 

Maka, pada harini, aku nak berkongsi sedikit bagaimana cara nak meransang penghasilan kolagen oleh badan kita sendiri melalui pemakanan. 

Sumber: http://www.newbeauty.com/slideshow/42-top-collagen-boosting-foods/

1) Ikan ---- kenapa ikan? Sebab ikan adalah protein. Satu kumpulan dengan kolagen tu sendiri. Jadi, lepas-lepas ni kalau siapa yang nak kulit cantik, banyakkan makan ikan ya. 

2) Sayuran merah --- macam capsicum merah ke, ubi bit ke, bayam merah ke, tomato. Depa ni mengandungi lycopene yang mana bertindak sebagai natural sunblock. Maka kulit kita terlindung daripada bahaya UV sang mentari......secara tidak langsung, kolagen kat dalam kulit tu pun hidup dengan gembira.....

3) Sayuran hijau --- kaya dengan vitamin C. Melindungi kulit kita daripada serangan radikal bebas yang bisa melemahkan struktur kolagen. 

4) Sayuran oren --- macam carrot atau ubi keledek. Pasai depa ni kaya dengan vitamin A, yang berupaya memperbaiki kolagen-kolagen yang rosak.

5) Berries --- ni kat negara kita ni susah sikit lah nak dapat kan, kalau ada pun mahai laaaa...asasnya, makanlah buah-buahan tempatan dengan kerap. 

6) Soya --- haaa yang ni paling terbaik carilah soya yang telah difermentasi ya, macam tempe. 

7) White tea / Chinese tea --- yang penting bila minum tu toksah campur gula. Teh ni berupaya mengurangkan kedut-kedut halus, dengan cara melindungi structure kolagen.

8) Buahan sitrus --- ni pun kaya dengan vitamin C. 

9) Telur --- makanlah telur ya, jangan lah dok diet sangat sampai telur pun tak mau sentuh. Telur kaya dengan kolagen, lysine dan proline.

10) Bawang putih --- haaa ni kita semua guna kan.....benda yg boleh jumpa kat dapur ni yang membantu penghasilan kolagen rupanya eh?

11) Tiram

Itulah serba-sedikit perkongsian untuk hari ni. Semoga bermanfaat. Banyak je lagi info kat website tentang makanan utk meransang penghasilan kolagen secara alami. Sila lah google ye. 

Orang dulu-dulu, tok nenek kita dulu, ada ke depa ni makan/minum supplement kolagen ye? 

Awet muda je sampai ke tua. 

Tak perlu lah nak bagi alasan makanan sekarang semua banyak toksinlah, tak natural lagi lah, sebab tu ambil supplement. 

Well, honestly, all those supplement is not natural either. They are being processed with the additional of preservatives and additives and colourings and flavourings. Thats why the supplements can last longer, months or even years. Think about it. 

Sekurang-kurang untuk makanan, ada pilihan boleh beli yang organik. Ayam organik pun ada dijual dah sekarang. Tak susah pun nak beli. Sayuran organik lagilah senang nak beli. Takpun tanam je tepi rumah dalam pasu. 

Aku paling tak suka statement penjual supplement begini: "Beli barang mahal boleh, tapi nak keluarkan duit untuk beli supplement untuk kesihatan berkira..."

Seriously sick mentality ! 

Jawapan yang paling sesuai: " Nak beli makanan organik berkira, kata mahai sangat lah, tapi berhabis untuk supplement yg diproses di kilang yang dah sah-sah tak natural lagi, yang tak tentu lagi selamat pada badan utk jangka masa panjang, boleh pulak?"




posted from Bloggeroid

Monday, 31 March 2014

Arnab Si Putih


Minggu lepas, singgah di rumah teman sekerja, ada high-tea untuk students. High-tea cum dinner jugak lah. Sebab menunya berat. Nasi biryani Pakistan, spageti, kek pisang, sandwiches dan buah oren. Aku cuma menolong bab senang-senang je, potong bawang, cili, oren, buat sandwiches......hehehhehe.

