aTieYusof Family = salam kenal atie, terima kasih....selalu nampak atie di blog ummuaidan...
nadia rashid = tu lah nadia, test gigi kuat ko dok lah tu....hok jadi mangso abe sokmo....
nurbijen = Ajwad pun sam, setengah jam sebiji cawan, pastu setengah botol sabun hilang....hehhehe
Seperti yang diwar-warkan oleh anakanda berdua semalam, harini aku cuti. Sebab utama, maktok (pengasuh Amzar) cuti. So haruslah aku pun cuti sama. Tapi Ajwad tetap perlu pergi sekolah walaupun sekarang cuti sekolah, maklumlah mummynya ada agenda besar hari ini. Bukan tidak mahu bawa, tapi nanti dia lekas kebosanan.
Sebelum meneruskan agenda besar itu, aku hantar Amzar kepada daddynya. Bolehlah ya, bekerja sambil menjaga anak sekejap...heeeee.......
Apa itu agenda besar?
Yeay ..... Big Bad Wolf !
Aku pergi bersama colleague aku. Dia pun ambil cuti sempena nak pergi Wolf ini. Sebab kami jenis yang tidak suka bersesak dengan orang ramai pabila hujung minggu. Maka alternatifnya pergi hari biasa.
Kami sampai di Penang Times Square tepat jam 10am. A very good timing. Orang belum ramai. Bagi ulat buku bukan beluncas ya macam kami, berada di timbunan buku-buku ini amatlah ..... amatlah ..... amatlah ....huh, sukar diungkapkan dengan perkataan perasaan itu....hehehheheh....apatah lagi dapat memilih dalam keadaan 'aman-damai'.
Kami berdua bawa sebiji luggage masing-masing. Senang dan praktikal sekali !
Harga buku rata-ratanya di antara RM3-RM25 sebuah.
International books.....wahhhhh.......
Hasil 'tuaian' di BBW.
Kiri: bahan bacaan aku , total RM214. Buku paling mahal cuma RM25.
Kanan atas: buku Ajwad dan Amzar.
Kanan bawah: Ajwad's fav: Pop-up book.
Untuk dinner, tergerak hati nak bereksperimen. Maaflah yer, penulis blog ni memang suka sangat bereksperimen syok sendiri di dapur, kalau ada yang kebosanan tu, harap maaf.
Dalam usaha nak memberi Ajwad makan sayur, aku terfikir nak menyediakan sendiri from scratch kuah spageti. Yer lah, sebelum ni asyik guna yang semi-prepared tu kan (which contains preservatives).
Kalini, cuba buat sendiri dengan cara tersendiri.
Plan nya nak buat vegetarian spagethi sauce.
Atas: Beberapa biji tomato digrill dahulu seketika + cinnamon powder + cayenne pepper + olive oil.
Bawah: Tomato diblend bersama-sama bawang besar (yang telah ditumis dengan butter) + carrot + beetroot.
Dengan penambahan carrot dan beetroot, memberi tekstur kepada kuah, kiranya macam pengganti daging cincang. Tidaklah kuah cair semacam. Boleh juga tambahkan sayur-sayur lain lagi, aku cuma add-on celery dan capsicum.
Untuk memberi lebih perisa, tambahkan mixed-english dried herbs dan sedikit garam. Biarkan mendidih.
Hasilnya ..... Ajwad makan sayur .....hehheehhe....kalau tak, setiap kali, ada jer dia cakap,
"Mummy, Ajwad tak nak chai..."
(chai = sayur, in mandarin)
Till then, c ya .... Assalamualaikum...
Tea-break drinks: Green apple + celery + orange + capsicum |
bijak bijak :) so ajwad dah tau ke belum yang dia dah makan sayur
ReplyDeletewah bestnya cuti on monday, absolutely not monday blues. hehe pergi BBW rupanya..bestkan shopping buku..kami kt sini sll shopping buku kt carboot sales sbb murah sgt2 as low from 10p (50sen). :)
ReplyDeleteBanyak juga hasil rembatan tu.... kat sini saya suka kumpul buku dummies tu.... macam2 koleksi dah ada :)
ReplyDeletebila anak memilih, mak kena jadi bijak... syabas :)
Seronokkan pi BBW hari biasa...akak macam nak pi lagi..banyak section hari tu tak habis pilih...buku motivasi dan buku memasak tak tengok pun...
ReplyDeleteBetul juga ya...kalau diblend sayur-sayur tu mesti diorang makan sayur hehehe...
sangat menyihatkan tgk bahan2 & cara penyediaan makanan tu...awk dini memang ulat buku...banyakkkkkkkkkkkkk nya dan tebal-tebalnyaaaa hasil tuaian!
ReplyDeletebest kan dpt membeli buku2 secara aman tanpa gangguan. hehehe
ReplyDeleteseronok tgk dni buat masakan sendiri. lebih sihat khasiatnya :)
waa.. kaktek tkleh pi kedai buku... pening. beli online baru aman... almaklum warga emas kannnnn....
ReplyDeletebestnyaa.. nak pi jgk bbw.
ReplyDeleteJelesnya tgk 'hasil tuaian' u kat BBW!!!
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteMak Aji pun hantu buku gak, dululah sbb berpuluh kerja dalam bidang penerbitan, arkitek bukulah katakan! Apapun masa BBW kat KL Mak Aji x gi sbb takde modal nak oujuk Pak Aji - kalau ada buku agama mahulah dia gi.
Dalam cerdik tertipu juga ya, makan chai!