Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 31 March 2014

Arnab Si Putih


Minggu lepas, singgah di rumah teman sekerja, ada high-tea untuk students. High-tea cum dinner jugak lah. Sebab menunya berat. Nasi biryani Pakistan, spageti, kek pisang, sandwiches dan buah oren. Aku cuma menolong bab senang-senang je, potong bawang, cili, oren, buat sandwiches......hehehhehe.

Teman ni memang orang Pakistan pun. Dah lama berkhidmat di Malaysia suami-isteri. Anak-anak semua dilahirkan di sini dan fasih berbahasa Melayu. Depa sekeluarga pun dah dapat PR tahun lepas. Alhamdulillah.

Menjamu students ni aku kira satu aktiviti yang sangat bagus. Kalau tak silap, students dikira golongan berjuang di jalan Allah kan. Tambahan, students kami ni sedang menghadapi final exam. Semoga dipermudahkan kesemuanya. Murah rezeki kita semua....amiiinnn.......

Hero cilik berdua ni sampaikan tak mahu balik. Seronok sangat main dengan arnab, abang-abang dan kakak-kakak yang rajin layan depa. Mummy syok lah jamu selera dalam rumah.

Sampai kan Ajwad tanya bila dalam kereta:

"Mummy, kenapa kita tak sleep at Abang Haziq's house?"

Amboi, anak teruna ku dah pandai fikir tentang sleep-over.......







posted from Bloggeroid

Friday, 28 March 2014

Forgive but Not Forget

Salam Jumaat ..... Assalamualaikum teman-teman blogger....

Malam tadi, aku sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis ilmu di IPSI Penang, bertempat di Lorong Amoy, tengah-tengah bandar. 

Angkutlah jugak si dua hero cilik tu kan. Lepas tu minta Mr Hubby yang jaga, sebab depa berdua tu tak boleh dok diam-diam dalam dewan kuliah tu. So Mr Hubby bawa depa pi main kat nursery kat dalam bangunan tu jugak. Aku? ----- dengan tenangnya dapat dengar kuliah......sesuatu yang sukar nak buat kalau ada hero berdua tu......susah nak fokus.

Mr Hubby dah tiap-tiap minggu attend kuliah sebegini, maka kira aci lah malam tadi kena jaga anak....hehehee

Speaker nya adalah Syeikh Hussein Yee......rasanya semua orang kenal kan beliau ni. Pengasas Institut Al-Khadeem ni Selangor/KL sana. Revert to Islam a long way back in 1968. Berhijrah ke Madinah untuk menguasai ilmu Hadith. 

So topik yg dikupas semalam adalah "Forgive but not Forget".

Intipati penting yang dapat aku kongsi adalah:

"Maafkan kesilapan orang yang pernah melakukan kesilapan pada kita (walaupun beliau akui perkara tersebut sangat susah untuk dilakukan). Maafkan bukan sekadar bermain di mulut, tetapi haruslah dengan hati yang ikhlas. Bagaimana?"

"Apabila kita memaafkan seseorang itu, kita hendaklah turut mendoakan orang itu, memohon kepada Allah untuk memaafkan orang itu juga dan mendoakan kesejahteraannya untuk berubah ke arah kebaikan (& tidak menganiayai orang lain pula)." 

"Peringkat seterusnya sentiasa berkomunikasi dengan orang yg bersalah pada kita tu (jika ada peluang). Layan dia dengan baik, dengan akhlak yang baik. Sebab dengan melayan orang yang bersalah dengan baik, lama-kelamaan dia akan naik segan dengan kita."

(Yang ni Syeikh Hussein Yee pun akui kita sebagai manusia susah nak kekalkan hubungan baik dengan orang yang telah 'tikam' belakang kita. Bagi aku, memang susah. Dalam masa terdekat, apa yang aku buat adalah elakkan diri daripada orang tu. Berhubung kalau darurat sahaja. Macam apa orang kata ---- biarlah masa yang menentukan? cewahhhh....hehehehe)

Sheikh Hussein Yee juga menekankan kita tak perlu forget. Sebab fitrah manusia kita tak mudah lupa kalau orang tu buat 'jahat' pada kita. Kita perlu sentiasa ingat supaya kita aware dan tidak 'tertipu' lagi. 

So, forgive but forget not.

Pelik kan?

Begini ---- kita betul-betul maafkan orang tu apabila kita mampu berkomunikasi dengan dia tanpa sebarang masalah dan tanpa mengungkit kesalahannya pada kita. 

Hmmmmm? 

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkan ini. 