Teman ni memang orang Pakistan pun. Dah lama berkhidmat di Malaysia suami-isteri. Anak-anak semua dilahirkan di sini dan fasih berbahasa Melayu. Depa sekeluarga pun dah dapat PR tahun lepas. Alhamdulillah.

Menjamu students ni aku kira satu aktiviti yang sangat bagus. Kalau tak silap, students dikira golongan berjuang di jalan Allah kan. Tambahan, students kami ni sedang menghadapi final exam. Semoga dipermudahkan kesemuanya. Murah rezeki kita semua....amiiinnn.......

Hero cilik berdua ni sampaikan tak mahu balik. Seronok sangat main dengan arnab, abang-abang dan kakak-kakak yang rajin layan depa. Mummy syok lah jamu selera dalam rumah.

Sampai kan Ajwad tanya bila dalam kereta:

"Mummy, kenapa kita tak sleep at Abang Haziq's house?"

Amboi, anak teruna ku dah pandai fikir tentang sleep-over.......







posted from Bloggeroid

Friday, 28 March 2014

Forgive but Not Forget

Salam Jumaat ..... Assalamualaikum teman-teman blogger....

Malam tadi, aku sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis ilmu di IPSI Penang, bertempat di Lorong Amoy, tengah-tengah bandar. 

Angkutlah jugak si dua hero cilik tu kan. Lepas tu minta Mr Hubby yang jaga, sebab depa berdua tu tak boleh dok diam-diam dalam dewan kuliah tu. So Mr Hubby bawa depa pi main kat nursery kat dalam bangunan tu jugak. Aku? ----- dengan tenangnya dapat dengar kuliah......sesuatu yang sukar nak buat kalau ada hero berdua tu......susah nak fokus.

Mr Hubby dah tiap-tiap minggu attend kuliah sebegini, maka kira aci lah malam tadi kena jaga anak....hehehee

Speaker nya adalah Syeikh Hussein Yee......rasanya semua orang kenal kan beliau ni. Pengasas Institut Al-Khadeem ni Selangor/KL sana. Revert to Islam a long way back in 1968. Berhijrah ke Madinah untuk menguasai ilmu Hadith. 

So topik yg dikupas semalam adalah "Forgive but not Forget".

Intipati penting yang dapat aku kongsi adalah:

"Maafkan kesilapan orang yang pernah melakukan kesilapan pada kita (walaupun beliau akui perkara tersebut sangat susah untuk dilakukan). Maafkan bukan sekadar bermain di mulut, tetapi haruslah dengan hati yang ikhlas. Bagaimana?"

"Apabila kita memaafkan seseorang itu, kita hendaklah turut mendoakan orang itu, memohon kepada Allah untuk memaafkan orang itu juga dan mendoakan kesejahteraannya untuk berubah ke arah kebaikan (& tidak menganiayai orang lain pula)." 

"Peringkat seterusnya sentiasa berkomunikasi dengan orang yg bersalah pada kita tu (jika ada peluang). Layan dia dengan baik, dengan akhlak yang baik. Sebab dengan melayan orang yang bersalah dengan baik, lama-kelamaan dia akan naik segan dengan kita."

(Yang ni Syeikh Hussein Yee pun akui kita sebagai manusia susah nak kekalkan hubungan baik dengan orang yang telah 'tikam' belakang kita. Bagi aku, memang susah. Dalam masa terdekat, apa yang aku buat adalah elakkan diri daripada orang tu. Berhubung kalau darurat sahaja. Macam apa orang kata ---- biarlah masa yang menentukan? cewahhhh....hehehehe)

Sheikh Hussein Yee juga menekankan kita tak perlu forget. Sebab fitrah manusia kita tak mudah lupa kalau orang tu buat 'jahat' pada kita. Kita perlu sentiasa ingat supaya kita aware dan tidak 'tertipu' lagi. 

So, forgive but forget not.

Pelik kan?

Begini ---- kita betul-betul maafkan orang tu apabila kita mampu berkomunikasi dengan dia tanpa sebarang masalah dan tanpa mengungkit kesalahannya pada kita. 

Hmmmmm? 

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkan ini. 

Before I end today's topic, enjoy some photos that were taken during pre-graduation night of my lovely students.