Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 27 March 2013

Owh Ajwad ....& 'Mmi'or

Chibi Maruko = dia tak tahu sampai ke sudah....hahahahha
ishamizu = ooww murah gilerk argh carboot sales sana kan, kalau dini mesti nak selalu pi
nurbijen = best kan dummies series....mudah nak paham...
Kniedaz = buku memasak sgtlah banyak di sana kak.....esp Jamie Oliver dan Nigella
nadia rashid = ulat buku takpo nadia, tok naik daun....hahahhaha




Ahad, 24 Mac 2013, jam 9.45pm = seperti biasa Ajwad masuk dalam bilik, dah sampai masa tidur. 

Ajwad: Mummy, boleh tak Ajwad tidur bilik sana?
Mummy: Eh, Ajwad nak tidur sorang-sorang ke? 

Dia mengangguk.

Mummy: Ajwad tak takut?
Ajwad: Tak, Ajwad tak takut punnnn......

Mummy: Hmmm....nanti kalau Ajwad nangis malam-malam, macam mana? (sebab kadang-kadang dia mengigau)
Ajwad: Taklah, Ajwad tak nangis......bolehlah mummy, please please please........
Mummy: okey......tapi kalau Ajwad takut, Ajwad datang bilik mummy ya......
Ajwad: okey......

Aku macam speechless selepas itu, melayan emosi seketika .....owh anok sudah besar! (eheeeehehe)

Selepas 4 tahun tidur sebilik dengan mummy, daddy dan adik, akhirnya dia tidur sendiri......tanpa perlu mummy dan daddy bersusah-payah train atau memujuk atau temankan tidur.....

Dan Alhamdulillah, selama beberapa malam tidur sendiri di bilik sendiri, Ajwad tidak mengigau atau bangun di tengah malam mencari kami.......
(macam bahagia jer dia dapat tidur sendiri.....kuikuikui)

By the way, tengah hari semalam, aku dan kawan mencari stok  buah selepas makan.

Dan kami jumpa ini .....




Kami macam teruja .... susah tu nak jumpa buah ni, kecualilah di kampung kan. Ingat lagi zaman kecil-kecil di kampung (Jembal, Klate), suka betul makan buah ni. Rasanya sejak aku duduk di Penang 2007, inilah kali pertama jumpa buah ni kat sini. 

Tapi aku rasa agak mahal la buah ni. Tak sampai setengah kilo pun dah RM15. Walhal kat kampung kategori buah hutan jer kot. Tapi yer lah, Penang kan tak ada hutan, mungkinlah buah ni diimport gitu kan...hehehehhe.....takperlah, sesekali, buah eksotik dah ni.....



Orang kampung aku panggil buah 'mmi'or. Orang utara, kawan aku, panggil buah setaq. Orang KL panggil buah kundang........rasanya manis amat......sungguhlah mengimbas memori zaman kanak-kanak bila makan......kihkihkih. Dulu-dulu, aku dan moksu aku suka makan 'mmi'or ni sampai biji pun kami gigit, pasai kami suka tengok bijinya warna ungu gelap di bahagian dalam. 

Kat tempat lain apa pula gelaran buah ni ek?

10 comments:

  1. Hehe good boy Ajwad..sng la mummy..tak payah susah2 mcm aunty nak suruh kak Zahin yg nk masuk 7 thn ni tidur bilik seniri..bercinta tau..hehe..

    Ps. mcm tak pernah tengok buah kundang..:D

    ReplyDelete
  2. bagus la kalau ajwad sendiri yg nak tidur sorang2. lgpun dia dah besarkan. nak tak nak, mmg kena tido asing. hehehe

    ek eh..buah kundang tu feveret saya. isnin lepas saya beli gak kt pasar malam. sedap! manis+masam. nomnomnom

    ReplyDelete
  3. salam dini....bagusnya ajwad pandai tido soghre sediri2 doh..tp mesti sedih dok bila tok tido sekali wpun keno jgk...
    woh gemiyur tuh oghre panggil..ms kecik2 mulo brehi benar make...ee sedap...

    ReplyDelete
  4. good abe ajwad..mungkin dah betul2 nak jadi big brother..:D
    buah gemior..sini di kemame ni start doh ore jual..besar2 manis masam

    ReplyDelete
  5. wah, anak mummy dah besar... lagi best dia yg request sendiri... selesai satu part :)
    My favorite fruit juga tu... dah lama rasanya tak makan :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dini,
    sedap apa buah staq tu.. kat KL pun dah banyak skrg.. tapi tesco / giant lah.. memang mahal buah ni sbb bukan senang nak dapat makan.. so skali dia ada wajib rasa.. :D

    pandai ajwad dah tido bilik asing.. haikal still 1 bilik tau.. sbb ade je alasan dia nak tido sebilik.. nak dok ngan baby lah.. nak jaga baby lah.. nanti mama tak sedar la.. sabor je ler..

    ReplyDelete
  7. Salam Dini,
    sedap tu buah setar.. rasanya dia ada musim jugak. senang jumpa kat pasar malam. sedap tu makan kalau yg manis2 fuhhh... meleleh air liur hehehe

    ReplyDelete
  8. Owh buah kundang yg sedap...dimanakah dikau ku nak cari..huhuhu

    ReplyDelete
  9. orang amaika panggei buah kundang sebab org amarika itu mai dr kay el.

    ReplyDelete
  10. sALAM dINI,

    Wah, abe Ajwad dah besarlah ya!! Kecur air liur tengok buah ghemio tu!

    ReplyDelete