Before I end today's topic, enjoy some photos that were taken during pre-graduation night of my lovely students. 










Thursday, 27 March 2014

Home-made Sosej


Lama dah buat ni, dalam 2 bulan lepas kot, ke 3 bulan lepas ntah....hahhahaha, lama terperap je dalam phone. Bukan apa, perhatian aku teralih sedikit ke Instagram. Asyiklah upload gambar ke situ, langsung blog ini dianaktirikan......huhuhuhu....sesiapa yg ada insta tu, jangan malu-malu komen naaaa, meh kita berkawan meh.......tapi kalau yang jual supplement, maaf lah yer, bukan tak sudi, tapi tak berminat. "Akak takder duit dik nak beli supplement".

Okey, ada kenalan di FB yang rajin buat home-made frozen food ni untuk bekalan anak-anak sekolah. Depa buat sosej lah, burger lah, nugget lah, meatball lah, fishball lah, memang terbaik! 

Dah buat sendiri, dah tentu-tentu kita pilih daging/protein yang terbaik kan. 

Dan yang paling penting, NO ARTIFICAL ADDITIVES/PRESERVATIVES were added into it. 

Sah-sah lah halal dan thoyiban kan......

Lagi satu, bila kita buat home-made ni, kita boleh je nak campur apa pun dalam tu. Contoh nak campur siap-siap sayur ke, rempah-ratus ke, habbatussauda ke etc.

Maka pada suatu minggu itu, kebetulan aku dah jumpa tempat yang jual ayam organik di bumi Penang ni, misi sosej pun dimulakan. 

Tetapi ampun maaf dulu yer, aku ni jenis buat tak sukat. Pakai main agak jer, makanya tak dapat ler kongsi resepi yang lengkap gitu kan di sini. 

1) Daging ayam dileraikan daripada tulang-temulang.
 & dikisar dalam blender/food processor.
2) Masukkan dalam bekas besar/besen dapur.
3) Masukkan juga tepung. Agak-agak. (Aku guna tepung organik wholemeal, dah yang tu je ada di rumah).
4) Masukkan juga rempah-rempah yang disukai masing-masing: aku letak paprika, black pepper, garam, dried herbs.
5) Masukkan juga sayur-sayuran yg telah disagat (contoh carrot, tapi masa aku buat ni aku tak letak.....lupa!)
6) Gaul dengan tangan hingga sekata/sebati.
7) Sedia untuk dibentuk.

Untuk bentukkan ia, bolehlah guna daun pisang atau paling-paling tidak digalakkan guna aluminium foil. 

Bentukkan memanjang silinder, kiranya balut adunan tadi dalam daun pisang tu lah. Gunalah kreativiti untuk stapler atau ikat dengan tali rafia di kedua-dua penghujung gulungan tu. 

Aku punya masa ni guna aluminium foil. Disebabkan bila dah lama buat, maka sifat M untuk gulung properly mula muncul, maka terhasillah bentuk segi-segi tu.....aaargh, yang penting boleh makan.....hehehehheh.

Lepas tu, boleh lah direbus atau dikukus seketika. 

Nak makan terus lepas tu pun boleh, nak grilled lagi atau goreng lagi lepas tu pun boleh (bila dah sejuk lah, dan buka bungkusan).

Atau sebab utama buat ni ---- untuk disejukbekukan untuk kegunaan di lain-lain hari. 

Buka bungkusan, nanti akan keluar bentuknya yg cantik.

Susun elok-elok dalam tupperware dan bolehlah frozen kan. 

Honestly, lama betul dah aku banned commercial sausages daripada memasuki rumah.....kiranya si Ajwad dan Amzar tu memang tak gemar sosej kedai ni. Kita tak tahu kan, apa lah yang terkandung dalam sosej-sosej tu semua.......

So, pada sesiapa yang nak cuba, sila lah ye. 

Kalau kita yang tak jaga apa yg kita dan keluarga kita makan, siapa lah yang nak jaga ya. 

Be Wise & Stay Healthy. 




posted from Bloggeroid

Biarlah lambat seperti kura-kura ......


Ingin berkongsi status seorang sahabat FB......



Sekitar pemerhatian saya terhadap trend jualan dan penggunaan set kesihatan/kecantikan
-set jeragat
-set jerawat
-set pencerahan
-set menegangkan kulit
-set atasi penuaan
-set meningkatkan tenaga batin wanita
-set meningkatkan tenaga batin lelaki
-set kurus
-set zuriat
-set menambahkan susuibu
-set melebatkan rambut
-set berpantang
-set anak cerdik (makanan utk tinggikan IQ)
-set kencing manis
-set darah tinggi
-set osteoporosis
-set kecergasan badan
-set sarapan/lunch/dinner segera (to include drive thru/tapau style?)
etc
sejauh mana anda rasa penggunaan set-set ini memberi impak positif terhadap kesihatan dan gaya pemakanan secara sihat?

Aku sangat setuju dengan salah satu pandangan beliau (well, she is a pharmacist anyway, full of knowledge, yet she  does not encouraged people with all these kind of supplement):

setiap set adalah produk. kebergantungan kepada produk boleh dikurangkan jika ada ilmu. ilmu pemakanan sihat & seimbang serta ilmu kecergasan (simple exercise pun ok). setiap ilmu ada pakarnya. ada buku. ada kelas. ada seminar. ada kaunseling. tapi tidak ramai yang berminat dengan kaedah yang dinggap sebagai kura-kura(perlahan=bosan). generasi kini berminat dengan "arnab" =cepat, pantas dan tangkas.

 orang zaman dahulu, tidak cukup makan. makan ala kadar. makan sekadar untuk isi perut supaya ada kudrat untuk bekerja (kerja dahulu jenis banting tulang 4 kerat). yet, mereka panjang umur, tulang kuat. ingatan kuat. muka bersih. anak ramai. kadang-kadang saya cemburu betapa ringkasnya hidup mereka. lebih ketenangan.


Tuesday, 25 March 2014

Sendiri makan, sendiri tanggung ya....





Baru-baru ini pun, Jamie Oliver telah memenangi samannya terhadap industri makanan di atas, kerana isu yang sama.......

Sebenarnya, tak susah pun nak tinggalkan segala perkara fast-food ni. 

Segalanya tentang mindset.

Dan juga, disebabkan budaya 'semua-nak-cepat' dan 'tiada-masa' telah berjaya menular dalam diri kita. 

Mungkinlah kita akan cakap, "eh orang Barat dah makan berkurun lama, ada je yang sihat walafiat tak kena penyakit...."

Kalau masih nak hidup dengan 'denial mode', sila kan lah.....orang lain tak rugi apa-apa.

Be Healthy & Stay Wise!

Tuesday, 18 March 2014

Terhadnya Jarak Penglihatan


Masuk sahaja kawasan Kepala Batas/Bertam hari ini, pemandangan putih menghiasi ruang mata. Putih sangat-sangat. 

Kabus atau jerebu?

Kabus tak pernah sebegini di sini.

Sehinggakan sang mentari yang biasa menyinar kemerahan pada hari-hari semalam, hari ini kelihatan putih. 

Amat pelik fenomena ini. 

Allahu Akbar. 

Kampus USM yang terletak di hadapan kampus kami juga sudah tidak kelihatan. 

Betapa jarak penglihatan sungguh terhad kala ini. 

Tatkala ini, saat aku memandang ke luar tingkap, putih di mana-mana.



Gambar pada 7.47am

Monday, 17 March 2014

Peritnya Kebenaran


Peritnya kebenaran
Saat diluahkan
Ada hati yang terluka
Ada darah yang menyirap
Ada rasa yang tersentap
Ada jiwa yang terkorban

Betapa kita manusia
Mudah terusik dengan yang tidak sealiran
Mudah terasa dengan yang tidak sehaluan
Mudah berpaling pada dulu yang bergelar teman

Peritnya kebenaran
Pabila teguran tidak bisa diterima hati
Lalu jurang mula diwujudkan
Hanya kerna sebuah kebenaran yang sukar untuk ditelan

Teguran dan ajaran
Bukan niat untuk menyekat 
Atau untuk memperlekehkan 
Tetapi untuk buka mata
Agar tiada fakta yang diselewengkan
Kerna banyak nyawa jadi pertaruhan

Peritnya kebenaran
Peritnya kebenaran
Peritnya kebenaran
Diri dipulaukan




Wednesday, 12 March 2014

Supplemen Kolagen untuk Cantik, Berkesankah?



Assalamualaikum....lama sudah tidak bersiaran di sini. Banyak sahaja topik yang ingin dikongsikan, cuma mungkin kekangan masa yang menghadkan aktiviti coretan di sini. 

Hari ini terpanggil untuk cerita serba-sedikit tentang isu yang agak sensitif bagi kebanyakan orang mungkin ---- kolagen.

Isu ni sebenarnya cukup sensitif, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengambil supplemen kesihatan collagen-based. 

Terlebih dahulu, ingin aku tegaskan di sini, bahawa semua yg bakal aku coretkan di sini adalah pandangan peribadi yang dibuat setelah pembacaan demi pembacaan dan perkongsian ilmu. 

Tidak sesekali ingin aku sekat rezeki sesiapa atau kemahuan sesiapa yg bergantung pada keperluan supplemen. Ilmu Allah itu luas, dan fakta sentiasa ada di luar sana, kitalah yang harus berusaha untuk mengkaji. 

Nak buat segala perkara --- haruslah dengan ilmu. Ilmu yang dibaca sedalam mungkin, segenap segi. Bukannya bergantung pada testimoni, bukan percaya sebulat penuh pada iklan, yang mana rata-ratanya cuma mahu mengaut keuntungan. 


http://cosmedmd.blogspot.com/2012/09/collagen-supplements-do-they-really-work.html?m=1

http://musicalhouses.blogspot.com/2013/01/collagen-skincare-and-supplements-do.html



To those who consume collagen supplements (powder, capsule/drinks @ any form), please spend some time to read the above links. To those seller of collagen supplements, please be honest to your customers. 

Kebanyakan supplemen kolagen bersaiz besar & TIDAK BERUPAYA menembusi kulit (epidermis). Hanya kolagen yang mempunyai saiz molekul kurang daripada 500 Dalton sahaja yang boleh menembusi lapisan epidermis kulit. Cuba check size molekul supplemen kolagen anda, agak-agaknya saiz molekulnya berapa? 

Rata-rata supplemen kolagen mempunyai saiz molekul lebih daripada 1000 Dalton. Tolong buat homework sebelum pakai @ makan sebarang kolagen. Apabila tidak dapat menembusi lapisan epidermis kulit, ia hanya akan tertinggal di lapisan luar dan akan hilang apabila dibasuh. Jadi dari mana kesannya datang untuk menganjalkan kulit?

Kolagen adalah sejenis protein. Apabila dimakan/diminum, ianya akan mengalami proses penghadaman yg sama seperti mana anda makan daging, ikan, ayam yg akhirnya diuraikan menjadi komponen asid amino. Apabila menjadi asid amino, ianya akan dibawa ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan komposisi asid amino, dan tidak semestinya berakhir di lapisan kulit.

Badan kita tidak memerlukan supplemen kolagen daripada sumber luar sebenarnya. Kerana kolagen berupaya dihasilkan oleh tubuh badan kita. Lebih baik kita makan makanan yang boleh meransang penghasilan kolagen di dalam badan. 

Kadang-kadang, kita terlalu obses untuk cantik. Terlalu obses untuk kekal sihat, tapi nak cantik dan sihat dengan cara yang cepat dan mudah. 

Disebabkan itu, kita mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni supplemen. 

Kita tak sayang duit untuk beli supplemen. Bukan murah. 

Tapi, adakah kita sedar bahawa sikap kita yang suka mengambil supplemen kolagen bisa mengundang masalah kepada tubuh badan / kesihatan kita suatu hari nanti?

Supplemen ----- walaupun didakwa sebagai 'natural', ianya adalah bahan terproses. Bahan terproses biasanya sedikit sebanyak mengandungi pengawet/preservatives untuk menjadikannya tahan lama. 

Berhati-hatilah jikalau supplemen itu dikatakan "Tiada Pengawet". Marketing strategy semata-mata. 

Hati (Liver) dan buah pinggang (Kidney) terpaksa bekerja-keras untuk menyingkirkan segala bendasing akibat pengambilan supplemen tadi. Ini asas. 

Mengapakah kita mahu 'membuli' organ dalaman kita? 

Baca dan terus membaca. Jangan terlalu obses untuk cantik. 



Sunday, 9 March 2014

~ Sebuah Pengharapan ~

 
 
Terbanglah menuju destinasimu,
Tatihmu di sini kian berpenghujung,
Cekalkan hati lebarkan sayapmu,
Terbanglah setinggi langit....

Andainya dikau keletihan,
Rehatkan dirimu bukan di dahan nan rapuh,
Kerna rapuhnya dahan itu bisa buatmu terluka,
Ingatlah tujuan asal penciptaan dirimu,
Usah lupa akan Dia Yang Maha Kuasa.......

Terbanglah jauh,
Usah gentar menongkah arus,
Sesekali,
Jejakkan kakimu ke sini,
Pandanglah sejarahmu seketika,
Agar kami bisa tersenyum,
Andai tiada wajah-wajah yang pernah ketawa bersama,
Doakanlah kesejahteraan kami di sana....
 
 
 
Nukilan: WNH